Followers

Thursday, September 23, 2010

Mesti Baca - Kasihnya Ibu

Khamis 23 September 2010

"Abang tidak bersalah, mama yang bersalah, biarlah mama yang mati". kata si ibu..


Saya tidak berniat untuk mengulas bagaimana kes ini berlaku, tetapi saya amat tertarik dengan berita ibu kepada yang dituduh telah pengsan sebanyak 2 kali ketika mendengar hukuman dijatuhkan serta kata-kata yang menyayat hati.



Kata si ibu amat menguris hati..Bayangkan begitu kasihnya seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang seorang ibu tidak menilai samada si anak bersalah atau tidak. Kasih sayangnya tidak boleh dihindarkan oleh sebarang benteng pun..Adakah anak boleh menilai kasih sayang ini..


Luahan hati ku...

"Wahai anak-anak ku, hargailah kehidupan ini..kamu hidup didunia ini atas kudrat Allah dan si ibu yang diamanahkan menjaga mu..sesungguhnya jika kamu ingkar kepada ibu kamu, maka kamu akan lebih berkali ganda ingkar terhadap Allah, tidak ada didalam dunia ini anak yang ingkar dan derhaka terhadap ibunya mentaati suruhan Allah..mereka adalah antara manusia yang sombong, bongkak dan takabur..semasa kecil tangan si ibu menyuapkan makanan dan mengendong kamu..apabila kamu dewasa tangan si ibu kamu pulas (memaksa) untuk kesenangan kamu juga..ingatlah si ibu semakin lemah kerana dimamah usia..tetapi pada zahirnya ibu kelihatan sangat gagah menyambut kamu dan anak-cucu pulang kekampung..nyata kegagahan itu datangnya dari sifat kasih terhadap si anak...kasihilah mereka ketika mereka masih ada...berbaktilah agar kamu sianak menjadi kebanggaan si ibu"

Saturday, September 18, 2010

Himpunan Kisah BapaKu Bapa Durjana #2

Lihat lah kisah manusia yang dihantar kedunia sebagai Khalifah...


Kisah #1
Dimana kanak-kanak ini hendak berlindung jika bapa yang diharap sebagai pelindung menjadi setan dan bapa saudara pula menjadi iblis..

Kisah #2
Yang ini pulak apahal..kalu dah bercerai dengan maknya...anak tetap anak...kemaruk sangat ker...

Friday, September 17, 2010

Kejam..Profil tinggi....Unsolved case..

Sebenarnya aku terkedu dengan kehebatan rakyat Malaysia ketika ini..Mereka begitu kreatif ketika membunuh..Berbagai cara telah digunakan. Inikah pelajaran yang mereka dapat ketika bersekolah atau ketika menuntut di Universiti..Mereka membunuh dengan membuat strategi untuk tidak dikesan..siapa mengajar mereka...
#1. Pembunuh kerana terdesak hanya mahu melepaskan perasaan mereka sahaja, mereka tidak mahu ambil pusing bagaimana memgelak dari dikesan, apa yang didalam hati mereka cuma mahu memastikan dendam atau amarah terlaksana..apabila pembunuhan telah berlaku mereka tidak keruan, binggung dan hilang punca hingga mereka dengan mudah dijejaki..
#2. Pembunuh profesional lain pula caranya...mereka terdidik atau terlebih didik...hingga menjadi kurang ajar, kerana merasa tiada apa yang boleh menghalang mereka..kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang strategi, berkemampuan dari segi kewangan, berkedudukan atau berpangkat dan mempunyai networking.
Satu ketika aku pernah bertugas diluar negara..apa yang aku baca di akhbar negara tersebut hampir tiap hari tentang bumi bertuah ku ini adalah berita rompakan, rogol dan pembunuhan sahaja dipaparkan...Aku berasa malu untuk memegang akhbar dinegara tersebut dihadapan rakan ku (rakyat negara tersebut).


Kes Sosilawati adalah antara beberapa kes yang berprofil tinggi dan sangat kejam..selain itu kes yang sebelumnya adalah kes Altantuya yang dibunuh dan mayatnya di bom..


Altantuya telah dibunuh dan di bom kerana bertujuan untuk menghilangkan bukti..Kes telah pun ditutup dan pelaku telah pun dijatuhkan hukuman.. apa yang dilihat pembunuhan yang dilakukan tiada motif..


Kes Mona Fendy juga adalah berprofil tinggi kerana membunuh Dato' Mazlan. Pelaku adalah orang suruhan Mona iaitu Juraimi..Mahkamah berjaya mengaitkan pembunuhan yang dilakukan oleh Juraimi menurut perintah Mona dan suami..dan mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..

