Followers

Sunday, October 31, 2010

Resah Gelisah - Apa YAng KAu CAri


Bila hati mula resah dan gelisah . Fikiran tidak menentu, berkeluh-kesah. Duduk, berbaring, berjalan, berdiri semua tidak mengena.Fikiran buntu, gelak ketawa didengar sebagai menghina, senyuman dilihat seperti menyakitkan hati. 
"Kemudian jiwa terasa kosong, tiada lagi indahnya muzik yang kebiasaan didengari, kata-kata manis seolah-olah mengejek. Sudah tiada lagi keindahan didunia. Alam dilihat seakan-akan fana...Lalu hati mula bertanya 'Apa Yang Kau Cari' ...."
Manusia tercari-cari dalam kehidupan ini apabila soalan ini datang "Apa Yang Kau Cari" dalam kehidupan ini. Hati sentiasa merasa tidak pernah puas, pangkat dikejar tiada kesudahannya, dari satu tingkat hingga ke satu tingkat, harta dikumpul dari sedikit hingga tidak terbilang banyaknya, segala hiburan dunia telah ditawan, tapi hati masih berkata, "kau tidak jumpa apa yang dicari". Lalu pencarian kehidupan didunia diteruskan tanpa kesudahan. Cari dan terus mencari...Tetapi jawapan apa yang dicari masih kabur...Kerana hati sentiasa kosong, masih tiada kepuasannya, apakah noktah pencarian ini?


Lalu berkata seorang tua, "Anak ku, dunia yang kau cari tidak lama, semuanya akan putus ketika kau menghembuskan nafas yang terakhir. Hakikat kau di dunia ini adalah untuk akhirat. Cari lah Tuhan mu, nescaya hatimu akan tenang"
Wallah'ualam...

Wednesday, October 20, 2010

Isteri Yang Bijak?

Satu hari si Isteri yang telah tidak sanggup hidup didalam kemiskinan telah datang berjumpa seorang bomoh yang menjaga jin.

Bomoh : Apa hajat tuan hamba

Isteri : Hamba sudah tidak tahan lagi hidup miskin

Bomoh: Apa permintaan tuan hamba mahukan?

Isteri : Berikan hamba kekayaan

Bomoh : Baiklah....(Sambil mengeluarkan jin dari botol)

Jin : Tuan hamba cuma boleh minta 3 permintaan sahaja, dan setiap permintaan itu suami tuan hamba akan menerima 10 kali ganda dari tuan hamba..

Isteri : Baiklah (dalam hati berkata "apa yang dia dapat pun aku punya juga")...Berikan hamba kekayaan.
Maka suaminya menerima 10 kali ganda kekayaan.

Jin : Lagi!

Isteri : Berikan aku rupa paras yang menawan!

Maka suaminya 10 kali ganda handsome!!!

Jin : Lagi?

Isteri : (Dalam hati berkata, baik aku minta sakit jantung, tapi nanti aku pun susah jugak. Hah..dia berkata)
Berikan aku sakit jantung yang sedikit...(Kerana isteri ini takut sakit jantung banyak) lalu apa yang jadi pada suami....jeng...jeng....jeng....

Iktibar Dari Kubur


"Sepotong roti kering, seteguk air minuman, sepotong pakaian, waktu yang sebentar, malam yang terbatas, kemudian dunia ini hancur, tiba-tiba kuburan orang yang paling kaya dan kuburan orang yang paling miskin adalah sama sahaja"


" Seorang raja dikuburkan di samping pelayan, presiden dikuburkan di samping pengawal, penyair terkenal dikuburkan di samping orang fakir tidak terkenal, orang kaya dikuburkan di samping fakir miskin. Namun di dalam kubur amal dan darjat itu berbeza dan tidak sama"


"Jika engkau masih dikunjungi oleh hari yang baru ketika membuka mata di pagi hari, maka bersyukurlah dan katakanlah selamat datang wahai tamu ku yang mulia... Kemudian muliakanlah tamu kamu dengan menunaikan kewajipan, kewajipan yang harus dilaksanakan dan memperbaharui taubat. Jangan engkau kotori ia dengan perbuatan dosa dan menyusahkan orang lain, sebab ia akan pergi dan tidak akan kembali" 


"Umur yang panjang adalah kekayaan pengalaman hidup, kumpulan pelbagai ilmu pengetahuan, dan kumpulan maklumat. Ketika satu hari berlalu darimu maka engkau memperoleh satu pelajaran tentang ilmu kehidupan. Sesungguhnya umur yang panjang itu merupakan berkah bagi orang-orang yang berakal" 

(Roslan Ali anak desa...)

Sunday, October 17, 2010

Mudahnya Hidup Kanak-Kanak #2. Salah Mencari Masalah

Harian Metro 17 Okt 2010

" Bukan kerana salah menjadi remaja, bukan kerana salah menjadi dewasa, tapi kerana salah mencari masalah, ada orang mencari masalah yang betul, mereka senang kemudiannya"
Zaman kanak-kanak semua perkara ditentukan oleh ibu dan bapa. Setiap perkara diatur oleh mereka. Baik dari pakaian hingga penempatan sekolah. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anaknya. Jadi kanak-kanak mendapat yang terbaik. Ibarat pemain bola sepak yang mengikut arahan jurulatih, pasukan mereka sentiasa berjaya atau sekurang-kurangnya kalau kalah pun tidak lah sangat mengaibkan..kena bolos 7 - 0 (contoh). Kalau pasukan kalah jurulatih akan dipersalahkan, kerana kesilapan melakukan percaturan. Begitulah zaman kanak-kanak..Ramai kanak-kanak berjaya kerana mematuhi arahan ibu dan bapa.

Masalah atau lebih 'real' kita panggil sebagai risiko diambil bermula dari zaman remaja, kononnya kerana mahu berdikari, tak mahu terlalu bergantung dengan orang lain, nasihat pun dah tak mahu dengar lagi, konon dah mampu berfikir sendiri..Tapi kenapa ada pepatah:-

"Orang tua lebih dulu makan garam" 
Mendalamkan maksudnya, sebab mereka dah lalui kehidupan ini dahulu, dan masa putaran itu akan dirasai oleh orang muda pulak...jadi dengarlah nasihat.

Siri yang lepas saya ada tuliskan masalah remaja yang gatal nak kahwin atau nak sangat ada pacar disebabkan kerana ada internet atau handset..kalau tak ada pacar rasa sunyi sangat dunia nih..Lihat lah berita diatas dari Harian Metro..Kerana salah memilih masalah..bermula dari zaman remaja...



Friday, October 15, 2010

Mudahnya hidup kanak-kanak

Ketika aku duduk ditepi padang mengambil angin selepas berjogging, aku memandang sekeliling..Anak-anak berlari  ditaman berkejar-kejaran. Ada yang berguling-guling diatas rumput, ada yang baru bertatih terkengkang-kenkang berjalan jatuh di iringi oleh si ibu. Ibu dan ayah yang duduk ditepi padang ada yang tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya.Riuh rendah padang permainan dibuatnya. Hati ku juga merasa senang begitu, mendengar jeritan dan laungan anak kecil.

Kemudian aku terpandang sepasang ibu dan bapa yang seperti melayangkan fikiran, merenung jauh ketengah padang ataupun entah sampai kemana menerawang fikirannya. Sedangkan si anak berlari-lari mengelilingi bangku panjang yang diduduki oleh si ayah dan ibu tadi..Tiada riak kegembiraan langsung diwajah mereka. Sambil mengelap-ngelap peluh yang dah mula menitik dari dahi ku ini dan setitis telah pun memasuki mata ku, pedih ku rasakan. Aku mengelap lagi dan mata ku terus memandang kepada pasangan si ayah dan ibu tadi.

Hari semakin lewat petang, sudah jam tujuh barangkali. Sudah ramai keluarga yang datang telah berangkat pulang seiring dengan kicauan burung bersahut-sahutan di dahan pokok yang berebut tempat atau pun menyapa rakan-rakannya sebelum berbaris didahan pokok bersiap untuk tidur. Ku lihat pasangan tadi tidak bercakap walaupun sepatah sesama mereka, tapi si anak tetap masih berlari-larian kegembiraan. Lalu aku berkata didalam hati ku sambil meneka, "berat sungguh masalah mereka ini". Tapi bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". 

