Dicelah-celah Kehidupan

Kisah 1#

Satu petang lepas solat asar, aku duduk di satu sudut dalam surau hospital. Kemudian seorang pak cik berjalan mengunakan tongkat, melangkah satu-satu ke arah aku. Aku memandang kepada beliau dan mengukir senyuman, pak cik membalas dengan senyuman juga. Dia cuba untuk duduk diatas lantai walaupun dengan keadaan yang susah payah, tetapi beliau tidak mahu di bantu. Hebat pak cik ni, kata ku dalam hati.
Aku menyapa dengan bertanyakan beliau dari mana dan datang melawat siapa, katanya " Pak cik tengok makcik  kat wad tu, sakit tak boleh bangun", aku bertanya lagi, " Mak cik sakit apa pak cik?" tanya ku. "Dia sakit buah pinggang, dah tak sedarkan diri dah masuk 4 hari", aku semakin banyak bertanya, tapi pak cik ni tidak ada masalah untuk bercerita masalahnya. AKu bertanya lagi, "Pak cik datang naik apa ke mari?", dia menjawab datang dengan kereta yang dipandu sendiri. Aku tercenggang, dengan keadaan kaki sakit dan bengkak, pak cik ini sanggup memandu setiap hari sejauh 180 km pergi/balik semata-mata untuk melawat isterinya selam 2 munggu. Beliau tidak ada tempat menginap dikawasan berhampiran kerana tiada saudara-mara atau sahabat handai yang dikenali.
Aku membayangkan bagaimana kekuatan semangat yang datang dari perasaan kasih sayang, walaupun usia sudah lanjut tidak menjadi sempadan untuk terus mengasihi dan mencintai. Kisah ini harus menjadi tauladan kepada setiap pasangan, kerana bukan sahaja sayang waktu sihat, muda dan waktu senang tetapi ketika saat   -saat sukar juga adalah waktu untuk mengeratkan kasih sayang.


Kisah 2#

AKu melihat seorang tua sedang menggosok-gosok lutut dan kaki kirinya.
AKu pun bertanya, "Kenapa dengan kaki pak cik",
Pak cik, "Kaki ni dah lama sakit, tadi saya pergi jumpa doktor ortopedik".
Aku, "Apa keputusan doktor?", aku bertanya.
PAk cik, "Huh, mampus aku tak mai dah", keluar loghat utara
Aku: "Awat pak cik" aku mengajuk
Pak cik: "Doktor tu pulas-pulas kaki aku, pas tu ketuk, tanya umur aku, aku jawab 79 tahun"
Aku: "Haa, dah tu" aku menyampuk
Pakcik: "Ada ka patut doktor dan check, dah pulas, dah ketuk, pas tu dia kata ini memang sakit orang tua, bapak saya pun sakit macam ni jugak"
Sambung pak cik: "Hampaih, kalau jawab lagu tu baik tak payah jadi doktor, tak payah panggil aku mai jauh-jauh buat appointment, dah aku mai pun orang hantaq"
Aku terdiam, berfikir sejenak, terkedu dengan sikap manusia yang tidak ada langsung keikhlasan menjalankan tugasan, tidak menghormati orang lain. Adakah mereka ini benar-benar menjalankan etika yang di ucapkan untuk menjawat jawatan tersebut..fikir-fikirkan



Comments

Popular Posts