Followers

Monday, December 27, 2010

Kadar Perceraian Tinggi Salah Facebook Ker?

"Dilaporkan 27,116 pasangan telah bercerai pada tahun 2009" Utusan Malaysia.
 Perbincangan secara terbuka di dalam laman Facebook dilaporkan menjadi salah satu punca perceraian dikalangan pasangan di Malaysia. Laman tersebut di namakan 'kisah rumah tangga' telah menjadi medan si suami atau isteri untuk meluahkan perasaan terhadap ketidakpuashatian mereka terhadap pasangan masing-masing. Mereka bercerita dan meminta pendapat dari kalangan teman facebook secara terbuka. Hingga pada hari ini jumlah ahli dilaman tersebut sebanyak 66,992 orang. Ini bermaksud orang Melayu amat bermasalah ker? Atau mereka suka mendengar hal orang lain. Apa rasa meluahkan perasaan dalam facebook nih..Happpy ker.. Nak sangat cerita keburukan sendiri atau pasangan kat orang lain, pada orang tak dikenali pulak tu. Lain pulak kisahnya ada yang join facebook untuk cari pasangan. Boleh percaya ker? Kes seperti nih seorang sahabat saya pernah terkena disebabkan asyik maksyuk nak kahwin akhirnya kena tipu. Mamat yang jadi cinta dia rupanya dah kahwin dan penagih dadah pulak tu. Tapi orang Melayu memang mudah lupa selagi diri sendiri tak terkena.Tidak masakan ramai yang jadi keldai dadah.
Isteri dah melakukan zina berpuluh kali pun nak tanya kat orang lain samada diri tu dayus ker tidak..Benggong betul orang yang nak menjawap soalan tu, orang yang bertanya dah tentu mamat bengap.

Bercerita masalah rumahtangga dalam facebook dan kemudian pasangan tersebut bercerai adalah bukan fakta yang boleh digunakan untuk menyalahkan facebook. Mereka memang sudah bermasalah sebelum 'join' facebook. Saya bukan nak bela facebook tapi kalau dah masalah dan sering bergaduh pergi kemana pun jadi macam tu juga. Masuk masjid pun nak bergaduh.
Duit banyak sangat pun boleh bercerai, tak ada duit pun bercerai, tak dapat anak, jumpa kekasih lama, jumpa yang lebih handsome atau lebih cantik semua nak bercerai. Kes macam nih kerana mereka kahwin atas dasar nafsu seks dan keduniaan. Pasangan sekarang banyak kurang berpegang pada ajaran agama. Ajaran yang dimaksudkan adalah banyakkan beristigfar, sembahyang sunat dan wajib atau lebih senang dikatakan lakukanlah apa yang disuruh oleh agama, tak tahu belajar lah, belajar sampai ke Amerika boleh. Kurang mengucapkan kata-kata syukur dan menterjemahkan syukur tersebut menjadi ibadah. Masyarakat sekarang cuma cakap syukur atas bibir saja, "Syukurlah saya berjaya" katanya, tapi apa yang dilakukan untuk menterjemahkan kesyukuran tersebut, maka mereka berpesta-pestaan, bukan merasakan diri sangat kerdil kerana jika bukan dari kudrat dan iradat Allah SWT sudah pasti tiada apa yang dapat dilakukan oleh mereka. Kursus perkahwinan nampak macam tak ikhlas sahaja, baik yang datang nak kursus mahu pun yang buat kursus. masing-masing nak dapat kepentingan sendiri. Maksudnya, peserta hanya nak dapat sijil untuk menikah, yang anjurkan kursus pulak nak dapat duit untuk syarikat. Mana ada keikhlasan, agama dah jadi mainan untuk mendapat nikmat dunia.
Cabaran sosial semakin tinggi, dunia jadi semakin kecil, dalam masa beberapa jam boleh pergi 'dating' di Kuala Lumpur dan balik pada petang hari ke Ipoh. Pasangan ingat dia pergi kerja..Macam ni pun ada..
Balik pada pangkalnya adalah kuatkan akidah, Pak Ustaz tolong ikhlas dalam mentarbiahkan masyarakat, jangan jika ada 'mashuk' baru nak buat program..

