Followers

Saturday, September 28, 2013

Dari terminal ke terminal #1

kali ini aku nak mula menulis semula, setelah sekian lama aku macam hilang 'mood', bukan pasal malas, tapi kesibukan tugas (alasan ;-)).

baru-baru ini aku berpeluang menaiki bas, setelah hampir 7 tahun aku tak naik bas ekspres. Maklumlah zaman sekarang, naik kereta sendiri ajer ler.
Destinasi  aku adalah Johor Bahru. Balik kampong. Sebab utama adalah Ayah aku sakit, kena berulang ke hospital. Sebelum ini adik-adik di JB yang tolong uruskan, tapi kali ini mereka minta aku hantar Ayah ke hospital disebabkan ada perkara penting mereka perlu uruskan. Aku akur, kerana selama ini merekalah yang menjaga ayahku, kerana aku berada diperantauan. Terima kasih adik-adik ku...
Jam 10.30 malam 26hb Ogos 2013, bas akan bergerak ke Johor Bahru dari Terminal Aman Jaya, Bandar MeruRaya, Ipoh. Kali pertama menjejak kaki ke Terminal ini semenjak ia siap dibina..HEBAT nampaknya, cantik senibinanya..


Lihatlah keadaannya dalam gambar ini..hebat bukan..
Tengok jam, 0hhh..dah 8.40 malam..masuk waktu Isyak, aku bergegas mencari surau (1) diterminal ini..tengok signboard, ikut anak panah yang ditunjukkan..solat..
Sementara menunggu bas, aku berlegar-legar melihat gerai-gerai yang disediakan, ruang bawah, lebih separuh masih kosong lagi. Naik ke tingkat 1, aku tengok ada signboard medan selera.. wah sangat tersorok, kebelakang tempatnya..kenapa kat bawah tadi tak ada signboard yang terpampang tunjuk ada medan selera kat atas..(2)

Singgah ke kedai 'bundle', tengok baju, "mak aiii, baju second-hand mahal sungguh, ada yang mencecah RM70.00", belek ajer ler..beersembang dengan 'mamat' jaga kedai 'bundle', aku Tanya di punya kedai ker, dia kata bukan dia punya, "makan gaji bang" katanya, aku bertanya siapa ownernya, melayu ker, 'mamat ni kata, owner kedai orang melayu, student Ph.D kat Universiti PETRONAS.
"Macamana sale kat sini", aku tanya lagi, Mamat ni tersenyum sinis, katanya nak dapat RM70.00 sehari pun susah..aku terkedu..aku tanyakan harga sewa..aduh..sewa  1 lot sebulan RM3000, maknanya dia kena bayar RM6000 sebab ambik 2 lot, tak mamat nih kata, RM 7500..kenapa pulak, sebab dia ambik lot tepi, luas sedikit..boleh survive ker bisnes macam ni.. aku jadi pelik..kalau macam nih, nak bayar gaji ko pun tak lepas..dalam hati aku.
Dia kata owner ada bisnes 'bundle' kat pasar malam dan "Gerbang Malam" kat Ipoh. ok lah aku kata..
Aku bagi tau kat mamat nih, aku Nampak kedai dia sebab aku menyusur, kalau aku nak tengok dari jauh memang tak nampak, sebab gelap, lampu ruang legar tingkat 1 cuma dibuka pada ruang laluan penumpang sahaja, kawasan lot kedai, semua lampu dipadam, aku tanya kenapa gelap kawasan ini, mamat  kata pihak pengurusan nak jimatkan kos..(3)
Masa nak menaiki bas pun sampai, aku bersalam dengan 'mamat'. Dalam bas aku tidur ajer..
Jam 4.30 pagi sampai ke Terminal Larkin.



Kalau nak dibandingkan kecantikan antara terminal larkin dengan terminal amanjaya, aduh..jauh sangat..Terminal Larkin nih Nampak sangat senibina lama, maklumlah, dibuka pada tahun 1994. Masuk waktu subuh, aku mencari surau..ohh..kat tingkat atas, tapi bukan surau, ia adalah masjid.
Selepas solat, aku cari kedai nak pekena teh tarik, banyak berlambak kedai makan kat sebelah bawah nih, McD dan KFC pun ada..sibuk sangat awal pagi nie, sebab orang yang bekerja di Singapura awal-awal dah keluar untuk menaiki bas. Bas ekspres dan bas henti-henti juga memenuhi setiap ruang parking..subuh yang meriah..

