Followers

Tuesday, August 31, 2010

Hari Shopping Merdeka Vs Shopping Raya

Hari ni bawa anak-anak shopping baju raya sempena hari merdeka, strateginya nak dapat diskaun merdeka ..tah ler..aku tengok harga macam sama jer...apa pun demi anak-anak..

Tengok ler..siap posing lagi tu..



Kalau kat Ipoh nie..UO tempat pilihan kami setiap musim perayaan..


Hah..dah tak tau nak pilih yang mana pulak..kaki dah lenguh nie..


Aku nak amik gambar orang langgar dari belakang..bergoyang ler jadinya..apa dia orang ingat kasut nak habis kot...


Alahai...10% jer diskaun..Bagi ler lebih skit..Merdeka katakan..


Punya banyak kasut..sampai dah main longgok jer...Minah promoter pun dah tak larat nak layan..


Dah dapat sandal..cuba dulu..


Nak songkok ker nak main songkok...kakak kedai tu dah jeling jer. Nak marah tak bulih, muka dia pun masam jer...apa taknya...dia susun orang teraburkan..dia susun orang terabur kan..dah lah puasa...aku kata sabor jer ler dik..pahala tu, sebab keje dengan ikhlas..hehe 



Ni dah mula melarat lak...Nak beli video game..tengok kat belakang tu..Baju biru belang-belang tu dah pegang stereng PS2...Weh..tak boleh jadi nih..Aku kata jom kita balik...tak lalu lagi dah ...dah mula kelain pulak ni...Maka kami pun balik setelah 4 jam berasak-asak dalam Uda Ocean nih..

Sunday, August 29, 2010

HIMPUNAN CERITA BAPAKU, BAPA DURJANA

Aku terkedu bila mengenangkan kekejaman yang dilakukan oleh mereka..mudah-mudahan tiada dalam ahli keluarga kita berlaku begini atau diperlakukan sebegini...amin..



Berita Harian Online Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu






KISAH HABIBUN NAJJAR-SURAH YASIN

Kisah Habibun Najjar ini seperti dari kupasan tafsir surah Yassin (Dr. Fatmah El Zahrah, 2006) bermula dari ayat 13 hingga ayat 29.

                 Ayat 13 bermaksud : "Dan tunjuklah kepada mereka satu contoh disatu negeri ketika datang kepadanya beberapa rasul" dari kupasan ini negeri yang dimaksudkan adalah Antoqiah dan rajanya bernama Antoqis. Negeri in tidak mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihissalam. Mereka melakukan maksiat, berjudi dan meminum arak. (Jika direnungkan disini ketika ini dimanakah satu negeri/negara yang tidak melakukan perkara ini.) Disebabkan oleh Nabi Isa mempunyai urusan lain, maka Allah S.W.T menghnatar 2 orang rasul ke negeri tersebut yang bernama Masduq dan Syam'u tetapi mereka tidak mengendahkannya. Lalu Allah mengutuskan rasul yang ketiga (Ayat 14). Kebetulan ketiga-tiga rasul itu berada dinegeri Antoqiah ini, negeri tersebut dilanda kemarau, (Ayat 18) lalu apa lagi mereka mengarahkan ketiga-tiga rasul tersebut agar menghentikan seruan mereka kerana penduduk Antoqiah percaya rasul-rasul ini membawa bencana.
Lalu para rasul ini lantas menjawab "kamu yang melampaui batas. kamu yang membawa kecelakaan kepada negeri kamu. Bukan kami yang membawa kecelakaan ini" (Ayat 19).

Ketika inilah Habibun Najjar muncul (ayat 20). Beliau tinggal dikampung pendalaman, bekerja sebagai tukang kayu, miskin, tidak mempunyai sebelah tangan dan berpenyakit kusta. Apabila beliau mendengar kisah 3 orang rasul ini beliau lantas menyeru kepada kaumnya agar menuruti perintah Allah.

Beliau berkata "Ikutlah mereka yang tidak mengharapkan apa-apa upah dari kamu sedangkan mereka dipimpin Allah" (Ayat 21) "Dan mengapa kamu tidak mahu menyembah tuhan yang menjadikan kamu? Sedangkan kamu akan kembali kepadaNya" (Ayat 22)

Habibun Najjar menegaskan bahawa tidakkah mereka sedar bahawa menyembah berhala itu tidak boleh mendatangkan apa-apa, tidak boleh membantu ketika mereka susah atau ditimpa bencana. Berhala tidak mampu menjadikan sesuatu pun, walaupun sebutir pasir atau seekor lalat.(Ayat 23)

Lalu Habibun Najjar pun menyatakan bahawa beliau beriman kepada Allah S.W.T. Dihadapan penduduk negeri Antoqiah beliau menyatakan keputusan beliau. Habibun Najjar seorang ynag sangat berani menyatakan keimanannya. (Ayat 24)
Demi keimanannya beliau berani berhadapan dengan orang ramai, fisabillillah.

