Kejam...Berprofil Tinggi..Unsolved Case #2

Kes pembunuhan Dato sosilawati dah sejuk. Rakyat semacam dah lali dengan kes pembunuhan dalam negara tercinta ini. Kisah kematian akibat disembelih, ditembak atau diserang beramai-ramai hingga mati hanya cerita waktu sarapan pagi sahaja, kemudian lenyap dari ingatan. Adakah negara sudah memasuki zaman jahiliah moden, undang-undang atas logik akal, rasa tak puas hati bunuh sahaja.
Peranan pasukan polis seperti tiada nilai, mahkamah dianggap sebuah institusi yang yang lambat untuk menyelesaikan masalah, maka mereka mengambil jalan mudah membuat hukum jahiliah, buat hukum sendiri.
Saya bukan pakar undang-undang, tetapi dalam kes Dato Sosilawati saya telah tuliskan dalam artikel yang lepas bahawa kes ini amat terancang, tentu para penyiasat sangat binggung untuk menyelesaikan kes ini. Penjenayah yang melakukan pembunuhan ini melihat ada lompang didalam undang-undang jenayah yang boleh mereka manipulasikan, kerana didalam kes pembunuhan perlu ada bukti iaitu bahan digunakan, pelaku dan mangsa. Dalam kes ini mana semua sumber ini, licik sungguh mereka.
Ketika ini yang dituduh sedang membuat usaha merayu untuk melepaskan diri dari tuduhan menghapuskan bukti dan penjara 7 tahun. Adakah mereka akan berjaya dalam kes ini? Jika mereka berjaya maka apa yang akan jadi kepada kes pembunuhan Dato Sosilawati ini akan masuk kedalam kes yang tidak terhurai seperti kes allahyarham Norita.
"Harapan saya adalah kepada pasukan polis dan semua badan penguatkuasaan yang rata-rata dikuasai oleh orang Melayu perlu mengembalikan kewibawaan mereka. Menjadikan mereka satu badan yang kalau tidak digeruni sekurang-kurangnya sangat dihormati dalam menegakkan undang-undang negara. Jangan tunjukkan orang Melayu sangat lemah dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini"

Comments

Popular Posts