Followers

Tuesday, November 20, 2012

Selamat tinggal SAYANG..



Sudah genap 14 hari anak ku Uci (Mohamad Firdausi) meninggalkan kami sekeluraga. Pergi menyahut seruan Illahi

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..Dari Ia kita datang, kepada Ia kita kembali.
Aku masih menangis di dalam hati, kadang-kadang mengalir airmata tanpa disedari.

Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada kami sekeluarga bersama Uci selama 7 tahun.
Uci, kau anak yang baik, kau anak yang amat penyayang, kau amat patuh kepada kami, tidak ada bantahan dari mulut mu ketika di suruh, semua kau tunaikan.
Aku amat merindui saat-saat kau mengangkat 'takbir ratulihram', amat comel ketika itu, gaya mu ketika mengangkat takbir amat khusyuk...Subhanaltalah..
Kau sentiasa menemani ku ketika solat di masjid, menjadi rakan bersembang di kedai mamak bila pekena teh tarik..
Ketika aku pulang dari kerja, kau akan menyambut ku, memimpin tangan ku untuk masuk ke rumah..
Terlalu banyak kenangan manis bersama mu..Kau lah orang yang membuat rumah kami ceria dengan keletah mu bila waktu malam..main perang-perang, main bunyi motor, kini kau telah menjadi tetamu Allah untuk bersama para syuhada dan anbia di dalam syurga..
Aku Redho atas janji Allah, kerana yang hidup pasti mati..
Doakan ayah, ibu serta kakak dan adik mu dapat bersama di alam akhirat, di syurga bersama mu.

Aku bertawakal kepada Allah seperti hadis Rasullullah S.A.W
"Giatlah melakukan apa yang bermanfaat bagi mu, mohon lah pertolongan kepada Allah, dan janganlah lemah. Jika ada musibah menimpamu, jangan katakan: (Seandainya aku melakukan demikian, nescaya akan demikian jadinya), tetapi ucaplah (ini atas kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa saja yang di kehendaki Nya, pasti Dia melakukannya). Kerana kata-kata KALAU (Seandainya) akan membuka perbuatan syaitan"    Hadis riwayat Muslim.








Selamat tinggal sayang...Al Fatihah

Friday, September 14, 2012

Gear 4 ker Gear 1

Pagi nie duduk minum dengan orang lama, Hj Jalil, En. Wan di rumah kelab..bila dengan dia orang nie memang tak kering gusi, ader aje kisah lucu.

Pagi ni kisah orang asli beli motor baru:
Lepas beli kawan nih terus balik ke rumah,
maklumlah dia orang nie rumah di pendalaman, banyak tempoh bukit-bukau,
di pendekkan cerita; sampai satu bukit yang agak tinggi, motor tersebut, tak boleh naik, tiba setengah bukit, motor tersenguk-senguk, enjin mati, "Gedebak" mamat nih jatuh, sebab susah nak kawal motor atas bukit..
Dengan perasaan marah, mamat nih balik ke pekan dan cakap kat cina kedai "Ambik balik motor kau, naik bukit pun tak kuat, buat apa" kata mamat nih dengan nada marah.
"Lu tak tukar gear rendah kaa" kata cina kedai
"Gear rendah berapa" tanya mamat nih
"Gear rendah gear 1 lorr" katan cina kedai nada geram
Mamat nih dengan nada lagi geram berkata "Huhhh..kalau gear 4 pun tak boleh naik bukit..ini pulak kau suruh gear 1..lagi tak boleh naik"..
Cina kedai tercenggang!!!!!!!

Wednesday, September 12, 2012

AKu SeDekaHkaN AjER

Kelmarin saya didatangi oleh seorang wanita yang tak dikenali,, dia nak pinjam duit..kalau korang nak bagi ker..kalau bagi bila nak bayor, macamana..boleh percaya ker..

