Followers

Tuesday, November 30, 2010

NAK MAIN PUN BERPADA- PADA LAH

FilePic (AFP Photo)
Seorang rakyat Australia menyambut hari lahir dengan kematian.

Keseronokan seorang rakyat Australia menyambut hari lahir dengan rakan-rakannya dengan tragedi apabila ia melompat dari balkoni tingkat satu terus ke tebing kolam renang. Lelaki malang tersebut yang menyambut hari lahir ke 32 di sebuah apartmen di Gold Coast bersama rakan, melompat dari balkoni dan terus mendaratkan kepalanya di lantai tebing kolam renang.
Dari siasatan polis beliau mendapat kemalangan tersebut selepas berjaya pada lompatan pertama, lalu menerima ajalnya pada lompatan kedua. Beliau mendapat cedera parah di bahagian kepala.
"Nak main pun berpada-pada lah"

Wednesday, November 24, 2010

~forever young~



Dengarkan lah suara mereka...Bagaimanakah tergamaknya mereka mengianaya anak-anak yang comel dan belum lagi mengerti tentang membenci, permusuhan..didalam hati mereka hanya kegembiraan dan kasih sayang...

Sunday, November 21, 2010

Aku Kembali

Setelah 3 minggu aku tidak menulis disebabkan oleh kesihatan yang tidak berapa baik..Benarlah kata orang lama, menulis bukan satu perkara mudah. Amat memerlukan komitmen, juga kesihatan yang baik..Jika tidak inilah akibatnya. Hilang idea, jadi malas, sebab nak pikir perkara lain lagi..Terutamanya tentang kesihatan, nak menulis kena rasa sihat, tak ada rasa lemah, sakit.. Kalau semua ni ada, alamat tak menjadi ler.
Ini semuanya terjadi apa bila aku gatal sangat nak masuk tournament badminton tempoh hari. Dah lama tinggal kan game ni. Aku agak dah 3 tahun lebih. Aku dah tukar arah sukan iaitu golf, bukan apa sebab rasa kurang sikit badan sakit-sakit bila lepas main. Tapi tiba-tiba jabatan aku buat tournament, ingat boleh lagi, langsung tak warm-up terus main. Padan muka aku, dapat injured. Tapi ini adalah pengajaran untuk aku...