Followers

Wednesday, June 4, 2014

NATIJAH DARI DNA BABI CADBURY



Telah diistiharkan: produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

1) Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

2) Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal. 

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

3) Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Takrifan Halal


Mengikut JAKIM, Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Persoalan dari perkara ini
Kes ini telah menjadi kekecohan dikalangan umat Islam di Malaysia.Umumnya merasa sangat terhina dengan pendedahan ini. Masyarakat Islam Malaysia merasakan seperti ditipu oleh syarikat dan juga JAKIM. Kekecewaan ini semakin memuncak apabila Majlis Fatwa mengisytiharkan bahawa coklat ini disahkan "halal".
Oleh itu persoalan yang timbul dari benak ku apabila pengisytiharan dibuat adalah seperti berikut:

1) 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. Mengikut kenyataan ini, adakah ia boleh diguna pakai disebuah negara yang majoriti penduduknya Islam, mengamalkan cara hidup Islam dan mengistiharkan sebagai sebuah negara Islam, dan pemimpinnya juga berugama Islam? Maksud kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak perlu dijelaskan. Adakah kerana ketiadaan bahan yang halal untuk pemprosesan. Adakah kerana ketiadaan umat Islam sebagai pekerja atau sebagainya. 

2) Rujuk no.2. Jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal. 
Kenyataan Halal ini adalah dikaitkan dengan pemprosesan sehingga sebelum dipasarkan, bagaimana jika makanan tersebut dicemari dengan sumber tidak halal selepas itu? Adakah dengan kenyataan dari no 2 ini yang diguna pakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyatakan makanan tersebut halal? Bagaimana dengan akidah umat Islam jika keadaan ini berleluasa, maksud saya adalah, jika makanan lain juga terdapat sumber tidak halal selepas dipasarkan?

3) Kontaminasi - Kenyataan ini menjadi tanda tanya. Seperti kebanyakkan kedai serbanika atau supermarket, coklat diletakkan diatas para dengan bahan makanan ringan. Bagaimana kontaminasi boleh berlaku? Tidak mungkin coklat disimpan didalam peti sejuk beku bersama dengan daging.

4) Takrifan Halal -  JAKIM menyebut: Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,
Maksud diatas adalah bukan sahaja dalam proses akhir dan sebelum dipasarkan, tetapi ia adalah menyeluruh selagi ia didagangkan, jadi ketika makanan tersebut dipamerkan untuk didagangkan, ia telah tercemar dengan sumber yang orang Islam dilarang oleh syarak untuk memakannya (Rujuk takrifan halal. a. ) Persoalan disini, adakah sebelum mereka mengeluarkan kenyataan, mereka sudah memahami takrifan halal yang mereka keluarkan sendiri? Jika mengikut takrifan itu, dengan jelas bahawa makanan tersebut tidak 'Halal'.


NATIJAH DARI DNA BABI CADBURY

Umat Islam di Malaysia terkejut, terpempan apabila membaca berita ini. Rasa jijik ada, rasa mual pun ada, lebih-lebih lagi kepada pengemar coklat. Tapi cuba renungkan semula, adakah hanya coklat yang kita nak kecohkan sangat, BAGAIMANA dengan makanan lain, sebagai contoh, biskut, makanan ringan, makanan basah seperti mee kuning, tauhu dan sebagainya. 

1) Umat Islam kadang-kala menjadi kecoh seperti dibuat-buat, seperti berpura-pura. Kenapa saya berkata begini? Kerana tidak pernah serik, tidak pernah nak berfikir kalau pasal makan. Pakai balun ajer, pakai ikut-ikutan ajer, contohnya nak masuk kedai makan, nampak orang macam Melayu ada kat dalam, dia pun masuk makan juga, walhalnya di Malaysia nih masyarakatnya majmuk, banyak yang muka macam Melayu tapi bukan Melayu atau Islam. Kalau makanan yang dibuat oleh orang Melayu banyak 'songehnya', memanjang kata tak sedap..atau saja buat alasan. Dah banyak kes berlaku orang bukan Islam menipu tentang makanan 'Halal' tapi orang Melayu memang tak ada perasaan tentang itu kalau nak makan.

