Followers

Monday, December 26, 2011

manusia binatang...kebinatangan...memang binatang..

Laman nih aku terbitkan semula disebabkan ada masalah teknikal..pos sebenar pada 18hb Okt 2011

Petang ni hati aku sedih sangat..
Petang ini hati aku terguris sangat...
Petang ini aku tak peduli kalau orang nak kata aku sensitif sangat..

Kerana aku melihat satu post video dari seorang sahabat FB mengenai seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah kenderaan tetapi orang yang lalu-lalang langsung tidak menghiraukan penderitaan kanak-kanak tersebut..
Malah datang sebuah kenderaan lagi lagi menggelek kanak-kanak tersebut yang sedang mengerang kesakitan...

Adakah manusia di tempat tersebut bertopengkan binatang..atau bersifat kebinatangan ....atau mereka semua memang binatang..

Aku terpanggil untuk mengenangkan keadaaan di negara ku sendiri..
Adakah kita tidak begitu???

Kita sudah sering melihat..atau mendengar...atau membaca kisah anak-anak dibuang ke dalam sungai..
disembelih..disumbat dalam lubang tandas...dicampak dari bangunan...di buang ditempat buangan sampah..dimakan oleh anjing...
Ada orang ambik kisah..ada ker???
Kalau betul ambik kisah..kenapa semakin berleluasa..semakin banyak kejadian sebegini...
Mana tindakan yang diambil...mana suara menteri mengenai gejala ini???
Adakah Menteri di negara kesanayangan ini semuanya pengecut....???

Tidak ...mereka sangat berani...kalau tidak, tentu tidak berlaku dakwaan terhadap Anwar Ibrahim...
Tapi tolonglah bertindak menangani masalah ini..memang mereka berani buat mereka lah yang kena tanggung..beromen...berzina..bunting..kemudian tak tahu siapa bapak...dah banyak sangat yang dilayan..
Mereka ni semua yang duduk jauh dari keluarga...tak ada kawalan...
Kerana mereka mencari rezeki dibandar atau pun menuntut di pusat pengajian...
Secara tak langsung perkara ini juga disebabkan faktor dari kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan..
Maka kerajaan perlu bertanggung jawab diatas keterlanjuran ini...
Dan kerajaan mempunyai segala punca kekuatan untuk menangani masalah ini..
majoriti yang membuang bayi adalah orang melayu...kerana mereka terperangkap dalam rasa bersalah kepada tuhan, keluarga dan masyarakat...maka mereka hilang pertimbangan..
Kawalan dari punca adalah yang terbaik...tapi bila dah berjauhan dari keluarga siapa yang boleh menghalang..
Masyarakat sudah mula mementingkan diri sendiri ketika berada dibandar..kerana alasan mereka adalah disebabkan kesibukan mencari rezeki...
Jika kerajaan dan menteri yang dipertanggungjawapkan semakin lemah...
Nescaya kejadian yang berlaku sekarang akan jadi kebiasaan satu masa nanti kerana masyarakat sudah lali dengan pendedahan dari media-massa...
NKRA yang dibuat sekarang langsung tidak menyentuh untuk menangani masalah ini....
Perkara ini akan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ada tindakan diambil...anak haram (maaf) akan berkeliaran sama seperti di negara barat..mereka kemudian akan menjadi insan yang semakin merosakkan masyarakat baik kerana mereka tiada perasaan kekeluargaan....mereka akan menggoncang nilai kekeluargaan seperti yang berlaku di negara kafir...mereka tiada pegangan hidup...tiada belas kasihan...tiada perasaan kasih sayang...
Adakah Malaysia akan menerima nasib yang sama dalam institusi kekeluargaan ini...
Kerajaan mesti bertindak sekarang untuk memgajar, memulihkan dan menghukum atas perbuatan membuang anak..belas kasihan adalah lebih perlu kepada anak-anak kecil daripada pelakunya yang tidak berperikemanusiaan..
AKu menulis pada petang ini dengan titisan airmata...hati aku sangat terguris...
Wahai pemerintah ku..wahai menteri-menteri ku...aku seru kamu bangkit dari tidur lena mu ...dari mimpi-mimpi kuasa dan wang ringgit mu...bangkit lah kamu dengan perasaan sebagai seorang insan yang soleh..
Bangkit lah .....bangkitlah memerintah dengan hati yang celik...

