Followers

Saturday, February 19, 2011

Perempuan pasti cair dengan teknik nih...khas untuk jejaka..

salam pada semua..hai...nak tau teknik apa bagi cair hati perempuan?
cer..cer.. cermin diri tu...
agak-agak tang mana yang menarik..
ehem..
alah..lupakan ..nih teknik sebenar
ada 5 perkara
  1. Kemas - kekemasan bukan sajer dari pakaian juga pada perapian tubuh..tak kisah lah walaupun ada boroi skit tapi nampak 'tough', kalu nak misai trim ler, kalu misai jarang-jarang sehelai sebatu tuh cukur bagi bersih lagi baik..
  2. Lucu -   ramai perempuan suka pada jejaka yang pandai melawak...tak cepat ambik hati...tapi awas dengan lawak yang menyentuh diri atau keperibadian perempuan tersebut..korang pasti melepas..sebab perempuan tak suka diri mereka dijadikan bahan lawak...
  3. Romantik - ada jenis perempuan yang suka teknik ini...selidik skit latarbelakang awek tersebut, kebiasaannya anak bongsu atau anak sulung suka teknik nih...tapi bukan romantis gatal...
  4. Bijak - bagilah nampak diri tu educated skit..mahir dalam problem solving atau ada edvanced knowledge dalam psikologi lagi baik...banyak artikel bab ni dalam web site kalu nak knowledge..kalu hati tak nak yang susah..
  5. Berkeyakinan - yang nih kalu dah ada ilmu didada tentu lah nampak perwatakan seperti nie..
Dan yang lebih penting adalah kombinasi dari teknik diatas lebih mujarab, sebab kalu dah bijak, tentu ada keyakinan dan tentu selalu kemas dan macho..selalunya orang yang begini mempunyai jawatan yang baik dalam tempat kerja..
pekerja biasa pun tak hal, sebab mat rempit pun ada teknik ni, kalu ada watak romantis dan berkeyakinan pasti ada yang sangkut...
korang tengok mat rempit ada awek cun..pasal apa..sebab mereka pandai melawak tau...duduk sembang dengan dia orang asyik gelak jer...ada ajer cerita lucu yang keluar...bab lain dah jadi lupa..bukan aku suruh jadi mat rempit lak..
selamat berteknik dalam hidup..hidup lebih yakin..
pasti hidup lebih teratur...


Friday, February 18, 2011

REMEMBRANCE DAY untuk Pahlawan Melayu dan Bumiputra?


Mej.Jen Dato Zulkifli Bin Mazlan menyemat Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada P.O (R) Kenneth Winston Barret pada 13 November 2010 di Labuan



upacara 'Remembrance Day' di adakan setiap 11 November.
Upacara ini sempena mengingati jasa veteran dan orang awam yang telah membuat pengorbanan semasa perang dunia pertama (WW1).
Ia dilakukan sempena tamatnya perang dunia pertama pada 11.11.1918 pada jam 11.00
Upacara tahunan ini dilakukan di Labuan dan dianjurkan oleh Perbadanan Labuan setiap tahun.

Aku terpaku dan terharu dengan majlis ini...
kenapa???...suka???...bangga???...
bukan...
bukan...
bukan...
Habis kenapa?...Tak Percaya?

Aku hairan kenapa nak kenang jasa kepada penjajah...
mereka tidak melakukan apa-apa pengorbanan kepada rakyat Malaya ketika itu..
mereka penjajah...
mereka tiada jasa kerana mereka mengaut titik peluh rakyat Malaya...
mereka kekal sebagai penjajah...
bagaimana mereka layak mendapat Pingat Jasa Malaysia...
pengorbanan dan jasa apa mereka lakukan..
mereka menangkap dan membunuh rakyat Malaya...
mereka penjajah...
Pingat Jasa Malaysia layak diberi kepada...
keturunan Mat Kilau...
keturunan Dato Bahaman...
Keturunan Si Puntum...
Keturunan Maharajalela...
keturunan Mat Salleh...
dan keturunan-keturunan pendekar-pendekar Melayu...

Bukan penjajah yang telah menjarah negara ratusan tahun lamanya...
mereka kekal sebagai penjajah...


Wednesday, February 16, 2011

Sejenak Ketika Di Abu Dhabi, UAE

'Hummer' - gambar ketika di Carrefour The Corniche, Abu Dhabi ...
kalau waktu lapang kami lepak kat sini sebab pemandangannya cantik, tepi laut. awek...haha
ramai beb, satu hari aku sedang berdiri diatas escalator, 2 orang awek kat belakang aku cakap melayu
dia ingat x der orang Melayu, aku toleh dan menyapa mereka "awak orang Malaysia ker"
tertelan air liur mereka ber 2, dia orang ingat aku geng 'kabayan'..nak tau apa 'kabayan', ini adalah panggilan kepada masyarakat Filipina kat UAE untuk tahu samada mereka serumpun / senegara. 

 Ferrari nie tiap kali kami datang situ dia pasti ada..
pas tu dia parking ikut suka hati ajer...
orang Arab memang ada sikap macam nih...
Bukanlah....aku sewa kete nih...nak merasa ...hehehe








Aku pun nak posing gak...