Thursday, December 16, 2010

Nasihat Diri

Adapun untuk memberi nasihat, aku tidak melihat diriku adalah layak untuk memberikannya, sebab nasihat adalah Zakat, nisab nya adalah kemampuan dan kemahuan mengamalkan pesan nasihat.
Bagi yang tidak memiliki nisab, bagaimana akan mengeluarkan zakat? Laksana orang yang kehilangan cahaya, bagaimana boleh menyinari orang lain dengan cahaya tersebut? Bila bayangan boleh menjadi lurus, jika tongkatnya bengkok? Allah telah mewahyukan kepada Isa Bin Maryam:
"Nasihatilah dirimu, jika ia mampu dan mahu melaksanakannya, maka nasihatilah manusia. Tapi jika tidak, maka merasa malulah kepada Ku!"
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
"Aku telah tinggalkan untuk kamu 2 pemberi nasihat, yang berbicara dan bisu"
Yang berbicara adalah Al-Quran dan yang bisu adalah maut . Keduanya kiranya cukup menjadi nasihat bagi semua orang. Jika manusia tidak lagi boleh diberikan nasihat dengan keduanya, bagaimana yang lain boleh memberikannya? Dengan keduanya aku telah menasihati diri ku, kemudian dia menerima ujar dan nalar, tapi dia mengabaikan dan memberontak secara terang-terangan. Maka ku katakan kepada diriku:
"Bukankah kamu membenarkan bahawa Al-Quran adalah penasihat yang berbicara, dan pemberi peringatan yang jujur, sebab ia adalah Kalam Allah yang di dalamnya tidak memuatkan kebatilan sama sekali?"
Lalu Rasullulah SAW bersabda lagi, firman Allah SWT:
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya: Nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan di rugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan" (Surah Hud: 15-16)
Dengan demikian Allah telah memperingati kamu dengan neraka, kerana kehendak kamu akan dunia. Setiap yang tidak menemani mu setelah kematian, ia termasuk dunia. Lantas apakah kamu telah terbebas dari keinginan dan cinta dunia? Jika demikian, betapa bodoh diri mu. Kamu membenarkan semua itu, tapi tidak kamu memanfaatkan, bahkan kamu terus mengejar keduniaan dan kamu tenggelam didalamnya.

Allah SWT memberi peringatan:
" Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan di kembalikan kepada (Allah), yang mengetahui akan ghaib dan yang mati, lalu Dia beritahukan akan apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu'ah: 8)
 Lalu aku katakan : Hal itu kerana kamu cenderung kepada dunia. Bukankah kamu membenarkan bahawa si maut pasti memdatangi kamu dan memisahkan semua yang kamu miliki. Dia merampas semua yang kamu inginkan. Ketahuilah, sesuatu yang pasti datang adalah dekat. Dan sesuatu yang tidak akan datang adalah jauh.
(Imam Al-Ghazali)
  