Aku dirompak...GGgggrrrr

Memang kejadian nih buat aku benggang...
20hb Disember 2011,aku tidur dirumah hinggap di Taiping..(Sori, sebab rumah nih..aku tidur 2 atau 3 malam jer)
Bangun pagi macam biasa gi keje..tapi hati aku asyik teringat nak balik tengok rumah jer..
Habis waktu keje, hati berbelah bagi..nak balik Ipoh ker tido kat sini...pikir..pikir..
Ohh..aku kena cari sparepart ambulance kat Ipoh esok, baik balik sana..tapi hati masih teringat kat rumah , sebab ada barang-barang yang tertinggal..
Ahh, aku ambik keputusan balik selai sepinggang ke Ipoh, tinggal pakaian dan beg kat rumah tersebut..

21hb Disember 2011, awal pagi lagi aku dah melilau kat Bandar Ipoh, cari sparepart, cari bengkel-bengkel yang biasa aku pergi untuk bertanya tentang alat yang aku bawak nak repair nih..Jam dah pukul 10.30 pagi, payah nih dalam hati ku berkata, satu kedai pun tak sanggup nak repair..maklumlah alat dari Eropah, teknologi mereka tinggi, tak berani bengkel nak buat....emmm..nampak nya kena beli baru..
Ambik keputusan balik Taiping, sampai di Taiping lebih kurang jam 11.30 pagi, hati rasa tak sedap jer..kenapa nih asyik teringat rumah jer..
Balik rumah kejap ler, alang-alang dah lalu dari laluan keluar tol Taiping utara, sampai rumah, terus masuk dalam bilik untuk melihat keadaan,
'Berdesup' darah aku tengok atas lantai berterabur barang-barang dari dalam beg eksesori aku, kenapa nih..dalam hati..Ehh..mana beg eksesori aku...bukak laci sebelah bawah...hancus...kosong....habis duit siling yang aku kumpul..aku tengok keliling..radio aku hilang jugak.....wwwoooooiii, backpack aku baru sehari beli pun tak ada....hampeh betul lah...Kalu dinilaikan harga barang yang hilang memang tak seberapa, dalam RM300 jer..tapi kecewa sebab tak ada kesan pecah langsung, macam pintu dibuka dengan kunci dan kemudian ditutup semula agar aku tak perasan keadaan nya..nih yang aku benggang sangat...
Macam ada konspirasi jer.....
Memang aku kena pindah dari rumah nih....


Tuesday, December 13, 2011

BODOH TAK BOLEH NAK DI AJOR..#1

Pos aku kali nih nak ketengahkan isu yang unik....Iaitu manusia yang buat perkara yang bodoh tapi memang tak boleh nak di ajor.. Dan anda fikirlah sendiri...........................
 
Kes #1

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria yang menelan ketulan dadah dan berada di bawah tahanan polis ditembak mati selepas dia mengamuk serta menyerang anggota polis yang mengawasinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin.
Lelaki berusia 31 tahun itu maut selepas terkena tiga das tembakan sejurus dia menyerang polis dan berlaku pergelutan selama beberapa minit di wad 18, katil 10 hospital itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, berkata kejadian berlaku jam 9.45 malam itu dan suspek sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) serta dipercayai menelan ketulan dadah untuk menghilangkan bukti.
Menurutnya, suspek tiba di Malaysia pada Khamis lalu sebelum ditahan polis di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, keesokannya kerana menerima aduan suspek membuat kecoh dan mengganggu orang ramai.

“Polis menjalankan pemeriksaan percaya suspek berada di bawah pengaruh dadah sebelum menahannya pada jam 11.13 pagi (kelmarin). “Suspek dimasukkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari semalam berikutan imbasan X-ray mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah jenis syabu dirampas daripada mangsa adalah 46 ketul seberat 831.41 gram bernilai RM300,000.

 Kes #2




KUALA TERENGGANU: “Biarlah Mat Rempit itu dikenakan hukuman setimpal, seboleh-bolehnya hukuman sebat, tak pun dipenjara,” kata Azni Arif, 44, yang geram dengan tindakan seorang Mat Rempit merempuh anaknya dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Fakri Azni, 11, patah tulang belakang, retak tempurung kepala, menerima tujuh jahitan di kepala, luka di tangan dan badan akibat dirempuh mat rempit terbabit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya polis dipercayai kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Ahmad Fakri yang ketika itu bermain basikal di hadapan rumah dikatakan melambung sejauh 10 meter selepas dirempuh Mat Rempit berkenaan yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5.
Kejadian itu turut disaksikan Azni yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan dia meluru mendapatkan anaknya sebelum mengejarkannya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, di mana pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga berkenaan menerima rawatan di unit kecemasan selama lima jam.