Ceritanya begini;
Saya keluar dari sebuah kedai, kebetulan saya parking kereta dilorong sebelah dengan kedai tu, agak sunyi sikit, sebab di depan jalan mati..
Ketika masuk kereta dan menghidupkan enjin saya pandang cermin belakang..ada seorang wanita sedang menuju kearah kereta saya, saya buat tak kisah ajer, masuk gear undur dan bergerak perlahan-lahan, karang terlanggar pulak perempuan nih, kata dalam hati saya.
Sampai dekat dengan wanita tersebut, beliau menepuk kereta saya dengan muka yang sedih..
Apa hal pulak nie, rungut saya..Wanita tersebut bagi isyarat untuk saya turunkan cermin kereta saya...serba salah dibuatnya..saya pandang muka wanita tersebut, terlihat air matanya meleleh dipipi..
Isshhhh...masalah nie...
Turunkan juga cermin kereta, kalah tengok air mata perempuan..kihkihkih..
"Kenapa", kata saya..wanita tersebut teresak-esak menangis.."Apa boleh saya tolong", makin semangat nampak nak tolong, kalau tadi rasa curiga, hilang terus bila dengar esakan wanita..sedih lah pulak..
"Bang, minta tolong" beliau mula berkata. "Nak tolong apa" sahut saya.
"Saya nak pinjam duit" katanya.."Hah..Duit" kata dalam hati ku.."Kenapa pulak" saya berkata
"Macam nie" beliau berkata, dan sambungnya lagi "Saya nak keluar duit tadi, tapi kad saya kena telan, saya nak balik rumah, anak-anak kat rumah tak ada orang tengok, mak saya sakit kat hospital tu (Hospital Taiping), dari pagi tadi saya belum balik rumah lagi" beliau berhenti bercakap, mengelap air mata di pipinya..Saya pun cakap "Habis, talipon lah suami ker, adik ker, kakak ker mintak dia orang tolong". "Suami saya dah lari ikut perempuan Indon" katanya, "Panggil bapak" saya sambung, "Bapak dah lama meninggal" katanya, saya sambung lagi "Takkan adik beradik tak ada dekat-dekat sini (Taiping)" kata saya, "Huh...adik beradik semua tak boleh diharap, ni mak sakit pun dia orang tak datang tengok, lagi nak tolong saya" katanya dengan wajah berkerut.
Saya memandang wanita didepan saya ni..orangnya berusia lewat 40an, pakai seluar jeans biru dan T-shirt agak sendat, tanpa bertudung..
Tapi hati saya membayangkan anak-anak beliau, kesian..
Saya tanya "Nak berapa", dia terus tersenyum "Lima ringgit pun jadilah" katanya..
"Bila nak bayar" saya bertanya, "Esok, bila saya datang hospital melawat mak saya"  sambil sambung beliau lagi "Kita jumpa kat cafeteria", saya tanya lagi "Macaman awak nak cari saya"..Beliau senyum lebar "Bak nombor talipon", saya pun bagi nombor talipon.
"Macam ni lah" kata saya dan menyambung "Ayat awak ni dah biasa orang guna, ayat ni dah ketinggalan zaman, saya rasa awak menipu saya, tapi saya beri juga awak" dalam hati berkata mana tau cerita dia betul, sambil saya keluarkan beg duit "Saya beri awak sepuluh ringgit, esok awak cari saya, kalau awak ikhlas nak bayar, tapi kalau awak tak datang esok saya sedekah kan ajer duit nie, pahala pada saya , dosa pada awak"
KEesokkannya sampai ke petang tak ada call dari wanita tersebut, lepas sembahyang maghrib saya berkata lagi dalam hati "Ya Allah, aku sedekahkan duit tu padanya" mungkin dia sangat susah sekarang,,Aminn

(Teruja juga dengan cara penceritaan orang lama, terutama Dato' Mokhtar Petah - banyak pengalaman)

Monday, June 4, 2012

Manusia binatang...kebinatangan...memang binatang #1

Gambar-gambar nie aku dapat dari kawan-kawan..apakah benar manusia sudah hilang sifat kemanusiannya...apakah memang manusia sudah kembali ke zaman karnibal...kalau negara tercinta ini sedang sibuk membuang bayi...rupanya negara lain telah semakin 'advance', mereka tidak membazirkan daging bayi... mereka makan bayi...buekkk..wueeekk...kurang ajar manusia seperti ini..Subhanallah...Masyallah..