2) Saya pernah bangkitkan isu "Kantoi Melayu; Kegagalan membangunkan fardhu kifayah" dalam blog saya pada 30hb Januari 2014. Inilah salah satu kegagalan besar kita orang Melayu di Malaysia. Makanan halal adalah ditetapkan dalam hukum syarak. Tetapi masyarakat Islam Malaysia tidak menjadikannya sebagai keutamaan. 

Orang Islam di Malaysia ketika ini bergantung sumber makanan dari kaum bukan berugama Islam, sedangkan Malaysia mempunyai majoriti berugama Islam, mempunyai pemimpin berugama Islam, TETAPI industri makanan halal menjadi kegagalan bagi umat Islam.
Mana mungkin kerajaan mampu terus-terusan menekan kepada kaum bukan Islam untuk menjaga adap penyediaan makanan menurut syariat Islam kerana mereka memang orang yang ingkar terhadap hukum Allah.

Ketika ini JAKIM tertekan untuk menjadikan sumber makanan yang dipasarkan menjadi 'halal'. Mengapa sampai begitu? Sedangkan kita negara Islam. Ia tidak akan berlaku jika orang Islam yang menjadi pengeluar dan mempunyai rantaian halal sendiri. 

Yang berkuasa adalah masyarakat, orang Islam perlu bersatu untuk menjadikan industri makanan halal di Malaysia sebagai satu realiti, dengan membangunkan rantaian makanan halal, dari bahan mentah hinggalah ke peringkat penjualan.

Jangan hanya bangga mengisytiharkan Malaysia sebagai 'Hub Halal' tetapi disebaliknya tiada orang Islam sebagai pengusahanya. Akhirkata, maafkanlah mereka dan ambil iktibar dari kejadian ini. Jangan jadikan kita umat Islam yang terus-terusan ditipu dan ditindas kerana kegagalan membangunkan kekuatan ummah.


HIMPUNAN CERITA BAPAKU, BAPA DURJANA#2

Aku akan terus menulis tajuk ini demi kebaikan insan yang kita sayangi. Ia juga adalah iktibar kepada masyarakat, dan juga untuk memberikan idea kepada pembaca untuk membuat kesimpulan diatas peristiwa ini.

#1 Ampang 7 Mac 2014
Cucuh Kemaluan anak dengan rokok

Kejadian ini berlaku di Taman Tasik Permai dimana seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 5 tahun telah didera oleh bapa sendiri lebih 1 tahun lamanya. Dilaporkan badan mangsa penuh berbirat dengan kesan dilibas dengan penyangkut baju dan kepalanya dibotakkan. Selain itu terdapat kesan dibadannya melecur akibat disiram dengan air panas. Dan, sangat menyedihkan adalah kemaluan kanak-kanak perempuan ini dicucuh dengan api rokok. Adik mangsa yang berusia 3 tahun juga menjadi mangsa deraan BAPA DURJANA, tapi keadaannya tidak seserius kakaknya.

Perkara ini terbongkar apabila seorang jiran yang perihatin telah menberanikan diri untuk membawa mangsa ke hospital untuk diberikan rawatan WALAUPUN telah dihalang oleh IBU kanak-kanak tersebut...
Bagaimana pun SI BAPA DURJANA telah melarikan diri..... (Mungkin akibat takut didera :-( )


"SYABAS KEPADA JIRAN YANG PERIHATIN"

#2 Disyaki dipaksa mengemis

Seorang bapa telah membawa anak lelakinya yang berusia 10 tahun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa diseluruh tubuh kanak-kanak itu penuh dengan kesan lebam berbirat dari kesan dipukul. Polis mengesyaki bahawa anak itu dipaksa untuk bekerja sebagai pengemis. Bapanya seorang warga Myanmar telah ditahan untuk siasatan.