Cantikkan pemandangan nih...
itulah sebab aku suka lepak kat sini...
tapi....biar cantik macamana pun...hati...
tetap teringat kat kampung..



Selepas 3 bulan di Abu Dhabi. Kemudian aku bertugas ke Madinat Zayed..tempat ni lebih kurang 160 KM dari Abu Dhabi...aku tak pernah tengok orang arab badwi..kat sini memang kampung dia..apa yang aku nak cakap adalah mereka memang bangsa yang sangat kasar..kurang menghormati orang lain..Kat bawah tu gambar rumah banglo yang kami diami ketika di Madinat Zayed, terletak di kawasan perumahan ADNOC (Abu Dhabi National Oil Company) macam Petronas ler...




konon seronok sangat dah ..kat padang pasir nih..waktu nie suhu lebih kurang 38 darjah celcius.panas tapi berangin, kulit bukan jadi hitam terbakar macam kat sini...tapi jadi kemerah-merahan 


Yang ini gambar ketika di Ibnu Batuta Mall.
Apa yang istimewa kat mall nih adalah ia terbagi kepada 3...
bahagian 1 adalah mall Egypt
yang ke 2 mall China siap dengan monumen tembok besar
bahagian 3 mall India..korang nak cari sari..perghh
rambang mata..terjojol bijik mata nak pilih



tAnGaN MEnGHayUn BuAiaN biSa mEnGonCanG DuniA # kes 1

Mengapa kata bidalan ini wujud dan kepada siapa ditujukan?
Sudah pastinya kepada kaum wanita kerana 'tangan yang menghayun buaian' secara azalinya adalah wanita
Apa maksud 'mengoncang dunia'
Adakah boleh dimaksudkan dengan melakukan kebaikan 
atau
kerana melakukan perkara yang tidak disangka-sangka jahatnya atau dahsyatnya
'Mengoncang' disini boleh dimaksudkan dengan melakukan kerosakan atau kejahatan kerana melalui tafsiran 'goncang dunia'  ini sudah tentu melakukan perkara yang tidak disukai, 
goncang lebih banyak kerosakan dari kebaikan
contoh; goncang pokok yang berbuah, maka habis buahnya jatuh berguguran,
bumi di goncang oleh gempa maka kerosakan besar pasti berlaku
oleh itu
'tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia'
adalah kerana melakukan kejahatan atau kekejaman atau satu perkara yang tidak terdugakan kerana sifat lemah lembut mereka ini.
mulai hari ini saya bukakan kes pertama 
'tangan menghayun buaian bisa mengoncang dunia'

Kes 1

Dua beradik maut diberi racun oleh ibu


2011/02/15

KAJANG: Sepasang adik beradik perempuan ditemui mati di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam tadi, selepas dipercayai dipaksa minum racun oleh ibu kandung mereka yang mengalami sakit jiwa
 Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ibu mereka, yang turut meminum racun itu, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Serdang. 
"Dua adik beradik malang itu, S.Rashmeka, 4, dan adiknya, S.Neeharika Laxami, setahun, serta ibu mereka berusia 30 tahun ditemui di dalam bilik rumah mereka kira-kira 8.30 malam oleh nenek dua beradik itu. 
"Nenek mangsa yang curiga selepas mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, terus menghubungi bapa mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai gunting rambut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Azman berkata apabila bapa kanak-kanak itu, yang berusia 33 tahun, memecah pintu bilik tersebut, dia mendapati kedua-dua anak dan isterinya terbaring bergelimpangan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau terus membawa mereka ke klinik berhampiran, dan doktor mengesahkan kedua-dua adik beradik tersebut meninggal dunia, kata Azman. 
"Hasil siasatan, kita mendapati ibu kedua kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006," katanya, sambil menjelaskan polis menolak kejadian itu ada unsur jenayah dari pihak luar. 




Monday, February 14, 2011

Apa kita buat memang ada orang tengok


Pernah tak kita kira berapa banyak perbuatan kita dalam sehari, pernah tak terfikir semua perbuatan kita orang tengok..

Ada perbuatan kita jadi bahan kutukan kat belakang...
Ada perbuatan kita jadi pujian...
Ada perbuatan kita jadi bahan lawak untuk orang ketawa berdekah-dekah.. 
Ada perbuatan kita orang benci sangat nak tengok..

Pernah tak kita terfikir nak buat perkara yang orang akan suka setiap masa..
Pernah tak kita terfikir nak buat perkara yang  orang akan tersenyum suka setiap masa..
Pernah tak terfikir nak buat perkara yang orang akan pandang kita memang bagus setiap masa..

Kita selalu jawap ini lah diri aku...
Kita selalu kata memang aku begini sejak azali...
Kita selalu jawap tak kan aku nak ikut orang...

Kita selalu fikir tentang diri kita sendiri..
Kita selalu buat orang sakit hati..
Kita selalu tunjuk kita keras kepala..

"Puncanya kita tak terfikir apa yang kita buat memang ada orang tengok"