Tuesday, May 15, 2012

Ular Tedung dihadapan kaki ku

 Terkejut...memang terkejut
Tarikh 13hb Mei 2012..jam 7.25 malam
Eletrik x der kat taman rumah sewaan ku malam nih...
sebelum balik ke rumah aku singgah kedai runcit untuk beli lilin..
Keluar dari kereta sambil berlenggang aku buka pintu pagar..
buka pintu dan melangkah masuk..
Allah gerakkan hati ku untuk melihat kebawah...
"Siiihhhh"...bunyi dekat kaki kanan ku...
Allahuakbar.....seekor tedung panggu kepala dihadapan ku
sangat hampir dengan kaki kanan ini...
Aku cuma sempat bersuara terkejut "Uhhh"..macam tu jer..
Aku tak bergerak...pandang kearah ular tedung dengan rasa semacam jer...
Aku teringat petua dari imam kampung ku dulu..Imam Nasar namanya
Katanya kalau jumpa ular berbisa dan terdesak katakan macam nih..
"Kalau kau bukan ular, kau pergilah, jangan ganggu aku...kalau kau ular aku bunuh kau"
Dengan segera ular tersebut turunkan kepalanya dan menyusup ke tepi longkang rumah ...
Syukur...Allah telah memberi peluang kepada ku, untuk kekal sihat dan selamat...
Kepada pembaca, kata-kata diatas bukan mistik, tetapi berkesan kerana jin selalu menyerupai binatang berbisa terutama ular, lipan atau kala jengking selain binatang berkaki empat..
Wallahhuallam..

Saturday, February 4, 2012

PENAFIAN DARI RAMLY


Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah penafian dari PENGURUSAN RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD. Semoga hilang keraguan dari kita semua terhadap produk keluaran kita. Jika masih lagi terdapat keraguan sila hubungi alamat dibawah.....

Mohamad Rafizie B Kastor,
Eksekutif Hal Ehwal Islam - Halal,
 
Ramly Food Processing Sdn Bhd,
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS,
Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur.
Mobile: 6013-2989406
Tel: 603-6184 2972  Fax: 603-6187 4924

Saturday, January 28, 2012

Pemuda jiran syurga Nabi Musa A.S


Ketika Nabi Musa A.S bermunajat di Bukit Thursina, beliau telah berkomunikasi dengan Allah SWT secara langsung..
Perkara yang ditanya adalah siapakah yang akan berjiran dengan beliau ketika di syurga nanti. Maka Allah SWT menyatakan orang yang akan berjiran dengan beliau adalah seorang pendudukkampung yang tinggal tidak jauh dari situ.
Lalu Nabi Musa A.S pun mencari insan yang dinyatakan tadi dengan tujuan untuk mengetahui apakah amalan insan ini hingga diangkat oleh Allah SWT untuk berjiran dengannya di syurga nanti..
Akhirnya berjaya menemui rumah insan yang dimaksudkan dan lalu Nabi Musa A.S pun memberi salam.. Muncul seorang pemuda dan mempersilakan Nabi Musa A.S untuk masuk ke rumah, kemudian pemuda tersebut masuk ke bilik meninggalkan Nabi Musa A.S bersendirian di ruang tamu...
Tidak lama kemudian keluar pemuda tersebut dari bilik mengendong seekor babi betina, lalu membawa keluar dan memandikan babi tersebut, setelah dimandikan , babi betina itu dilapkan badannya hingga kering dan dibawa masuk ke bilik, kemudian keluar semula pemuda tersebut menggendong seekor babi jantan dan dimandikan juga serta diperlakukan seperti binatang kesayangan..
Nabi Musa A.S kehairanan, apakah yang terjadi dengan  pemuda ini yang dikatakan Allah bakal ahli syurga ini. Sebaik pemuda tersebut selesai maka Nabi Musa A.S pun bertanya kepadanya, "Apakah agama kamu", lalu pemuda tersebut menjawab, "Agamaku, agama Tauhid", "Habis mengapa kamu memelihara babi didalam rumah", tanya Nabi Musa A.S kehairanan. Lantas pemuda tersebut berkata tanpa mengetahui bahawa dihadapannya adalah nabi Allah, "Tuan", katanya sambil terhenti dengan wajah yang sedih, dan menyambung kata, " Sebenarnya 2 ekor babi itu adalah ibu dan bapa saya yang dilaknat oleh Allah dan menukar wajah mereka kerana melakukan dosa besar", dan pemuda itu menyambung, "Dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka, tetapi sebagai anak aku perlu menjalankan tanggungjawab ku" katanya dengan nada sedih, serta pemuda itu juga menyatakan beliau sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan kedua ibu-bapanya itu. Nabi Musa A.S tidak berkata apapun, didalam hatinya benarlah Allah telah menaikkan maqam pemuda ini sebagai anak yang soleh kerana sangat menyayangi kedua ibu-bapanya dan dijanjikan oleh Allah syurga sebagai balasan dan berjiran dengan beliau... 
Oleh itu sayangi ibu-bapa kerana tiada kerugian menyayangi mereka setelah mereka berhabisan menyayangi diri kita... Semoga Allah memgampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan menempatkan mereka di syurga..Amiinnnn.