Oleh itu penduduk Antoqiah pun membunuh Habibun Najjar dengan cara yang amat kejam, (Ayat 25), beliau disula dari punggung, mulut ditusuk kayu dan telinganya juga duhentakkan dengan kayu. Malah ada ahli tafsir mengatakan isi perutnya keluar melalui telinga dan sebahagiannya keluar melalui mulut. Nauzubillah. Begitulah kejamnya orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. ( Ketika hari ini para ulama dinafikan suaranya, diletakkan pada satu tempat yang suaranya susah didengar - maksudnya apabila ulama hendak memberi pandangan atau pendapat tidak mendapat liputan dari pihak media, tiada pentas kebebasan - yang ada semuanya dibawah kawalan dan pantauan dengan serba serbi syarat jika hendak muncul memberi pendapat kepada media, tetapi berbeza dengan para artis - gelanggangnya sentiasa terbuka, mendapat liputan walaupun kisah cerai-berai atau kisah khalwat atau kisah penagihan dadah dan terus mendapat sanjungan dari peminat)


Kembali kepada kisah Habibun Najjar. Ketika nyawanya hendak meninggalkan jasad, maka berkata malaikat kepadanya (Habibun Najjar), "Masuklah engkau kedalam syurga" dan beliau berkata " Alangkah baiknya jika kaum ku mengetahui" (Ayat 26). Maksudnya ketika itu kaum Antoqiah tidak mengetahui kenikmatan beriman kepada Allah. Mereka tidak mendapat hidayah atau memang tidak dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka tidak mendapat petunjuk. (Malangnya ketika ini ramai antara kita dilahirkan sebagai orang Islam tetapi bertindak seperti orang-orang zaman jahiliah, sedangkan mereka telah mengenal dan diberikan ilmu keislaman dari kecil. Perbuatan mereka lebih-kurang sama dengan penduduk Antoqiah yang membunuh Habibun Najjar, malah lebih kejam lagi membunuh anak yang masih kecil).


Jika kita beriman Allah akan ampunkan dosa kita, sesungguhnya jika kita mengetahui nikmat yang Allah beri tentu kita mendapat hidayah dan petunjuk. Kata Habibun Najjar "Bahwa tuhanku telah mengampuni dosa ku, dan telah menempatkan aku pada tingkatan yang mulia" (Ayat 27)


Lalu Allah berkata tak perlu aku menurunkan bala tentera dari langit untuk hancurkan kaum yang derhaka ini (Ayat 28), (sebenarnya manusia ini terlalu lemah, semuanya berharapkan dari kuasa alam - nak buat rumah perlukan tanah, pokok batu  dan air, besi untuk dibuat paku. Manusia hanya boleh buat jika ada bahan ini tapi boleh ker cipta bahan tersebut - tentu tak boleh. Tapi mengapa manusia masih lagi mendabik dada mengatakan diri itu terlalu hebat)
Allah Subhanawataala menyurauh Jibrail mengeluarkan satu suara sahaja maka lenyaplah seluruh penduduk bumi Antoqiah (Ayat 29). Begitulah hebatnya kuasa Allah. Apabila ia berkata jadi maka jadilah ia.
  
Kepada tuan-puan dimaklumkan ayat 29 ini boleh dibaca kepada orang-orang yang zalim. Amalkan supaya kita terlepas dari kezaliman manusia dan boleh mendoakan kepada umat islam yang lain yang negara mereka dizalimi seperti Palestin..InsyaAllah


Jika saya tersilap maafkan saya, dan tegurlah saya...Ia lebih baik dari menjadi mudarat / kerosakan atau pun fitnah..

cerita kedai kopi - Malique feat Salam-kopi sumber inspirasi

Saturday, August 28, 2010

Aku Pun Cameraman


Aku nak jadi cameraman gak...nilah hasil nye...


Hah..nak dukung rupanye..

adik pengantin..anak saudara aku ler tu..
pengantin karaoke...

Wednesday, August 25, 2010

BUANG BAYI...SALAH SIAPA

Bila aku membaca akhbar setiap hari ada sahaja berita tentang bayi yang dibuang oleh ibu atau bapa atau pakatan mereka berdua. Mengapa ini berlaku? Dimana perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Mengapa mereka sanggup mencampakkan bayi dari atas bangunan begitu sahaja? Dimana sifat perikamanusiaan seorang insan? Siapakah mereka ini sebenarnya? Begitu banyak persoalan timbul didalam kepala ini...

 Siapa mereka?
Kebanyakan kes buang bayi berlaku dibandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru. Bandar-bandar ini adalah tempat terdapatnya kawasan perindustrian, pusat perniagaan dan pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA & IPTS) atau pun terdapat pusat-pusat peranginan. rata-rata bandar ini menyediakan begitu banyak pusat-pusat hiburan seperti disko, pusat karaoke, panggung wayang, taman bunga, komplek belibelah dan sudah pastinya hotel yang tumbuh macam cendawan. Kebanyakan insan yang bekerja atau belajar dibandar ini sudah pasti datang bersendirian, tanpa pengawasan dari keluarga terdekat, tiada pemantauan pergerakan dan kelakuan pendek-kata  jauh dari ibu bapa. Malah bandar ini juga terdapat ramai pendatang asing dari seperti Indonesia, Vietnam atau  Thailand. Identiti sipembuang amat sukar dikenalpasti.


Mengapa mereka memperlakukan begitu?
Mereka seperti begitu terdesak.Kerana manusia yang terdesak sahaja sanggup melakukan perkara sebegini. Mugkin kerana takut diketahui oleh ibu-bapa, tempat mereka belajar (mungkin takut dibuang dari kolej) atau tiada sumber pendapatan dan tempat tinggal yang tetap. Adakah tiada perasaan kasih sayang sedikit pun atau simpati dihati mereka. Mengapa mereka menjadi manusia yang kejam. Jika dahulu kita sering mendengar anak muda atau nak gadis mengatakan 'comel' jika melihat anak kecil, tetapi sekarang sudah kurang kedengaran lagi.

Salah Siapa?
Kabinet sudah meluluskan kanun kesiksaan kepada pesalah, sek.302 & 307. Adakah ini dapat mengurangkan atau terus dapat membendung kes sebegini. Langkah yang diambil oleh kerajaan ini adalah diperingkat akhir ketika 'nasi telah menjadi bubur'. Jika dilihat mereka ini sebenarnya sudah hilang perasaan kasih sayang dari dalam diri. Mereka bukan sahaja tidak mengasihi bayi mereka bahkan mereka juga tiada hati dan perasaan terhadap keluarga dan ugama mereka.

Kesan Punca Sebagai Matlamat
Pembangunan rohani (spiritual) terhadap kebaikan hendaklah diterapkan dari kecil. Ketika ini anak-anak terlalu didedahkan dengan terlalu banyak punca masalah sosial tanpa pembangunan roh. Jiwa mereka terlalu rapuh, terlalu terdedah kepada keseronokan dan hiburan disebabkan kecanggihan teknologi hingga jiwa mereka terlalu cepat terangsang kepada nafsu seks. Jiwa mereka terlau mudah tergoda. Mereka begitu mengidamkan dan mengimpikan berpacaran dan aktiviti berdua-duaan. Jiwa anak-anak sekarang begitu keras disebabkan desakan intuk mendapat kejayaan dalam hidup, contoh untuk lulus dalam peperiksaan atau merebut peluang pekerjaan. Siapa yang perlu memberikan ilmu ini?. Pembangunan Rohaniah perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu ada ilmu, bukan hanya pergi kursus perkahwinan untuk dapat sijil semata-mata. Jabatan agama perlu mennukar silibus kursus atau menambah nilai terhadap kursus yang dijalankan dengan ilmu spiritual (kerohanian) begitu juga sekolah bukan sahaja menumpukan akademik hingga terlupa terhadap pelajaran kerohanian, berapa ramai murid-murid disekolah tidak bersembahyang padahal telah disediakan surau ditiap-tiap sekolah. Masyarakat terutama jawatakuasa masjid hendaklah aktif mengadakan ceramah aatau kursus kepada kariah mereka (Jangan hanya sibuk untuk menjaga kepentingan jawatan masing-masing). 

Pembangunan Rohaniah memang memakan masa kerana kita telah mengabaikan tanggungjawab ini 20 tahun kebelakang, maka kita menanggung akibatnya sekarang..Oleh itu hukuman perlu dilaksanakan terhadap pesalah beserta dengan mengubah kembali atau membetulkan semula apa yang telah kita tinggalkan sebelum ini.... Wasalam