Wednesday, December 8, 2010

Kejam...Berprofil Tinggi..Unsolved Case #2

Kes pembunuhan Dato sosilawati dah sejuk. Rakyat semacam dah lali dengan kes pembunuhan dalam negara tercinta ini. Kisah kematian akibat disembelih, ditembak atau diserang beramai-ramai hingga mati hanya cerita waktu sarapan pagi sahaja, kemudian lenyap dari ingatan. Adakah negara sudah memasuki zaman jahiliah moden, undang-undang atas logik akal, rasa tak puas hati bunuh sahaja.
Peranan pasukan polis seperti tiada nilai, mahkamah dianggap sebuah institusi yang yang lambat untuk menyelesaikan masalah, maka mereka mengambil jalan mudah membuat hukum jahiliah, buat hukum sendiri.
Saya bukan pakar undang-undang, tetapi dalam kes Dato Sosilawati saya telah tuliskan dalam artikel yang lepas bahawa kes ini amat terancang, tentu para penyiasat sangat binggung untuk menyelesaikan kes ini. Penjenayah yang melakukan pembunuhan ini melihat ada lompang didalam undang-undang jenayah yang boleh mereka manipulasikan, kerana didalam kes pembunuhan perlu ada bukti iaitu bahan digunakan, pelaku dan mangsa. Dalam kes ini mana semua sumber ini, licik sungguh mereka.
Ketika ini yang dituduh sedang membuat usaha merayu untuk melepaskan diri dari tuduhan menghapuskan bukti dan penjara 7 tahun. Adakah mereka akan berjaya dalam kes ini? Jika mereka berjaya maka apa yang akan jadi kepada kes pembunuhan Dato Sosilawati ini akan masuk kedalam kes yang tidak terhurai seperti kes allahyarham Norita.
"Harapan saya adalah kepada pasukan polis dan semua badan penguatkuasaan yang rata-rata dikuasai oleh orang Melayu perlu mengembalikan kewibawaan mereka. Menjadikan mereka satu badan yang kalau tidak digeruni sekurang-kurangnya sangat dihormati dalam menegakkan undang-undang negara. Jangan tunjukkan orang Melayu sangat lemah dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini"

Tuesday, December 7, 2010

Penutup Tirai Kes Rasuah 2010


"Bahawa kamu pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Jalan Permas 7/1 Seksyen 7 Shah Alam sebagai penjawat awam iaitu Menteri Besar Selangor telah mendapatkan untuk diri kamu dan isteri kamu, Zahrah Kechik suatu barang berharga dengan suatu balasan yang kamu mengetahui tidak mencukupi iaitu 2 lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat N0 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L Seksyen 7 Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Datuk Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh Ditamas dengan harga RM6.5 juta" (Utusan Malaysia, 7 Disember 2010, m.s 3)
Kes Datuk Khir Toyo adalah  antara beberapa kes rasuah yang telah dibongkar oleh SPRM, dan kebanyakan kes masih berjalan dan belum ada apa-apa keputusan. Kes ini merupakan kes berprofil tinggi yang melibatkan orang kenamaan selain dari kes Tun Dr. Ling Liong Sik iaitu kes PKFZ yang membabitkan nilai paling tinggi dalam semua kes rasuah 2010 iaitu RM1.08 billion. Selain itu kes Pengarah perhutanan Negeri Kedah atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM5,000, kes Datuk Mirza Mohammad (Kes pecah amanah), Ketua Pengarah Tourism Malaysia dengan nilai RM888,000. Pada bulan Oktober 2010 sahaja 2 kes berprofil tinggi melibatkan seorang majistret, Mohd Firdaus Ramlan, 28 tahun dengan nilai suapan RM8,000 dan Timbalan Ketua Pengarah 1, Jabatan Imigresen iaitu Yusof Abu Bakar dengan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500. Kes rasuah 2010 juga tidak terlepas dari membabitkan seorang anggota tentera. Zamri Jusoh, berpangkat Leftenan Komander (TLDM) telah didakwa kerana memalsukan 4 invois dengan nilai RM520,852.99 untuk pembelian rangsum segar.

Apa yang dilihat dari kes terbaru ini (Kes Datuk Khir Toyo) adalah mengenai perlaksanaan program perlindungan saksi (Whistle blower protection act 711, 2010). Ini adalah kerana dari kenyataan Peguam Negara, terdapat 16 orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dan akan diletakkan dibawah Program Perlindungan Saksi. Diharapkan saksi atau peniup wisel ini akan benar-benar dilindungi dalam apa juga keadaan sehinggalah kes selesai.
"Yang bersalah dihukum, yang teraniaya dibela, yang benar berbahagialah hidupnya...Amin"
Marilah kita semua lihat dan dengar bagaimana sistem ini dijalankan..Bagaimana program perlindungan saksi dilakukan dan apakah ganjaran yang akan mereka terima jika kes ini terbukti benar dan apakah akibat yang akan mereka tanggung apabila kes ini dimenangi oleh Khir Toyo..