Adakah boikot McD satu ujikaji untuk agenda yang lebih besar?

8hb Ogos 2014 hari bersejarah untuk McD, ia diboikot oleh rakyat Malaysia, terutama Melayu.
Pengurusan McD menyatakan kekesalan terhadap tindakan tersebut, kerana menyebabkan mereka mengalami kemerosotan jualan. Orang Melayu amat teruja untuk melakukan tindakan boikot kerana McD dikatakan adalah penyumbang dana kepada Israel. Umat Islam sedang bersedih dan marah diatas tindakan Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Angka kematian dikalangan rakyat Palestin sudah mencecah ribuan jiwa dan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. Sehingga pada tarikh 4/8/2014 kematian dikalangan rakyat Palestin telah mencecah 1822 orang. Kematian juga melibatkan pemimpin pejuang daripada serangan udara yang dilancarkan ketika gencatan senjata. Genjatan senjata selama 7 jam yang diumumkan ketika itu seperti tidak dihiraukan oleh Israel.Palestin melalui menteri luarnya, Riyad Al-Maliki menyatakan negaranya akan mengheret Israel mahkamah antarabangsa. Walau bagaimanapun ia hanya kelihatan seperti tidak diendahkan oleh kuasa besar, kerana tidak ada satu negara besar pun yang menyatakan sokongan terhadap usaha itu.Rundingan yang dijalankan di Mesir pula dilihat seperti permainan, disebabkan Israel diwakili oleh Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Palestin. Apakah ertinya perundingan jika tiada menteri dari Israel sendiri? Israel sungguh angkuh dengan menunjukkan keupayaan mereka dengan sokongan negara kuasa besar.

Dari gesaan yang diterima secara 'berantai' melalui laman sosial, masyarakat berpendapat hanya dengan melakukan boikot terhadap produk Israel mampu untuk melumpuhkan sistem kewangan Negara Israel seterusnya melemahkan kekuatan ketenteraan dan sebagai desakan untuk Israel menghentikan pembunuhan rakyat Palestin. Oleh itu, produk yang menjadi sasaran di Malaysia adalah Mc Donald (McD)

Persoalannya siapakah yang empunya usaha menggesa boikot McD di Malaysia?

Pasti tiada ramai yang tidak mampu menjawab, kerana saranan memboikot ini diperolehi dari "surat berantai" samada melalui 'Whatapps' atau pun 'Telegram' kecuali campurtangan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tetapi sudah tentu mereka (SKMM) mendiamkan diri kerana 'surat berantai' ini tentu ada dalang besar dibelakangnya. 'Siapa tahu'. Ketika masyarakat mengambil keputusan untuk menyertai 'kempen boikot', tiada siapa yang bertanyakan siapakah individu atau kumpulan mana yang mengesyorkan kempen ini dilakukan.Tetapi, masyarakat terikut-ikut kerana ramai orang buat.

Dari sudut kemanusiaan, sudah pastilah kempen ini mendapat sambutan kerana ia mengandungi sentimen iaitu terhadap 'agama' dan 'belas-kasihan'. Hal ini menjadi satu sumbangan kepada Umat Islam menzahirkan usaha jihad menentang musuh Islam.

Majoriti pengguna laman sosial di Malaysia ketika ini adalah berusia dibawah 50 tahun. Samada Whatapps, Telegram, WeChat, Skype, Facebook, Twitter dan berbagai lagi. Apa yang menggusarkan adalah penerimaan input dari laman sosial ini kurang atau tidak ditapis oleh pembacanya. Mereka membaca dan merasa ia baik lalu dikongsi bersama rakan yang lain. Ia memang kelihatan baik.Kebanyakan pengguna laman sosial ini kurang kemahiran dalam "PEMIKIRAN KRITIS", mereka hanya membaca dan merasakan baik, tetapi tidak berkeupayaan menganalisa idea dan menganlisis hujah-hujah dengan memastikan adakah sesuatu info itu datangnya dari sumber yang sahih atau mempunyai agenda buruk yang tersirat. Mereka tidak mampu melakukan usul periksa sesuatu saranan atau hujah dengan mengelaskan, membanding atau membezakan idea yang datang.

Oleh itu, ajakan memboikot McD melalui laman sosial telah 'menjadi' dengan menggunakan sentimen. Ujikaji ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mampu diajak melakukan agenda lebih besar selepas ini dengan hanya melalui laman sosial, DAN tidak mustahil peristiwa 'Arab Spring' boleh dilakukan di Malaysia melalui cara ini.

Matlamat saya menulis artikel ini adalah untuk mengajak saudara-saudara Islam saya untuk lebih berhati-hati dalam menerima mesej melalui laman sosial, jangan terus mempercayai atau ikut-ikutan dengan sesuatu isu. Benarkah kempen boikot McD satu usaha jihad?

Perkara sudah pun berlalu tapi bagaimana jika ada ajakan-ajakan lain selepas ini dengan sentimen sehingga boleh menjadikan negara dalam keadaan sukar. Jika negara dalam keadaan gawat, yang merasa impaknya adalah kita sendiri, saudara kita, ibu-bapa kita, anak dan isteri atau suami kita, adik-beradik kita dan MAMPUKAH lagi kita berusaha dan membantu negara lain selepas itu?
ATAU kita pula yang perlu dibantu!!!

Bolehkah kita bersatu lagi jika berada dalam keadaan daif dan lapar? Jawablah persoalan ini untuk meningkatkan KEKUATAN UMMAH...

Comments

Popular Posts