Dari kisah DARI TERMINAL KE TERMINAL #1 ini aku nak ketengahkan 3 perkara:

1) Tentang surau: Terminal AmanJaya yang dibuat dengan senibina moden, harga yang mahal, menjadi mercu kebanggaan bagi penduduk Ipoh bila pelawat sampai dan memuji, TETAPI malangnya SURAU diterminal ini sangat kecil, cuma lebih kurang 10 kaki x 15 kaki.Mengapa begitu? Jika dibandingkan dengan Terminal Larkin, bukan lagi disebut surau tetapi Masjid, siap dengan Imam yang dilantik, luas dan selesa untuk para Jemaah, juga disediakan Klinik Wakaf bersebelahan masjid.

2) Tentang Medan Selera: Mengapa Terminal AmanJaya menyorokkan medan selera mereka, sedangkan jika tujuan promosi, medan selera adalah salah satu penyumbang kepada perkara ini. Aku lihat, pengunjung atau penumpang akan hanya terpandang restoran mamak di pintu masuk terminal sahaja, kerana tiada makluman diruang legar utama untuk menyatakan wujudnya medan selera ditingkat atas. Berbeza dengan Terminal Larkin, kerana medan seleranya berada di tingkat bawah, mudah dilihat jika pengunjung memasuki ruang legar tersebut.

3) Tentang jimatkan kos: Terminal AmanJaya mengambil sewa dari peniaga, dan peniaga berhak mendapat faedah dari penyewaan mereka itu. Jika pihak pengurusan ingin menjimatkan kos elektrik, mereka perlu melihat lokasi yang perlu dijimatkan, bukan kawasan perniagaan. Pihak pengurusan Terminal AmanJaya perlu menganalisa lokasi dan sistem apa yang boleh dijimatkan bukan hanya pikir 'tutup lampu, elektrik jimat' maka yang jadi mangsa adalah penyewa premis. Jika mereka tiada kepakaran, carilah perunding yang arif tentang menganalisa program penjimatan tenaga ini. Janganlah bebankan peniaga yang ingin mencari rezeki ditempat anda kemudian anda rosakkan perniagaan mereka.
 SOALAN DARI SAYA: STRATEGI PERNIAGAAN APAKAH YANG SEDANG DIJALANKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN TERMINAL AMANJAYA INI ? 

  

Wednesday, June 19, 2013

Rossa buka tudung



17 Jun- Penyanyi terkenal dari seberang, Rossa, 34, yang telah bertudung setelah mengerjakan haji pada tahun lalu kini kembali mendedahkan rambutnya.
Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat.
Rossa mengaku tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif namun dia terpaksa berbuat sedemikian kerana mematuhi kontrak dan persetujuan yang telah dibuat sebelum dia bertudung.
"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

Sedih kerana manusia lebih takutkan kontrak dari ancaman Allah SWT. Bila tuntutan agama menjadi percubaan. Iman senipis kulit bawang. Semoga beliau akan mendapat hidayah dari Allah.

Thursday, June 13, 2013

Dicelah-celah Kehidupan

Kisah 1#

Satu petang lepas solat asar, aku duduk di satu sudut dalam surau hospital. Kemudian seorang pak cik berjalan mengunakan tongkat, melangkah satu-satu ke arah aku. Aku memandang kepada beliau dan mengukir senyuman, pak cik membalas dengan senyuman juga. Dia cuba untuk duduk diatas lantai walaupun dengan keadaan yang susah payah, tetapi beliau tidak mahu di bantu. Hebat pak cik ni, kata ku dalam hati.
Aku menyapa dengan bertanyakan beliau dari mana dan datang melawat siapa, katanya " Pak cik tengok makcik  kat wad tu, sakit tak boleh bangun", aku bertanya lagi, " Mak cik sakit apa pak cik?" tanya ku. "Dia sakit buah pinggang, dah tak sedarkan diri dah masuk 4 hari", aku semakin banyak bertanya, tapi pak cik ni tidak ada masalah untuk bercerita masalahnya. AKu bertanya lagi, "Pak cik datang naik apa ke mari?", dia menjawab datang dengan kereta yang dipandu sendiri. Aku tercenggang, dengan keadaan kaki sakit dan bengkak, pak cik ini sanggup memandu setiap hari sejauh 180 km pergi/balik semata-mata untuk melawat isterinya selam 2 munggu. Beliau tidak ada tempat menginap dikawasan berhampiran kerana tiada saudara-mara atau sahabat handai yang dikenali.
Aku membayangkan bagaimana kekuatan semangat yang datang dari perasaan kasih sayang, walaupun usia sudah lanjut tidak menjadi sempadan untuk terus mengasihi dan mencintai. Kisah ini harus menjadi tauladan kepada setiap pasangan, kerana bukan sahaja sayang waktu sihat, muda dan waktu senang tetapi ketika saat   -saat sukar juga adalah waktu untuk mengeratkan kasih sayang.


