Ya Allah, Engkau lah yang Maha Kuasa diatas segalanya
Pagi ini 8hb September 2013, hari Ahad, air mataku mengalir ditengah ratusan kalangan
insan yang terpilih, aku pandang mereka, wajah mereka, gaya mereka..mereka adalah insan
hebat..aku memandang kepada diriku..benarkah aku dikalangan mereka..Subhanallah.
Engkau telah menunjukkan jalan ini kepada ku, bantulah aku, berikan ketabahan jiwa
kepada ku..Kerana pada satu ketika dahulu aku pernah dipanggil insan yang gagal, kerana
kedaifan ku, ketika disekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 3 aku sering ponteng 2
hari setiap minggu sekolah untuk bekerja mencari rezeki..
Jika tiada duit..aku merayau-rayau didalam belukar berhampiran rumah untuk mencari
buah-buah atau nenas liar untuk dimakan, makan tengahari ku ketika balik sekolah hanya
buah-buahan yang meliar dalam belukar, sambil berjalan kaki, aku berhenti untuk meneguk
air paip yang dibina ditepi jalan pada ketika itu..Bila cuti sekolah aku mengambil upah
menebas lalang dikebun getah yang memerlukan perkhidmatan ku. Ada ketika aku ke
sungai mencari ikan keli untuk ku jual dipasar.
Aku pernah pengsan disekolah dan muntah-muntah kerana perut telah dimasuki angin
diakibatkkan tidak makan waktu pagi,
Ketika sekolah rendah aku insan yang murung dan kadang-kala panas baran..kerana
tertekan melihat orang lain, berlari ke kantin setiap waktu rehat, tetapi aku berlari ke bilik
air untuk meneguk air paip..Orang kampung suka menyakat aku dengan bertanya "Roslan,
hari ini kau makan lauk apa?" lalu aku pun menjawab, "Lauk sayur kangkung" dan mereka
yang bertanya ketawa beramai-ramai, kerana mana ada lauk sayur kangkung. TAPI bagi
aku, itulah lauk paling lazat pernah aku rasa.
Ketika aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, ibu bapa tidak pernah mengetahui,
aku sering tiada wang untuk pulang ke kampung, tetapi aku tetap balik ketika waktu cuti
sekolah dengan secara curi-curi menumpang keretapi, adakalanya menyorok dalam tandas
keretapi. Berjalan kaki sejauh 16 km dari Johor Bahru ke kampung ku pada waktu malam,
kerana tiada duit tambang. Bila tiba masa untuk pulang ke asrama, arwah ibu ku bertanya
"Ada duit ke nak balik ni?" soal ibu tercinta, aku menjawab dengan selamba "Ada mak, RM
20.00, cukuplah" tapi hakikatnya, aku cuma ada RM 5.00 sahaja. Cukup untuk membeli air
segelas, sebutir burger dan tambang dari Seremban ke Port Dickson.
Walau bagaimana pun aku tetap memegang pesanan ibu ku.."Carilah
ilmu, kerana ia akan merubah hidupmu".
Kini hampir 24 tahun aku merintis jalan ini...akhirnya aku menjadi student Ph.D
Ya Allah, syukur kepada mu..Engkau telah memberi peluang ini kepada ku..
Comments