Kadar Perceraian Tinggi Salah Facebook Ker?

"Dilaporkan 27,116 pasangan telah bercerai pada tahun 2009" Utusan Malaysia.
 Perbincangan secara terbuka di dalam laman Facebook dilaporkan menjadi salah satu punca perceraian dikalangan pasangan di Malaysia. Laman tersebut di namakan 'kisah rumah tangga' telah menjadi medan si suami atau isteri untuk meluahkan perasaan terhadap ketidakpuashatian mereka terhadap pasangan masing-masing. Mereka bercerita dan meminta pendapat dari kalangan teman facebook secara terbuka. Hingga pada hari ini jumlah ahli dilaman tersebut sebanyak 66,992 orang. Ini bermaksud orang Melayu amat bermasalah ker? Atau mereka suka mendengar hal orang lain. Apa rasa meluahkan perasaan dalam facebook nih..Happpy ker.. Nak sangat cerita keburukan sendiri atau pasangan kat orang lain, pada orang tak dikenali pulak tu. Lain pulak kisahnya ada yang join facebook untuk cari pasangan. Boleh percaya ker? Kes seperti nih seorang sahabat saya pernah terkena disebabkan asyik maksyuk nak kahwin akhirnya kena tipu. Mamat yang jadi cinta dia rupanya dah kahwin dan penagih dadah pulak tu. Tapi orang Melayu memang mudah lupa selagi diri sendiri tak terkena.Tidak masakan ramai yang jadi keldai dadah.
Isteri dah melakukan zina berpuluh kali pun nak tanya kat orang lain samada diri tu dayus ker tidak..Benggong betul orang yang nak menjawap soalan tu, orang yang bertanya dah tentu mamat bengap.

Bercerita masalah rumahtangga dalam facebook dan kemudian pasangan tersebut bercerai adalah bukan fakta yang boleh digunakan untuk menyalahkan facebook. Mereka memang sudah bermasalah sebelum 'join' facebook. Saya bukan nak bela facebook tapi kalau dah masalah dan sering bergaduh pergi kemana pun jadi macam tu juga. Masuk masjid pun nak bergaduh.
Duit banyak sangat pun boleh bercerai, tak ada duit pun bercerai, tak dapat anak, jumpa kekasih lama, jumpa yang lebih handsome atau lebih cantik semua nak bercerai. Kes macam nih kerana mereka kahwin atas dasar nafsu seks dan keduniaan. Pasangan sekarang banyak kurang berpegang pada ajaran agama. Ajaran yang dimaksudkan adalah banyakkan beristigfar, sembahyang sunat dan wajib atau lebih senang dikatakan lakukanlah apa yang disuruh oleh agama, tak tahu belajar lah, belajar sampai ke Amerika boleh. Kurang mengucapkan kata-kata syukur dan menterjemahkan syukur tersebut menjadi ibadah. Masyarakat sekarang cuma cakap syukur atas bibir saja, "Syukurlah saya berjaya" katanya, tapi apa yang dilakukan untuk menterjemahkan kesyukuran tersebut, maka mereka berpesta-pestaan, bukan merasakan diri sangat kerdil kerana jika bukan dari kudrat dan iradat Allah SWT sudah pasti tiada apa yang dapat dilakukan oleh mereka. Kursus perkahwinan nampak macam tak ikhlas sahaja, baik yang datang nak kursus mahu pun yang buat kursus. masing-masing nak dapat kepentingan sendiri. Maksudnya, peserta hanya nak dapat sijil untuk menikah, yang anjurkan kursus pulak nak dapat duit untuk syarikat. Mana ada keikhlasan, agama dah jadi mainan untuk mendapat nikmat dunia.
Cabaran sosial semakin tinggi, dunia jadi semakin kecil, dalam masa beberapa jam boleh pergi 'dating' di Kuala Lumpur dan balik pada petang hari ke Ipoh. Pasangan ingat dia pergi kerja..Macam ni pun ada..
Balik pada pangkalnya adalah kuatkan akidah, Pak Ustaz tolong ikhlas dalam mentarbiahkan masyarakat, jangan jika ada 'mashuk' baru nak buat program..

Comments

Popular Posts