Followers

Thursday, September 25, 2014

drotspss - Terima kasih



Hebat....
Allah kurniakan nikmat ilmu kepada beliau..
Alhamdulillah..beliau juga tidak kedekut dengan ilmu yang dimiliki untuk membantu anak bangsa.
Semoga ramai lagi akan menjejak kaki seperti beliau
Menjadi penyumbang ilmu tanpa terlalu memikirkan soal kewangan.
Berkongsi pengetahuan kepada yang memerlukan
Terima kasih Dr Othman Talib

Kepada yang tercari-cari blog beliau klik alamat dibawah:
http://drotspss.blogspot.com/

Monday, August 11, 2014

Adakah boikot McD satu ujikaji untuk agenda yang lebih besar?

8hb Ogos 2014 hari bersejarah untuk McD, ia diboikot oleh rakyat Malaysia, terutama Melayu.
Pengurusan McD menyatakan kekesalan terhadap tindakan tersebut, kerana menyebabkan mereka mengalami kemerosotan jualan. Orang Melayu amat teruja untuk melakukan tindakan boikot kerana McD dikatakan adalah penyumbang dana kepada Israel. Umat Islam sedang bersedih dan marah diatas tindakan Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Angka kematian dikalangan rakyat Palestin sudah mencecah ribuan jiwa dan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. Sehingga pada tarikh 4/8/2014 kematian dikalangan rakyat Palestin telah mencecah 1822 orang. Kematian juga melibatkan pemimpin pejuang daripada serangan udara yang dilancarkan ketika gencatan senjata. Genjatan senjata selama 7 jam yang diumumkan ketika itu seperti tidak dihiraukan oleh Israel.Palestin melalui menteri luarnya, Riyad Al-Maliki menyatakan negaranya akan mengheret Israel mahkamah antarabangsa. Walau bagaimanapun ia hanya kelihatan seperti tidak diendahkan oleh kuasa besar, kerana tidak ada satu negara besar pun yang menyatakan sokongan terhadap usaha itu.Rundingan yang dijalankan di Mesir pula dilihat seperti permainan, disebabkan Israel diwakili oleh Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Palestin. Apakah ertinya perundingan jika tiada menteri dari Israel sendiri? Israel sungguh angkuh dengan menunjukkan keupayaan mereka dengan sokongan negara kuasa besar.

Dari gesaan yang diterima secara 'berantai' melalui laman sosial, masyarakat berpendapat hanya dengan melakukan boikot terhadap produk Israel mampu untuk melumpuhkan sistem kewangan Negara Israel seterusnya melemahkan kekuatan ketenteraan dan sebagai desakan untuk Israel menghentikan pembunuhan rakyat Palestin. Oleh itu, produk yang menjadi sasaran di Malaysia adalah Mc Donald (McD)

Persoalannya siapakah yang empunya usaha menggesa boikot McD di Malaysia?

Pasti tiada ramai yang tidak mampu menjawab, kerana saranan memboikot ini diperolehi dari "surat berantai" samada melalui 'Whatapps' atau pun 'Telegram' kecuali campurtangan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tetapi sudah tentu mereka (SKMM) mendiamkan diri kerana 'surat berantai' ini tentu ada dalang besar dibelakangnya. 'Siapa tahu'. Ketika masyarakat mengambil keputusan untuk menyertai 'kempen boikot', tiada siapa yang bertanyakan siapakah individu atau kumpulan mana yang mengesyorkan kempen ini dilakukan.Tetapi, masyarakat terikut-ikut kerana ramai orang buat.

Dari sudut kemanusiaan, sudah pastilah kempen ini mendapat sambutan kerana ia mengandungi sentimen iaitu terhadap 'agama' dan 'belas-kasihan'. Hal ini menjadi satu sumbangan kepada Umat Islam menzahirkan usaha jihad menentang musuh Islam.

Majoriti pengguna laman sosial di Malaysia ketika ini adalah berusia dibawah 50 tahun. Samada Whatapps, Telegram, WeChat, Skype, Facebook, Twitter dan berbagai lagi. Apa yang menggusarkan adalah penerimaan input dari laman sosial ini kurang atau tidak ditapis oleh pembacanya. Mereka membaca dan merasa ia baik lalu dikongsi bersama rakan yang lain. Ia memang kelihatan baik.Kebanyakan pengguna laman sosial ini kurang kemahiran dalam "PEMIKIRAN KRITIS", mereka hanya membaca dan merasakan baik, tetapi tidak berkeupayaan menganalisa idea dan menganlisis hujah-hujah dengan memastikan adakah sesuatu info itu datangnya dari sumber yang sahih atau mempunyai agenda buruk yang tersirat. Mereka tidak mampu melakukan usul periksa sesuatu saranan atau hujah dengan mengelaskan, membanding atau membezakan idea yang datang.