Monday, January 23, 2012

Satu kajian kes: LELAKI CENDERUNG MEMUKUL DAN MEMBUNUH KEKASIH ATAU ISTERI

Mula-mula aku membaca sekadar suka-suka, tapi semakin banyak kes yang berlaku..Lalu aku terpanggil untuk mencari punca berlaku kejadian yang mengerikan ini..
Kes
  1. Kuala Lumpur - Seorang isteri bernama Tuty Suriyaty telah dibakar dibilik mandi oleh suami kerana cemburu.
  2. Ipoh - Panggilan bom menyebabkan 1200 orang terkandas akibat perjalanan keretapi dihentikan akibat cemburu.
  3. Kuala Lumpur - Seorang isteri telah digusti oleh suami selepas bertengkar kerana pengecas talipon bimbit.
  4.  Georgetown - seorang isteri telah dipukul kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan rakan suami  kerana si isteri sering meminta rakan suami mengajarnya memandu pada waktu malam.
  5. Terengganu - 3 kanak-kanak, 2 perempuan dan seorrang bayi lelaki cedera kerana disimbah asid oleh bapa mereka yang berang kepada si isteri..akibatnya anak-anak mereka menjadi mangsa.
  6. Kuala Lumpur - seorang pakar geologi petronas membunuh isteri kerana cemburu
  7. Melaka - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh bekas isterinya awal Julai lalu.  
  8. Johor Bahru - Seorang gadis yang juga pelajar berusia 18 dibunuh kerana disyaki menjalinkan cinta 3 segi..
  9. Alor Setar - Seorang guru, Siti Muniroh telah diugut sembelih oleh suaminya yang juga bekas banduan
  10.   Georgetown - Seorang lelaki mengugut untuk membunuh kekasihnya kerana wanita tersebut meminta untuk memutuskan hubungan..
  11. Kuala Lumpur - Seorang kerani bank telah ditikam 15 kali oleh pasangan kekasihnya didalam rumah
Inilah sebahagian dari beratus-ratus kes  pasangan lelaki mengugut, memukul atau terus membunuh pasangan mereka, kebanyakan kes adalah berpunca dari cemburu. Tetapi adakah cemburu sahaja cukup untuk lelaki memukul atau membunuh pasangan mereka, adakah unsur-unsur lain selain dari perasaan cemburu..

Mengapa lelaki memukul atau membunuh
Pada dasarnya lelaki juga mempunyai sifat kasih-sayang, termasuklah sikap cemburu kepada pasangan adalah lahir dari perasaan sayang. Lelaki dilahirkan sebagai insan pelindung, maka dari situ Allah membekalkan lelaki kebolehan memukul sebagai penyelamat. Lelaki juga boleh memukul kerana dicabar..
Dilihat dari kes kebanyakan lelaki memukul atau membunuh setelah dicabar ketika berlaku pertengkaran; dari kajian ini ayat biasa yang digunakan oleh wanita untuk mencabar pasangan mereka adalah;
  1. Pukul lah kalau kau berani
  2. Kau ingat kau kuat sangat nak pukul aku
  3. Bunuhlah kalau kau berani
  4. kau memang jantan tak guna, dayus.
  5. kau tengoklah, aku repot polis, mampus kau masuk penjara 
  6. Ceraikan aku, aku tak sanggup hidup dengan kau lagi
Mengapa perempuan berani mencabar
Zaman telah berubah,kebanyak wanita sekarang telah berkerjaya,mempunyai jawatan tinggi dan bergaji besar atau sekurang-kurangnya telah mampu menyara diri sendiri. Dari situ pergantungan kepada lelaki sudah semakin kurang..Wanita memerlukan lelaki sebagai pelengkap kehidupan dan bukan sebagai tempat pergantungan hidup lagi.Kebanyakan wanita ketika ini mempunyai pelajaran tinggi maka tahap keyakinan dan keberanian juga telah meningkat, maka wanita hari ini tidak teragak-agak untuk mencabar ketika marah.

Apakah puncanya
Kebanyakan kes beralasan kerana sudah tidak serasi, tetapi apakah punca tidak serasi ini, hasil kajian adalah;
  1. Laman sosial, bertemu kekasih lama atau orang baru yang lebih menarik
  2. talipon bimbit, main SMS lama-lama jatuh cinta
  3. Cinta rakan sepejabat
  4. Pasangan lelaki pemalas/tidak bekerja
  5. Pasangan penagih dadah
  6. Pasangan lelaki panas baran
  7. Pasangan wanita pemalas dan kaki tidur
Kesimpulan
  1. Pasangan wanita perlulah mengelak dari mencabar pasangan lelaki, gunakan orang tengah seperti keluarga terdekat yang boleh dipercayai penyabar dan matang
  2. Balik kerumah keluarga, supaya keadaan kembali tenang.
  3. Elakkan pertengkaran berlanjutan/berpanjangan
  4. Elakkan dari lelaki yang suka bercerita berkenaan kehebatan dia berkelahi atau kerap marah
  5. Elakkan lelaki yang ramai kawan dan suka berkumpulan
  6. Kurangkan chatting dilaman web sosial
  7. Kurangkan keluar makan bersama teman pejabat berlainan jantina.
  8. Pasangan wanita perlu elakkan dari menggunakan ayat mencabar kepada lelaki




Orang Asli pun dah kena penyakit Sifilis

Aku terkedu jugak dengar berita nih..orang asli yang duduk dalam hutan belantara pun dah dapat penyakit sifilis..
Sambil duduk meneguk secankir kopi di McD, aku terbeliak mendengar sahabat aku bercerita, naik hairan pun ada, nak tergelak pun ada...lalu aku bertanya pada sahabat aku nih yang lagak gayanya semasa bercerita mengalahkan pembaca berita buletin utama, "macamana diaorang dapat penyakit nih"..."Hahahaha.." gelak pulak simamat nih.."Tu lah ko, tak ikut perkembangan"..sambung dia lagi, tapi dalam hati aku.."Apa hal perkembangan macam nih aku nak ikut"...gerutu hati ku..dia sambung lagi, "Ko tau dah ada 20 orang asli yang kena penyakit sifilis kat Pahang"..katanya lagi "Dia orang nih dapat dari aktiviti seks bebas dalam hutan"..."Wah"..kata ku.."sapa pulak yang bawak" sambung aku lagi.."Orang asli nih buat seks bebas dengan pekerja asing dalam hutan tu, kebanyakannya pekerja balak", "Memang dapat bala'K ler" kata ku memintas cakapnya.."Hah, tulah pasal.." katanya. "Ko cari paper Kosmo 8 Dis 2011, m.s 10, ada cerita kat situ", kata sahabat nih lagi, apa lagi aku geledah almari surat khabar lama, sebab nak update dalam blog kena ada fakta kan..nanti korang baca kata aku tipu lak..Nampaknya penularan seks bebas nih memang dah berlarutan sampai dalam hutan, apa nak katakan dah itu yang ada permainannya waktu dalam hutan, tak kan nak main bola sepak, badminton ker..lagilah ragbi dah pasti tak mungkin..jadi ini ajer ler permainan yang paling mudah dan ringkas..agaknya ler..HAhahahaha 

