tAnGaN MEnGHayUn BuAiaN biSa mEnGonCanG DuniA # kes 1
Mengapa kata bidalan ini wujud dan kepada siapa ditujukan?
Sudah pastinya kepada kaum wanita kerana 'tangan yang menghayun buaian' secara azalinya adalah wanita
Apa maksud 'mengoncang dunia'
Adakah boleh dimaksudkan dengan melakukan kebaikan
atau
kerana melakukan perkara yang tidak disangka-sangka jahatnya atau dahsyatnya
'Mengoncang' disini boleh dimaksudkan dengan melakukan kerosakan atau kejahatan kerana melalui tafsiran 'goncang dunia' ini sudah tentu melakukan perkara yang tidak disukai,
goncang lebih banyak kerosakan dari kebaikan
contoh; goncang pokok yang berbuah, maka habis buahnya jatuh berguguran,
bumi di goncang oleh gempa maka kerosakan besar pasti berlaku
oleh itu
'tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia'
adalah kerana melakukan kejahatan atau kekejaman atau satu perkara yang tidak terdugakan kerana sifat lemah lembut mereka ini.
mulai hari ini saya bukakan kes pertama
'tangan menghayun buaian bisa mengoncang dunia'
Kes 1
Dua beradik maut diberi racun oleh ibu
2011/02/15
KAJANG: Sepasang adik beradik perempuan ditemui mati di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam tadi, selepas dipercayai dipaksa minum racun oleh ibu kandung mereka yang mengalami sakit jiwa Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ibu mereka, yang turut meminum racun itu, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Serdang.
"Dua adik beradik malang itu, S.Rashmeka, 4, dan adiknya, S.Neeharika Laxami, setahun, serta ibu mereka berusia 30 tahun ditemui di dalam bilik rumah mereka kira-kira 8.30 malam oleh nenek dua beradik itu. "Nenek mangsa yang curiga selepas mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, terus menghubungi bapa mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai gunting rambut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Azman berkata apabila bapa kanak-kanak itu, yang berusia 33 tahun, memecah pintu bilik tersebut, dia mendapati kedua-dua anak dan isterinya terbaring bergelimpangan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau terus membawa mereka ke klinik berhampiran, dan doktor mengesahkan kedua-dua adik beradik tersebut meninggal dunia, kata Azman.
"Hasil siasatan, kita mendapati ibu kedua kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006," katanya, sambil menjelaskan polis menolak kejadian itu ada unsur jenayah dari pihak luar.
Comments