Oleh itu, ajakan memboikot McD melalui laman sosial telah 'menjadi' dengan menggunakan sentimen. Ujikaji ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mampu diajak melakukan agenda lebih besar selepas ini dengan hanya melalui laman sosial, DAN tidak mustahil peristiwa 'Arab Spring' boleh dilakukan di Malaysia melalui cara ini.

Matlamat saya menulis artikel ini adalah untuk mengajak saudara-saudara Islam saya untuk lebih berhati-hati dalam menerima mesej melalui laman sosial, jangan terus mempercayai atau ikut-ikutan dengan sesuatu isu. Benarkah kempen boikot McD satu usaha jihad?

Perkara sudah pun berlalu tapi bagaimana jika ada ajakan-ajakan lain selepas ini dengan sentimen sehingga boleh menjadikan negara dalam keadaan sukar. Jika negara dalam keadaan gawat, yang merasa impaknya adalah kita sendiri, saudara kita, ibu-bapa kita, anak dan isteri atau suami kita, adik-beradik kita dan MAMPUKAH lagi kita berusaha dan membantu negara lain selepas itu?
ATAU kita pula yang perlu dibantu!!!

Bolehkah kita bersatu lagi jika berada dalam keadaan daif dan lapar? Jawablah persoalan ini untuk meningkatkan KEKUATAN UMMAH...

Friday, August 8, 2014

Mampukah Melayu Merapatkan Saf..


8hb Ogos 2014...hari bersejarah bagi Malaysia kerana berjaya memboikot McD...
Tinjauan oleh Sinar Harian di 2 lokasi premis McD, benar-benar lenggang. Persoalan yang selama ini bermain difikiran 'Apakah benar bangsa Melayu boleh bersatu? Jika dilihat dari kempen boikot ia memberikkan petunjuk positif. Adakah hanya McD?

Selesai solat jumaat tadi berjumpa seorang rakan, bertanya khabar dan memilih untuk berbual sambil menikmati juadah tengahari di medan selera di Bandar Taiping. Kami memilih satu gerai yang agak selesa kerana kurang pelanggannya.Saya memilih untuk makan nasi putih dgn lauk ikan bakar dan sayur pucuk ubi (Ala menu kampung). Sabahat saya teringin untuk makan nasi goreng pulak!!! Nampaknya kena 'order' dari gerai sebelah.

Belaiau bangun dan membuat pesanan digerai sebelah. sambil makan kami berbual..Sebenarnya sahabat saya ini mempunyai agensi insuran dan saya sedang belajar dari beliau..hehe (Bercita-cita menuruti langkah beliau yang berjaya dalam bidang insuran)

Nampaknya nasi goreng beliau dah siap, tapi 'adik' gerai sebelah tak mahu hantar pada sahabat saya nih. Lepas tu sibuk melambai memanggil sahabat saya. beliau dengan rasa sebal bangun dan menuju kegerai sebelah. Aduhh..'adik' tu kata, "abang kena duduk kat meja sini, tak boleh duduk sana, nanti 'orang tu' marah" sambil memuncungkan bibirnya kearah peniaga tempat kami duduk.
"Aikk...takkan sorang duduk sana, sorang duduk sini...apahal pulak..
Haji Abdullah (nama sahabat saya) memang orang yang penyabar, memang patut dia berjaya dalam usaha yang dilakukannya..beliau hanya tersenyum dan berkata "Adik, kalau macam tu, berapa ringgit harga nasi ni, saya bayar. Tapi nasi tu awak makan lah, saya tak boleh tinggal kawan saya makan sorang" sambil mengeluarkan duit dan menuju ke meja saya. Adik tadi terpegun berdiri.

Kata-kata beliau yang saya nak kongsikan disini adalah: "Orang Melayu nie, pergi ke masjid, berdiri dibelakang imam yang sama, berdiri dalam saf yang sama, menyebut dan memuji tuhan yang sama, TETAPI hati penuh dengan sifat MAZMUMAH. Jika perkara sekecil ini tidak mampu untuk memaafkan, bagaimana untuk bersatu dalam waktu kesusahan"

Thursday, July 3, 2014

Senangnya lipat baju...

Pelajari teknik mudah melipat baju..dengan hanya beberapa langkah mudah, anda akan menjadi pakar melipat baju


video

Wednesday, June 4, 2014

NATIJAH DARI DNA BABI CADBURY



Telah diistiharkan: produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

1) Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

2) Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal. 

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

3) Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Takrifan Halal


Mengikut JAKIM, Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Persoalan dari perkara ini
Kes ini telah menjadi kekecohan dikalangan umat Islam di Malaysia.Umumnya merasa sangat terhina dengan pendedahan ini. Masyarakat Islam Malaysia merasakan seperti ditipu oleh syarikat dan juga JAKIM. Kekecewaan ini semakin memuncak apabila Majlis Fatwa mengisytiharkan bahawa coklat ini disahkan "halal".
Oleh itu persoalan yang timbul dari benak ku apabila pengisytiharan dibuat adalah seperti berikut:

1) 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. Mengikut kenyataan ini, adakah ia boleh diguna pakai disebuah negara yang majoriti penduduknya Islam, mengamalkan cara hidup Islam dan mengistiharkan sebagai sebuah negara Islam, dan pemimpinnya juga berugama Islam? Maksud kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak perlu dijelaskan. Adakah kerana ketiadaan bahan yang halal untuk pemprosesan. Adakah kerana ketiadaan umat Islam sebagai pekerja atau sebagainya. 

2) Rujuk no.2. Jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal. 
Kenyataan Halal ini adalah dikaitkan dengan pemprosesan sehingga sebelum dipasarkan, bagaimana jika makanan tersebut dicemari dengan sumber tidak halal selepas itu? Adakah dengan kenyataan dari no 2 ini yang diguna pakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyatakan makanan tersebut halal? Bagaimana dengan akidah umat Islam jika keadaan ini berleluasa, maksud saya adalah, jika makanan lain juga terdapat sumber tidak halal selepas dipasarkan?

3) Kontaminasi - Kenyataan ini menjadi tanda tanya. Seperti kebanyakkan kedai serbanika atau supermarket, coklat diletakkan diatas para dengan bahan makanan ringan. Bagaimana kontaminasi boleh berlaku? Tidak mungkin coklat disimpan didalam peti sejuk beku bersama dengan daging.

4) Takrifan Halal -  JAKIM menyebut: Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,
Maksud diatas adalah bukan sahaja dalam proses akhir dan sebelum dipasarkan, tetapi ia adalah menyeluruh selagi ia didagangkan, jadi ketika makanan tersebut dipamerkan untuk didagangkan, ia telah tercemar dengan sumber yang orang Islam dilarang oleh syarak untuk memakannya (Rujuk takrifan halal. a. ) Persoalan disini, adakah sebelum mereka mengeluarkan kenyataan, mereka sudah memahami takrifan halal yang mereka keluarkan sendiri? Jika mengikut takrifan itu, dengan jelas bahawa makanan tersebut tidak 'Halal'.


NATIJAH DARI DNA BABI CADBURY

Umat Islam di Malaysia terkejut, terpempan apabila membaca berita ini. Rasa jijik ada, rasa mual pun ada, lebih-lebih lagi kepada pengemar coklat. Tapi cuba renungkan semula, adakah hanya coklat yang kita nak kecohkan sangat, BAGAIMANA dengan makanan lain, sebagai contoh, biskut, makanan ringan, makanan basah seperti mee kuning, tauhu dan sebagainya. 

1) Umat Islam kadang-kala menjadi kecoh seperti dibuat-buat, seperti berpura-pura. Kenapa saya berkata begini? Kerana tidak pernah serik, tidak pernah nak berfikir kalau pasal makan. Pakai balun ajer, pakai ikut-ikutan ajer, contohnya nak masuk kedai makan, nampak orang macam Melayu ada kat dalam, dia pun masuk makan juga, walhalnya di Malaysia nih masyarakatnya majmuk, banyak yang muka macam Melayu tapi bukan Melayu atau Islam. Kalau makanan yang dibuat oleh orang Melayu banyak 'songehnya', memanjang kata tak sedap..atau saja buat alasan. Dah banyak kes berlaku orang bukan Islam menipu tentang makanan 'Halal' tapi orang Melayu memang tak ada perasaan tentang itu kalau nak makan.