Sunday, January 22, 2012

Tunjuk 'Anu' kalu nak masuk


Aduhhh..mcam nih punyer bisnes pun ader...
Sebuah pusat urut kenakan syarat kepada pelanggan mennunjukkan 'anu'nya sebagai syarat untuk masuk ke premis urut tersebut..agaknya diaorang nak pilih saiz kot..ada saiz tertentu ajer boleh masuk..aku agak ler..
Pusat urut nih hanya untuk lelaki dan kepada lelaki jer...maksudnya tukang urut lelaki dan pelanggan mesti tunjuk kelelakian mereka..Mereka kena kan bayaran RM150 untuk satu pakej, urut dan hentam belakang..apa daaaa
Makin ramai umat zaman Nabi Luth..premis nih telah diserbu oleh polis pada 20hb Jan 2012 jam 4.30 petang di kawasan Midlands Park, Jalan Burmah Pulau Pinang..
Tapi masalahnya tempat nih dah kena serbu 15 kali..polis takder kerja lain ker..sebab hukuman tu bukan kepada owner, hanya sita premis jer..cuba gubal skit ajer undang-undang atau seksyen kesalahan tu untuk sumbat penyedia perkhidmatan dengan rotan 15 kali dan denda setengah juta..kan perkara nih merosakkan komuniti dan mereka nih anti-tabii..maka perlu hukuman berat skit..Kata aku lah..tak tau lah pulak kata korang..

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus meninggal dunia


Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di wad ICU hospital Ampang kira-kira jam 6 petang tadi (20 Jan 2012).
Finalis Bintang RTM yang juga abang kepada Aril AF meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.

Thursday, January 19, 2012

JOB INTERVIEW IN INDIA

Satu hari seorang pemuda dari Manipal telah di panggil untuk menghadiri temuduga terbuka oleh sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di India.

> > OFFICER----------------WHAT IS YOUR NAME ?
> > CANDIDATE-----------------M P. SIR
> > OFFICER----------------TELL ME PROPERLY
> > CANDIDATE---------------MOHAN PAL SIR
> > OFFICER--------------YOUR FATHER'S NAME ?
> > CANDIDATE----------------M P. SIR
> > OFFICER-------------WHAT DOES THAT MEAN ?
> > CANDIDATE-------------MANMOHAN PAL SIR
> > OFFICER-------------YOUR NATIVE PLACE ?
> > CANDIDATE--------------M P. SIR
> > OFFICER------------IS IT MADHYA PRADESH ?
> > CANDIDATE---------NO, MANI PAL SIR
> > OFFICER------------WHAT IS YOUR QUALIFICATION ?
> > CANDIDATE-------------M P. SIR
> > OFFICER------------(ANGRILY) WHAT IS IT ?
> > CANDIDATE------------ METRIC PASS
> > OFFICER-------------WHY DO YOU NEED A JOB ?
> > CANDIDATE------------M P. SIR
> > OFFICER------------AND WHAT DOES THAT MEAN ?
> > CANDIDATE-------------MONEY PROBLEM SIR
> > OFFICER------------DESCRIBE YOUR PERSONALITY ?
> > CANDIDATE-------------M P. SIR
> > OFFICER------------EXPLAIN YOURSELF CLEARLY
> > CANDIDATE----------MAGNANIMOUS PERSONALITY SIR
> > OFFICER-------------THIS DISCUSSION IS NOWHERE, YOU MAY GO NOW
> > CANDIDATE---------- -M P. SIR
> > OFFICER----------------WHAT is it NOW ?
> > CANDIDATE-------------My Performance....?
> > OFFICER----------------M P !!!!
> > CANDIDATE------------WHAT IS THAT SIR ?
> > OFFICER--------------MENTAL PROBLEM....Hahahahahaha

Wednesday, January 18, 2012

Maafkan aku wahai isteri ku

Bahana FB
Bukanlah niatku menyakiti hati mu
Guarauan ku menjadi prasangka
Aku tidak mahu ia menjadi bencana
Dari catatan gurauan dalam wall isteri ku menimbulkan kemarahan
Aku tidak mengenali mereka secara lahirnya...maklumlah nama pun Facebook
Kita add ikut suka...nak banyakkan friend list..
Tapi...tak sangka ada pulak kawan sekampung awak..
Lalu kami mengusik dalam wall...
Lalu menjadi punca kemarahan..secara rasionalnya jika ada skandal mana ada orang nak update dalam wall isteri sendiri...tentu tak masuk akal..dan lagi aku memang manusia yang suka mengusik...
Wahai isteri ku..fahamilah daku...hanya kamu dan anak-anak di hati ku..
Walaupun kamu mencabar kelakian aku..aku masih cuba bertahan....demi anak-anak ku..
Biarlah ini Allah yang menjadi penentu...
Suami mu ini masih mahu bersabar...walau pun kata-kata mu melukakan hatiku...aku tetap memaafkan mu..
Aku mohon kau memaafkan ku dan semoga Allah memberi petunjuk Nya..