“Sebagai ayah, saya kesal dengan kejadian ini kerana ia bukan saja boleh berlaku kepada anak saya, tetapi juga anak orang lain juga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat berkata, mat rempit berusia 18 tahun berasal dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong melarikan diri daripada sekatan polis di Simpang Empat Tok Ku, di sini dengan melawan arus serta menunggang secara berbahaya.

Saturday, December 10, 2011

PENGHUNI SYURGA IALAH SEBAIK-BAIK MUSLIM

Dari Abdullah, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu? Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu? kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.
Huraian Hadith: 
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
(SUMBER:JAKIM)

Friday, December 2, 2011

THis is called COMMUNIST'S LAW



The fall of another senior citizen and his death have thrust the notorious judgment in the Nanjing Peng Yu case into question once again.
An 88-year-old man slipped and fell at the entrance to a vegetable market about 100 meters from his home and remained lying on the ground, face down, until an ambulance arrived one and half hours later. The man died "because of a respiratory tract clogged by a nosebleed".
Should anybody have turned him over or on his side, he might have survived. But none of the passers-by in the Zhiyin neighborhood in Wuhan, Hubei province offered a helping hand during those 90 minutes.
They should be condemned for their cold-heartedness or cowardice. But most people who learned about the tragedy from the media seem to think otherwise. For 12 hours, from 4:22 am on Sunday, when the news was first reported on the Internet, 29,892 users of Sina.com wrote comments on the incident. Almost all of them said they understood why the onlookers did not move to help the man and many admitted that they would have done the same if they were there.
Everybody in China knows why. It is the result of the many cases in the past when the helper has been accused by the beneficiary, or the beneficiary's family, of being responsible for the accident. Search the reports of such cases online and you will find there have been dozens over the past few years. But of these, the Peng Yu case is the most influential.
In 2006, Peng Yu, a young resident of Nanjing, capital of Jiangsu province, helped an old woman who had fallen. She later accused him of causing her fall. The court decided in favor of the plaintiff, based on the reasoning that Peng would not have helped the woman up "if he had not had caused the fall". The verdict angered the public, who compared the judge to well-known "muddle-headed judges" in ancient China. Though the case was later settled in an agreement, Peng still paid 10 percent of the costs and it has been mentioned thereafter whenever a similar incident has occurred.
On Aug 26 this year, in Rugao, Jiangsu province, a bus driver saw an old woman lying on the ground near her overturned tricycle. He stopped his vehicle and went to her aid. The 81-year-old woman later told the police that his bus had hit her tricycle. Fortunately the bus was equipped with a video camera. The police checked the video recording and found that the woman was lying.
After reading the news, I went to the Zhongguancun electronics market in Beijing and bought a camera for my car on Saturday. The stall owner told me that after the Rugao event was reported in media, the product were selling like hot cakes. "In the past, I sold only several sets a day; now I can sell several dozens a day."
In fact, everybody knows that the incidents of the helped framing the helper account for only a small percentage of such good deeds. But people still shy away from aiding others because they are afraid of the possible outcome. Most netizens who commented on the Wuhan incident said they would have the impulse to help the fallen man if they were there but would not act, "because I dare not".
People take such an attitude for two reasons: first, they fear they will fall into the hands of a "muddle-headed judge" like the one in the Peng Yu case should they also be framed by the person they help. Second, those who frame their helpers are never punished.
The Peng Yu case is so influential it needs to be seriously reviewed. The Supreme People's Court should look into the case again and give the public an explanation on whether the Nanjing court was right basing its judgment on such dubious reasoning. The case is no longer an ordinary one. It has greatly affected our social ethics. The supreme authorities must give due importance to it.
Wrong court decisions have to be corrected and incompetent judges must be disqualified.
And ungrateful citizens who accuse their saviours must be punished with civil and even criminal liabilities once they are proven to have lied. Apart from causing others mental distress that invites indemnities, they have committed at least two crimes: first, obstruction of justice; second, extortion.
If our judicial apparatus cannot protect justice, our society will be irredeemably damaged.
Source: China Daily 09/07/2011 page10