Followers

Tuesday, November 22, 2011

Tengok bola pun bunuh orang


Dua peminat maut final bola sepak Sukan SEA



2011/11/22 - Sumber Berita Harian

JAKARTA: Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. 

“Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia," kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.
Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus.
“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri," kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. 

“Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal," katanya. 

Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. 

Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. - AFP 

Tuesday, November 15, 2011

Kemalangan depan mata ku

Semalam 14hb November 2011..hari Isnin..jam 6.30 petang di kampung penempatan bekas komunis Changkat Kinding, Tanah Hitam, Chemor telah berlaku satu kemalangan benar di depan mata ku.

Kebiasaan hari Isnin aku akan tidur di Taiping, tapi entah kenapa hari ni aku rasa nak balik Ipoh sangat. Jam 5.12 aku bertolak dari Taiping. Cuma dalam hati aku berkata jangan bawak kereta laju hari ni..(Biasanya laju jugak lah). Aku drive lebih kurang 80-90 km/j jer..

Pendekkan cerita, hampir dengan Kg Changkat Kinding, Tanah Hitam, Chemor, aku memotong sebuah motosikal disatu selekoh, selepas itu hati ku berkata, Ehhh..kenapa buat macam nih..bahaya...bahaya...aku teruskan perjalanan follow belakang sebuah lori pikup..perlahan 70 km/j..hati aku berkata lagi "Jangan potong, dah masuk kampung"..
Aku tengok dari jauh asap berkepul-kepul dihadapan..penuh menutupi jalan..sebelah kiri ada rumah sederet..
Lori pikup masih dihadapan aku..sampai betul-betul di hadapan rumah tersebut..aku dapat melihat kelibat orang dari asap yang berkepul-kepul tu..Tiba-tiba>>>>
Melintas seorang lelaki cina tidak berbaju, melepasi lori dan "Dummm" lori melanggar sesuatu..lalu membrek cemas...aku dibelakang terkejut dan membrek..berdecit tayar kereta aku..dan muncung kereta betul-betul hampir mencecah punggung lori. Aku beristigfar, mengucap syukur..tiba-tiba teringat "ehhh..ubah kereta , nanti orang hentam dari belakang" sebab kereta aku dan lori pikup memang betul-betul berada dalam asap yang berkepul-kepul..gelap..jarang melihat cuma beberapa kaki jer...aku ubah kereta ketepi jalan. Lori masuk ditengah...aku turun dari kereta dan melihat seorang perempuan cina telentang atas jalan dengan dipangku oleh cina lelaki yang tidak berbaju tadi.."Oyooo...ayoooo, habis lah, habis lah" kata pemandu lori pada aku..Aku kata "You tak salah, ini orang lari depan you punya lori"..kereta di belakang dah berderet-deret, asap masih tebal...bunyi berdenggung mesin 'fogging' nyamuk masih kedengaran..

Pengajaran:  Bawa perlahan di kawasan penempatan, jangan melintas jalan ketika kita tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalanraya.