Followers

Thursday, January 30, 2014

KANTOI MELAYU-KEGAGALAN MELAKSANAKAN FARDHU KIFAYAH

Esok, 31hb Januari 2014, bersamaan hari Jumaat. Bersamaan dengan Tahun BAru Cina. 

Seminggu sebelum itu, peniaga-peniaga cina dah sibuk beli limau untuk diagihkan kepada 

pelanggan mereka, dan mereka sudah pun mewar-warkan bahawa perniagaan mereka akan

 ditutup beberapa hari. nampak macam biasa ajer..orang melayu yang makan gaji mula

 sibuk mohon cuti tambahan dan merancang balik kampung. macam tak ada apa-apa jer. 

Hari ini 30hb Januari 2014, dah ada perniagaan cina yang ditutup. sekarang baru terasa 

bahangnya, orang melayu bukak bengkel, nak buat kerja tak ada bahan sebab kedai 

hardware atau sparepart dah tutup. apa nak buat, mereka pun terpaksa tutup jugak, orang 

melayu jual sayur dipasar pun kalau pembekal cina cuti seminggu, alamat tak ada sayur lah 

di kedai dia orang, impaknya juga akan terasa pada kedai makan. 

Ini senario yang terpaksa dilalui oleh orang melayu, sentiasa bergantung kepada kaum lain.

Cina raya, Melayu susah nak buat urusan. kedai tutup, bengkel tutup. kedai tayar tutup, 

nak hantar barang lori cuti. Kedai sparepart tutup, kedai motor tutup, kedai kereta tutup, 

kilang tutup, ..

Agaknya kalau orang cina keluar dari Malaysia semua sekali, orang melayu hidup macam 

zaman silam semula kot.. nak beras kena mengempas sendiri, tumbuk sendiri, nak ikan cari 

sendiri, sebab pasar x der (Org melayu ada pasar malam jer). Nak kereta sapa nak jual, 

bengkel kereta dan sparepart cina punya. nak makan ayam tangkap dalam reban, sebab 

ayam daging dan telor ladang cina. Rumah panas ler, sebab kedai aircond depa yang 

punya, 

kalau ada pun sapa nak repair..nak membasuh pakai tangan ler kerana kedai letrik cina 

punya. Makanan tak boleh simpan, peti sejuk pun tak der orang melayu jual, kalau ada pun 

pembekal pulak orang cina..KANTOI ORANG MELAYU.

Monday, January 13, 2014

Ya Allah, Engkau lah yang Maha Kuasa diatas segalanya


Pagi ini 8hb September 2013, hari Ahad, air mataku mengalir ditengah ratusan kalangan 

insan yang terpilih, aku pandang mereka, wajah mereka, gaya mereka..mereka adalah insan 

hebat..aku memandang kepada diriku..benarkah aku dikalangan mereka..Subhanallah. 

Engkau telah menunjukkan jalan ini kepada ku, bantulah aku, berikan ketabahan jiwa 

kepada ku..Kerana pada satu ketika dahulu aku pernah dipanggil insan yang gagal, kerana 

kedaifan ku, ketika disekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 3 aku sering ponteng 2 

hari setiap minggu sekolah untuk bekerja mencari rezeki..

Jika tiada duit..aku merayau-rayau didalam belukar berhampiran rumah untuk mencari 

buah-buah atau nenas liar untuk dimakan, makan tengahari ku ketika balik sekolah hanya 

buah-buahan yang meliar dalam belukar, sambil berjalan kaki, aku berhenti untuk meneguk 

air paip yang dibina ditepi jalan pada ketika itu..Bila cuti sekolah aku mengambil upah 

menebas lalang dikebun getah yang memerlukan perkhidmatan ku. Ada ketika aku ke 

sungai mencari ikan keli untuk ku jual dipasar.

Aku pernah pengsan disekolah dan muntah-muntah kerana perut telah dimasuki angin 

diakibatkkan tidak makan waktu pagi, 

Ketika sekolah rendah aku insan yang murung dan kadang-kala panas baran..kerana 

tertekan melihat orang lain, berlari ke kantin setiap waktu rehat, tetapi aku berlari ke bilik 

air untuk meneguk air paip..Orang kampung suka menyakat aku dengan bertanya "Roslan, 

hari ini kau makan lauk apa?" lalu aku pun menjawab, "Lauk sayur kangkung" dan mereka 

yang bertanya ketawa beramai-ramai, kerana mana ada lauk sayur kangkung. TAPI bagi 

aku, itulah lauk paling lazat pernah aku rasa.

Ketika aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, ibu bapa tidak pernah mengetahui, 

aku sering tiada wang untuk pulang ke kampung, tetapi aku tetap balik ketika waktu cuti 

sekolah dengan secara curi-curi menumpang keretapi, adakalanya menyorok dalam tandas 

keretapi. Berjalan kaki sejauh 16 km dari Johor Bahru ke kampung ku pada waktu malam, 

kerana tiada duit tambang. Bila tiba masa untuk pulang ke asrama, arwah ibu ku bertanya 

"Ada duit ke nak balik ni?" soal ibu tercinta, aku menjawab dengan selamba "Ada mak, RM 

20.00, cukuplah" tapi hakikatnya, aku cuma ada RM 5.00 sahaja. Cukup untuk membeli air 

segelas, sebutir burger dan tambang dari Seremban ke Port Dickson.


Walau bagaimana pun aku tetap memegang pesanan ibu ku.."Carilah 


ilmu, kerana ia akan merubah hidupmu". 

Kini hampir 24 tahun aku merintis jalan ini...akhirnya aku menjadi student Ph.D

Ya Allah, syukur kepada mu..Engkau telah memberi peluang ini kepada ku..