Penutup Tirai Kes Rasuah 2010


"Bahawa kamu pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Jalan Permas 7/1 Seksyen 7 Shah Alam sebagai penjawat awam iaitu Menteri Besar Selangor telah mendapatkan untuk diri kamu dan isteri kamu, Zahrah Kechik suatu barang berharga dengan suatu balasan yang kamu mengetahui tidak mencukupi iaitu 2 lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat N0 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L Seksyen 7 Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Datuk Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh Ditamas dengan harga RM6.5 juta" (Utusan Malaysia, 7 Disember 2010, m.s 3)
Kes Datuk Khir Toyo adalah  antara beberapa kes rasuah yang telah dibongkar oleh SPRM, dan kebanyakan kes masih berjalan dan belum ada apa-apa keputusan. Kes ini merupakan kes berprofil tinggi yang melibatkan orang kenamaan selain dari kes Tun Dr. Ling Liong Sik iaitu kes PKFZ yang membabitkan nilai paling tinggi dalam semua kes rasuah 2010 iaitu RM1.08 billion. Selain itu kes Pengarah perhutanan Negeri Kedah atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM5,000, kes Datuk Mirza Mohammad (Kes pecah amanah), Ketua Pengarah Tourism Malaysia dengan nilai RM888,000. Pada bulan Oktober 2010 sahaja 2 kes berprofil tinggi melibatkan seorang majistret, Mohd Firdaus Ramlan, 28 tahun dengan nilai suapan RM8,000 dan Timbalan Ketua Pengarah 1, Jabatan Imigresen iaitu Yusof Abu Bakar dengan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500. Kes rasuah 2010 juga tidak terlepas dari membabitkan seorang anggota tentera. Zamri Jusoh, berpangkat Leftenan Komander (TLDM) telah didakwa kerana memalsukan 4 invois dengan nilai RM520,852.99 untuk pembelian rangsum segar.

Apa yang dilihat dari kes terbaru ini (Kes Datuk Khir Toyo) adalah mengenai perlaksanaan program perlindungan saksi (Whistle blower protection act 711, 2010). Ini adalah kerana dari kenyataan Peguam Negara, terdapat 16 orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dan akan diletakkan dibawah Program Perlindungan Saksi. Diharapkan saksi atau peniup wisel ini akan benar-benar dilindungi dalam apa juga keadaan sehinggalah kes selesai.
"Yang bersalah dihukum, yang teraniaya dibela, yang benar berbahagialah hidupnya...Amin"
Marilah kita semua lihat dan dengar bagaimana sistem ini dijalankan..Bagaimana program perlindungan saksi dilakukan dan apakah ganjaran yang akan mereka terima jika kes ini terbukti benar dan apakah akibat yang akan mereka tanggung apabila kes ini dimenangi oleh Khir Toyo..


Comments

Popular Posts