2) Saya pernah bangkitkan isu "Kantoi Melayu; Kegagalan membangunkan fardhu kifayah" dalam blog saya pada 30hb Januari 2014. Inilah salah satu kegagalan besar kita orang Melayu di Malaysia. Makanan halal adalah ditetapkan dalam hukum syarak. Tetapi masyarakat Islam Malaysia tidak menjadikannya sebagai keutamaan. 

Orang Islam di Malaysia ketika ini bergantung sumber makanan dari kaum bukan berugama Islam, sedangkan Malaysia mempunyai majoriti berugama Islam, mempunyai pemimpin berugama Islam, TETAPI industri makanan halal menjadi kegagalan bagi umat Islam.
Mana mungkin kerajaan mampu terus-terusan menekan kepada kaum bukan Islam untuk menjaga adap penyediaan makanan menurut syariat Islam kerana mereka memang orang yang ingkar terhadap hukum Allah.

Ketika ini JAKIM tertekan untuk menjadikan sumber makanan yang dipasarkan menjadi 'halal'. Mengapa sampai begitu? Sedangkan kita negara Islam. Ia tidak akan berlaku jika orang Islam yang menjadi pengeluar dan mempunyai rantaian halal sendiri. 

Yang berkuasa adalah masyarakat, orang Islam perlu bersatu untuk menjadikan industri makanan halal di Malaysia sebagai satu realiti, dengan membangunkan rantaian makanan halal, dari bahan mentah hinggalah ke peringkat penjualan.

Jangan hanya bangga mengisytiharkan Malaysia sebagai 'Hub Halal' tetapi disebaliknya tiada orang Islam sebagai pengusahanya. Akhirkata, maafkanlah mereka dan ambil iktibar dari kejadian ini. Jangan jadikan kita umat Islam yang terus-terusan ditipu dan ditindas kerana kegagalan membangunkan kekuatan ummah.


HIMPUNAN CERITA BAPAKU, BAPA DURJANA#2

Aku akan terus menulis tajuk ini demi kebaikan insan yang kita sayangi. Ia juga adalah iktibar kepada masyarakat, dan juga untuk memberikan idea kepada pembaca untuk membuat kesimpulan diatas peristiwa ini.

#1 Ampang 7 Mac 2014
Cucuh Kemaluan anak dengan rokok

Kejadian ini berlaku di Taman Tasik Permai dimana seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 5 tahun telah didera oleh bapa sendiri lebih 1 tahun lamanya. Dilaporkan badan mangsa penuh berbirat dengan kesan dilibas dengan penyangkut baju dan kepalanya dibotakkan. Selain itu terdapat kesan dibadannya melecur akibat disiram dengan air panas. Dan, sangat menyedihkan adalah kemaluan kanak-kanak perempuan ini dicucuh dengan api rokok. Adik mangsa yang berusia 3 tahun juga menjadi mangsa deraan BAPA DURJANA, tapi keadaannya tidak seserius kakaknya.

Perkara ini terbongkar apabila seorang jiran yang perihatin telah menberanikan diri untuk membawa mangsa ke hospital untuk diberikan rawatan WALAUPUN telah dihalang oleh IBU kanak-kanak tersebut...
Bagaimana pun SI BAPA DURJANA telah melarikan diri..... (Mungkin akibat takut didera :-( )


"SYABAS KEPADA JIRAN YANG PERIHATIN"

#2 Disyaki dipaksa mengemis

Seorang bapa telah membawa anak lelakinya yang berusia 10 tahun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa diseluruh tubuh kanak-kanak itu penuh dengan kesan lebam berbirat dari kesan dipukul. Polis mengesyaki bahawa anak itu dipaksa untuk bekerja sebagai pengemis. Bapanya seorang warga Myanmar telah ditahan untuk siasatan.



Thursday, May 22, 2014

BENARKAH ORANG MELAYU BEGINI#1

Inilah yang telah dikaji oleh mereka untuk menonjolkan kelemahan orang Melayu.
Orang Melayu cepat naik angin
Orang Melayu cepat mengamuk
Orang Melayu suka tunjuk garang
Orang Melayu cepat melatah
Orang Melayu kurang nak fikir pasal keburukan 
Orang Melayu kurang setia
Orang Melayu tak boleh bersatu
Orang Melayu akan sokong membuta-tuli sebab duit
Orang Melayu senang jadi tali-barut
Orang Melayu mudah berpaling tadah
Orang Melayu bukan pejuang sejati