KISAH HABIBUN NAJJAR-SURAH YASIN

Kisah Habibun Najjar ini seperti dari kupasan tafsir surah Yassin (Dr. Fatmah El Zahrah, 2006) bermula dari ayat 13 hingga ayat 29.

                 Ayat 13 bermaksud : "Dan tunjuklah kepada mereka satu contoh disatu negeri ketika datang kepadanya beberapa rasul" dari kupasan ini negeri yang dimaksudkan adalah Antoqiah dan rajanya bernama Antoqis. Negeri in tidak mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihissalam. Mereka melakukan maksiat, berjudi dan meminum arak. (Jika direnungkan disini ketika ini dimanakah satu negeri/negara yang tidak melakukan perkara ini.) Disebabkan oleh Nabi Isa mempunyai urusan lain, maka Allah S.W.T menghnatar 2 orang rasul ke negeri tersebut yang bernama Masduq dan Syam'u tetapi mereka tidak mengendahkannya. Lalu Allah mengutuskan rasul yang ketiga (Ayat 14). Kebetulan ketiga-tiga rasul itu berada dinegeri Antoqiah ini, negeri tersebut dilanda kemarau, (Ayat 18) lalu apa lagi mereka mengarahkan ketiga-tiga rasul tersebut agar menghentikan seruan mereka kerana penduduk Antoqiah percaya rasul-rasul ini membawa bencana.
Lalu para rasul ini lantas menjawab "kamu yang melampaui batas. kamu yang membawa kecelakaan kepada negeri kamu. Bukan kami yang membawa kecelakaan ini" (Ayat 19).

Ketika inilah Habibun Najjar muncul (ayat 20). Beliau tinggal dikampung pendalaman, bekerja sebagai tukang kayu, miskin, tidak mempunyai sebelah tangan dan berpenyakit kusta. Apabila beliau mendengar kisah 3 orang rasul ini beliau lantas menyeru kepada kaumnya agar menuruti perintah Allah.

Beliau berkata "Ikutlah mereka yang tidak mengharapkan apa-apa upah dari kamu sedangkan mereka dipimpin Allah" (Ayat 21) "Dan mengapa kamu tidak mahu menyembah tuhan yang menjadikan kamu? Sedangkan kamu akan kembali kepadaNya" (Ayat 22)

Habibun Najjar menegaskan bahawa tidakkah mereka sedar bahawa menyembah berhala itu tidak boleh mendatangkan apa-apa, tidak boleh membantu ketika mereka susah atau ditimpa bencana. Berhala tidak mampu menjadikan sesuatu pun, walaupun sebutir pasir atau seekor lalat.(Ayat 23)

Lalu Habibun Najjar pun menyatakan bahawa beliau beriman kepada Allah S.W.T. Dihadapan penduduk negeri Antoqiah beliau menyatakan keputusan beliau. Habibun Najjar seorang ynag sangat berani menyatakan keimanannya. (Ayat 24)
Demi keimanannya beliau berani berhadapan dengan orang ramai, fisabillillah.

Oleh itu penduduk Antoqiah pun membunuh Habibun Najjar dengan cara yang amat kejam, (Ayat 25), beliau disula dari punggung, mulut ditusuk kayu dan telinganya juga duhentakkan dengan kayu. Malah ada ahli tafsir mengatakan isi perutnya keluar melalui telinga dan sebahagiannya keluar melalui mulut. Nauzubillah. Begitulah kejamnya orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. ( Ketika hari ini para ulama dinafikan suaranya, diletakkan pada satu tempat yang suaranya susah didengar - maksudnya apabila ulama hendak memberi pandangan atau pendapat tidak mendapat liputan dari pihak media, tiada pentas kebebasan - yang ada semuanya dibawah kawalan dan pantauan dengan serba serbi syarat jika hendak muncul memberi pendapat kepada media, tetapi berbeza dengan para artis - gelanggangnya sentiasa terbuka, mendapat liputan walaupun kisah cerai-berai atau kisah khalwat atau kisah penagihan dadah dan terus mendapat sanjungan dari peminat)


Kembali kepada kisah Habibun Najjar. Ketika nyawanya hendak meninggalkan jasad, maka berkata malaikat kepadanya (Habibun Najjar), "Masuklah engkau kedalam syurga" dan beliau berkata " Alangkah baiknya jika kaum ku mengetahui" (Ayat 26). Maksudnya ketika itu kaum Antoqiah tidak mengetahui kenikmatan beriman kepada Allah. Mereka tidak mendapat hidayah atau memang tidak dilahirkan sebagai orang Islam. Mereka tidak mendapat petunjuk. (Malangnya ketika ini ramai antara kita dilahirkan sebagai orang Islam tetapi bertindak seperti orang-orang zaman jahiliah, sedangkan mereka telah mengenal dan diberikan ilmu keislaman dari kecil. Perbuatan mereka lebih-kurang sama dengan penduduk Antoqiah yang membunuh Habibun Najjar, malah lebih kejam lagi membunuh anak yang masih kecil).


Jika kita beriman Allah akan ampunkan dosa kita, sesungguhnya jika kita mengetahui nikmat yang Allah beri tentu kita mendapat hidayah dan petunjuk. Kata Habibun Najjar "Bahwa tuhanku telah mengampuni dosa ku, dan telah menempatkan aku pada tingkatan yang mulia" (Ayat 27)


Lalu Allah berkata tak perlu aku menurunkan bala tentera dari langit untuk hancurkan kaum yang derhaka ini (Ayat 28), (sebenarnya manusia ini terlalu lemah, semuanya berharapkan dari kuasa alam - nak buat rumah perlukan tanah, pokok batu  dan air, besi untuk dibuat paku. Manusia hanya boleh buat jika ada bahan ini tapi boleh ker cipta bahan tersebut - tentu tak boleh. Tapi mengapa manusia masih lagi mendabik dada mengatakan diri itu terlalu hebat)
Allah Subhanawataala menyurauh Jibrail mengeluarkan satu suara sahaja maka lenyaplah seluruh penduduk bumi Antoqiah (Ayat 29). Begitulah hebatnya kuasa Allah. Apabila ia berkata jadi maka jadilah ia.
  
Kepada tuan-puan dimaklumkan ayat 29 ini boleh dibaca kepada orang-orang yang zalim. Amalkan supaya kita terlepas dari kezaliman manusia dan boleh mendoakan kepada umat islam yang lain yang negara mereka dizalimi seperti Palestin..InsyaAllah


Jika saya tersilap maafkan saya, dan tegurlah saya...Ia lebih baik dari menjadi mudarat / kerosakan atau pun fitnah..

Comments

Popular Posts