Selain daripada itu ada juga kes yang berprofil tinggi tidak dapat diselesaikan seperti kes Allahyarham Norita apabila tiada pelaku yang dihukum. Begitu juga dengan kes Nurin Jazlin..Kes ini sangat menyentuh hati aku kerana ia masih kanak-kanak dan diperlakukan sangat kejam, hinggakan aku melakukan solat hajat agar pelakunya satu hari nanti menyerah diri.
Apa yang aku harapkan pada ketika ini adalah biarlah pesalah dalam kes Allahyarham Sosilawati dan allahyarham rakannya dapat dihukum dengan setimpal, bukan sahaja pelaku pada kes pembunuhan ini tapi juga perancang, sebagaimana kes Mona Fandy.
Jika dilihat ketika ini memang agak sukar untuk pihak polis mencari bukti dan menyabitkan kesalahan mereka, tapi aku berdoa agar mereka tidak akan terlepas begitu sahaja..

Amin

Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya..Hantu Raya..Takut Hantu ker Takut Tuhan

Wah...wah...wah...hebat sungguh raya tahun nie...first time aku beraya dengan hantu (kat dalam TV ler). Dari hari raya pertama sampai raya ke enam hantu memanjang...hehehehhehe...(aku lak dah pandai mengilai..)

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

aku bukan nak komen pasal banyak sangat cerita hantu dalam TV. Mereka berniaga. Mereka tengok trend sekarang pasal hantu. Mereka peniaga kena ikut trend ..betul tak?
Nie nak cerita pasal pengajaran dari cerita hantu tersebut. Aku tengok anak aku yang kecik pun dah pandai cakap "akut...antuuu"....Kalau dinilai ketakutan memang manusia nie takut pada benda ynag tak pernah mereka tengok...contoh hantu lah...tanya ler rata-rata kawan-kawan sekeliling..boleh kata semua mereka tak pernah tengok hantu...tapi percaya sangat melekat dalam hati...Lalu aku katakan pada anak aku..boleh dikata tasykirah ler nih..Manusia sangat takut pada hantu, tapi cuba lihat mereka takut kan Tuhan tak..jawab nya nampak macam tak takut langsung..
Aku bagi reverse thinking kat anak aku..Aku kata cuba lihat dalam cerita hantu yang kita tengok tiap hari raya nie..siapa yang takut pada hantu dan siapa yang berani lawan hantu...dalam cerita tu yang takut pada hantu semua yang langsung tak ingat pada tuhan (dalam cerita ler, kat luar wallahuallam), mereka hanya ingat nak menjerit jer..ada mereka ingat kan Tuhan..ada ?..ada mereka baca ayat al-quran..langsung tak ada baca walaupun sepotong ayat, contoh: Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam...ada mereka baca..ada...ada? tak ada jawabnya..
Siapa yang datang tolong mereka..tentu lah ustaz..ustaz nie akan bacakan ayat suci al-quran dan hapuskan hantu dalam cerita tersebut...dan terselamatlah orang yang takut tadi..
Kesimpulannya aku katakan pada anak aku..kita perlu kembali pada akidah Islam dan mengingati Allah, sembahyang, ingatkan kuasa Allah lebih hebat lagi..baca ayat al-quran dan jadikan amalan..kuasa Allah lebih hebat..mana ada dalam cerita tersebut hantu dapat kalahkan kuasa ayat al-quran dan mengatasi kuasa Allah..Jadi nak takutkan sapa..Hantu ke Allah.. 

Sunday, September 5, 2010

Malu...malu...maluuuuu

Malam kelmarin aku keluar pekena kopi dengan sorang sahabat cina saya selepas solat tarawih..sebenarnya kami dah lama berkawan, hampir 15 belas tahun. Kebiasaannya ketika didalam bulan yang tak puasa aku selalu keluar minum petang dengan kawan ni, yang aku panggil Ah Chong. Kecuali bulan puasa sebab aku tak der alasan nak keluar minum..
Tapi kali nie aku dapat soalan cepumas dari dia. Kali nih aku tersandar memikirkan bagaimana tahap hormatnya umat Islam kepada ugama sendiri, penilaian ugama lain terhadap umat Islam..


Soalan 1

Apa pasai orang Islam puasa?

Soalan 2

Betul ka kalau orang Islam puasa tak boleh marah-marah atau gaduh?

Soalan 3

Apa pasai ada orang Islam talak puasa?

Soalan 4

Kalau diaorang puasa tapi tak sembahyang apa macam mana dengan itu puasa?

Soalan 5

Kalau itu orang Islam talak sembahyang sama talak puasa, apa macam?

Soalan 6

Kalau diaolang talak bikin ini semua diaolang Islam lagi ka?

Untuk pengetahuan para sahabat, si Chong nie dah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama 25 tahun, maknanya dia dah masak dengan gelagat orang Melayu..

Aku nak para sahabat share pendapat kat sini...