Kisah 2#

AKu melihat seorang tua sedang menggosok-gosok lutut dan kaki kirinya.
AKu pun bertanya, "Kenapa dengan kaki pak cik",
Pak cik, "Kaki ni dah lama sakit, tadi saya pergi jumpa doktor ortopedik".
Aku, "Apa keputusan doktor?", aku bertanya.
PAk cik, "Huh, mampus aku tak mai dah", keluar loghat utara
Aku: "Awat pak cik" aku mengajuk
Pak cik: "Doktor tu pulas-pulas kaki aku, pas tu ketuk, tanya umur aku, aku jawab 79 tahun"
Aku: "Haa, dah tu" aku menyampuk
Pakcik: "Ada ka patut doktor dan check, dah pulas, dah ketuk, pas tu dia kata ini memang sakit orang tua, bapak saya pun sakit macam ni jugak"
Sambung pak cik: "Hampaih, kalau jawab lagu tu baik tak payah jadi doktor, tak payah panggil aku mai jauh-jauh buat appointment, dah aku mai pun orang hantaq"
Aku terdiam, berfikir sejenak, terkedu dengan sikap manusia yang tidak ada langsung keikhlasan menjalankan tugasan, tidak menghormati orang lain. Adakah mereka ini benar-benar menjalankan etika yang di ucapkan untuk menjawat jawatan tersebut..fikir-fikirkan



Friday, February 22, 2013

Syukur Kepada Allah

Aku bersyukur kepada Allah, kerana telah memberikan kenikmatan dalam kehidupan ini.

Sebenarnya selepas aku menulis blog 'SELAMAT TINGGAL SAYANG". dalam masa 1 jam selepas itu aku mendapati tubuh badan ku tidak bermaya, dada ku rasa berdebar-debar, kepala berpinar seakan dunia ini berpusing ligat...
AKu beristigfar...aku bertanya "YA ALLAH, apakah lagi dugaan yang akan aku terima ini", aku menunduk memandang tangan kiri ku..Eh, kenapa menggigil nie, kata ku dalam hati..
Cuba duduk dan menarik nafas panjang dan lepas perlahan-lahan..
Masih lagi tak menunjukkan kesan..
Nafas ku makin sesak pulak..Tak boleh jadi nih...Aku pun memberi tahu pada rakan sepejabat untuk keluar ke klinik Khadijah.
Berjumpa doktor, ambil B.P, wow...155/100..Eh..dari rekod nih you tak ada darah tinggi..
kenapa ...you susah hati ker...
Wah...pandai pulak doktor nih meneka..aku pun ceritakan apa yang berlaku...sambil tu aku katakan dada aku pun rasa sesak...
Kita cuba ambik B.P semula katanya...Hah..makin naik  165/100...
kalau macam nih you kena pergi jumpa pakar di TMC (Taiping Medical Centre)..
You pening ker...aku katakan tak ada..OK, saya buat surat rujukan, you pergi sekarang, katanya..
Aku pun balik semula kepejabat untuk mendapatkan G.L..dalam pada itu aku dinasihatkan untuk terus ke Ipoh Specialist Centre..Aku ambil nasihat ini..
Drive ikut highway dari Taiping ke Ipoh..dalam kereta sambil memandu terus-terusan aku berzikir "LA ILAHAILLALLAH"....Badan aku terasa sangat panas...
YA ALLAH...pulihkan aku seperti sediakala..kerana aku punyai orang-orang yang kutanggung kehidupannya...
Turun dari kereta menuju ke Wad Kecemasan, aku melanglah seperti atas air...aku tunduk kebawah, nampak bumi sangat jauh dari kepala ku...kenapa aku jadi tinggi nih...(kata dalam hati ku)..
Jumpa nurse di kaunter dan mereka baringkan aku, aku bercakap merepek, tapi aku sendiri tak ingat...
Ambil B.P...170/100...
aku kata dada aku sakit, nafas aku sesak...
mereka bergegas memanggil pakar jantung, bawa aku ke klinik jantung....
Ketika ini aku berbual dengan doktor yang merawat (Dr.Rizal)...
Dia kata kalau dilihat dari mesin nih awak tak ada masalah apa-apa...
Lalu aku pun bercerita kepada beliau...kesedihan yang aku tanggung...
dalam pada bercerita tekanan darah aku turun secara mendadak...
turun keparas normal...
NAk tau sebab apa...Doktor tu cakap
"ENCIK ROSLAN, NAMPAKNYA SAYA TAK ADA UBAT UNTUK AWAK, QURAN SAJA UBAT BAGI AWAK"
>>>>>>>SYUKUR KEPADAMU ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM, TUHAN YANG KUSEMBAH DAN TEMPAT MEMINTA PERTOLONGAN<<<<<<<