Aku Kembali

Setelah 3 minggu aku tidak menulis disebabkan oleh kesihatan yang tidak berapa baik..Benarlah kata orang lama, menulis bukan satu perkara mudah. Amat memerlukan komitmen, juga kesihatan yang baik..Jika tidak inilah akibatnya. Hilang idea, jadi malas, sebab nak pikir perkara lain lagi..Terutamanya tentang kesihatan, nak menulis kena rasa sihat, tak ada rasa lemah, sakit.. Kalau semua ni ada, alamat tak menjadi ler.
Ini semuanya terjadi apa bila aku gatal sangat nak masuk tournament badminton tempoh hari. Dah lama tinggal kan game ni. Aku agak dah 3 tahun lebih. Aku dah tukar arah sukan iaitu golf, bukan apa sebab rasa kurang sikit badan sakit-sakit bila lepas main. Tapi tiba-tiba jabatan aku buat tournament, ingat boleh lagi, langsung tak warm-up terus main. Padan muka aku, dapat injured. Tapi ini adalah pengajaran untuk aku...
 

Comments

Popular Posts