Apa yang aku terbayangkan adalah mudahnya hidup sebagai kanak-kanak, dihati sentiasa terpancar kegembiraan, keceriaan dan ketawa riang. Kerana itulah jiwa mereka suci, tiada kemarahan, dendam dan buruk sangka. Tiada kerungsingan, tiada keluh dan kesah. Tapi mengapa setelah dewasa semua kegembiraan itu hilang, mengapa sifat buruk sangka berleluasa, dendam kesumat, tidur baring berkeluh kesah. Hidup dikelilingi masalah, ditempat kerja masalah, dirumah masalah, dengan jiran tetangga masalah, dengan kawan masalah, dengan bank, dengan polis, dengan JPJ, road-tax kereta, dengan dewan bandaraya, dengan bil letrik, dengan bil talipon, yuran sekolah anak-anak, belanja dapur dan ada yang tambah masalah nak kahwin lagi satu, belanja perubatan dan rupanya masalah orang dewasa terlalu banyak.

Masalah manusia bermula dari peringkat remaja dan bergantung dari corak kehidupan dalam keluarga mereka, konflik kejiwaan. Jiwa meronta untuk hidup bebas, ibu bapa kurang duit, ada yang nak cari duit sendiri, tidak mahu bersekolah, ada yang dah mula mabuk bercinta sebab gara-gara ada internet atau talipon bimbit, ada yang sibuk nak harta dunia, kerana merasa gah ibu dan bapa orang berada, pastinya lah motorsikal jadi idamannya. Semuanya bermula dari alam remaja.

Aku terkenang ketika aku di zaman kanak-kanak, ketika aku berusia 10 tahun aku telah mencari rezeki sendiri, menebas lalang dikebun getah orang, ada ketika aku mencari ikan keli di sungai dan aku jualkan dipasar secara bersendirian. Ketika aku berusia 12 tahun aku telah berkerja dengan seorang towkay cina sebagai tukang cat rumah. Aku akan bekerja setiap hujung minggu. Ketika itu negeri Johor cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.Ketika hari persekolahan aku jarang-jarang dapat makan di kantin, kerana tiada wang yang dibekalkan. Malah bekalan makanan dari rumah juga tiada. Dalam seminggu jika aku dapat makan berlaukkan ikan laut memang dah cukup hebat, rasa macam kaya sangat. Pernah satu ketika semasa aku dalam darjah 5, aku tidak membayar yuran persekolahan hingga kepenggal 3. Guru ugama ku yang merangkap guru kelas memyuruh aku berdiri diatas meja sepanjang masa persekolahan hari itu dengan tuduhan aku mencuri duit yuran yang diberi oleh bapa ku untuk kegunaan aku sendiri. Malu bukan kepalang, tapi hati ku ketika itu tiada pun perasaan dendam kepada guru tersebut.

Walaupun begitu susah kehidupan keluarga ku, aku tak pernah merasakan keperitannya. Begitulah jiwa kanak-kanak, bukan kerana salah kerana menjadi remaja, bukan salah kerana menjadi orang dewasa, "tetapi salah dalam mencari masalah. Kerana ada manusia mencari masalah yang betul hingga mereka senang kemudiannya".

Sunday, October 10, 2010

This is not normal clothes...just Koteka

Edited by: Roslan Ali, 9/10/2010


Huh...Lot of the peoples in Malaysia think they are strongest and brave..but, did they brave enough such like this people..In the West Papua New Guinea, their males not wearing normal clothes like modern peoples. 
They are native peoples and live in the highlands.  


Their males just wear genital cover or penis sheath...They call it "Koteka".



Same like ours..have lots and varieties clothes for different purposes. This native peoples use different size of "Kotekas" for different purposes too, such like short "Kotekas" for working and long "Kotekas" for festive.

"Fikir-fikirkan"

Friday, October 8, 2010

Gambar hebat KukuBesi


Bagi aku kukubesi adalah salah seorang jurugambar profesional Malaysia yang hebat...




Wednesday, October 6, 2010

About 'Teh Tarik feeling'

Lots of women asking, what's in 'teh tarik'. A man can't answer this question by words. A lot of them just says 'teh tarik' ada 'ummph'. But how to tell  them..




One picture tell a thousand words..

"You feel it, you loved it, you 'lena' it"

Please 'drink and rest'.....hahaha

Habis la you....