Followers

Tuesday, October 18, 2011

Al-Hikayat > *CaCa* MarBa* JaDiNya*: manusia binatang...kebinatangan...memang binatang..

http://roslanali.blogspot.com/2010/11/forever-young.html

manusia binatang...kebinatangan...memang binatang..

Petang ni hati aku sedih sangat..
Petang ini hati aku terguris sangat...
Petang ini aku tak peduli kalau orang nak kata aku sensitif sangat..

Kerana aku melihat satu post video dari seorang sahabat FB mengenai seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah kenderaan tetapi orang yang lalu-lalang langsung tidak menghiraukan penderitaan kanak-kanak tersebut..
Malah datang sebuah kenderaan lagi lagi menggelek kanak-kanak tersebut yang sedang mengerang kesakitan...

Adakah manusia di tempat tersebut bertopengkan binatang..atau bersifat kebinatangan ....atau mereka semua memang binatang..

Aku terpanggil untuk mengenangkan keadaaan di negara ku sendiri..
Adakah kita tidak begitu???

Kita sudah sering melihat..atau mendengar...atau membaca kisah anak-anak dibuang ke dalam sungai..
disembelih..disumbat dalam lubang tandas...dicampak dari bangunan...di buang ditempat buangan sampah..dimakan oleh anjing...
Ada orang ambik kisah..ada ker???
Kalau betul ambik kisah..kenapa semakin berleluasa..semakin banyak kejadian sebegini...
Mana tindakan yang diambil...mana suara menteri mengenai gejala ini???
Adakah Menteri di negara kesanayangan ini semuanya pengecut....???

Tidak ...mereka sangat berani...kalau tidak, tentu tidak berlaku dakwaan terhadap Anwar Ibrahim...
Tapi tolonglah bertindak menangani masalah ini..memang mereka berani buat mereka lah yang kena tanggung..beromen...berzina..bunting..kemudian tak tahu siapa bapak...dah banyak sangat yang dilayan..
Mereka ni semua yang duduk jauh dari keluarga...tak ada kawalan...
Kerana mereka mencari rezeki dibandar atau pun menuntut di pusat pengajian...
Secara tak langsung perkara ini juga disebabkan faktor dari kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan..
Maka kerajaan perlu bertanggung jawab diatas keterlanjuran ini...
Dan kerajaan mempunyai segala punca kekuatan untuk menangani masalah ini..
majoriti yang membuang bayi adalah orang melayu...kerana mereka terperangkap dalam rasa bersalah kepada tuhan, keluarga dan masyarakat...maka mereka hilang pertimbangan..
Kawalan dari punca adalah yang terbaik...tapi bila dah berjauhan dari keluarga siapa yang boleh menghalang..
Masyarakat sudah mula mementingkan diri sendiri ketika berada dibandar..kerana alasan mereka adalah disebabkan kesibukan mencari rezeki...
Jika kerajaan dan menteri yang dipertanggungjawapkan semakin lemah...
Nescaya kejadian yang berlaku sekarang akan jadi kebiasaan satu masa nanti kerana masyarakat sudah lali dengan pendedahan dari media-massa...
NKRA yang dibuat sekarang langsung tidak menyentuh untuk menangani masalah ini....
Perkara ini akan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ada tindakan diambil...anak haram (maaf) akan berkeliaran sama seperti di negara barat..mereka kemudian akan menjadi insan yang semakin merosakkan masyarakat baik kerana mereka tiada perasaan kekeluargaan....mereka akan menggoncang nilai kekeluargaan seperti yang berlaku di negara kafir...mereka tiada pegangan hidup...tiada belas kasihan...tiada perasaan kasih sayang...
Adakah Malaysia akan menerima nasib yang sama dalam institusi kekeluargaan ini...
Kerajaan mesti bertindak sekarang untuk memgajar, memulihkan dan menghukum atas perbuatan membuang anak..belas kasihan adalah lebih perlu kepada anak-anak kecil daripada pelakunya yang tidak berperikemanusiaan..
AKu menulis pada petang ini dengan titisan airmata...hati aku sangat terguris...
Wahai pemerintah ku..wahai menteri-menteri ku...aku seru kamu bangkit dari tidur lena mu ...dari mimpi-mimpi kuasa dan wang ringgit mu...bangkit lah kamu dengan perasaan sebagai seorang insan yang soleh..
Bangkit lah .....bangkitlah memerintah dengan hati yang celik...




  

Thursday, October 13, 2011

Duduk ajer...punggung terkeluar


Semalam aku keluar makan malam disebuah kedai tomyam..sambil menikmati juadah makan malam, kami bersembang..
Kemudian datang seorang awek bersama boyfriend nya duduk di meja depan aku..
Awek nih duduk membelakangi aku, baju terrangkat sebab ketat, sendat dan singkat...dan paling teruk seluar jeans dia melurut hingga nampak lurah punggung...
ehhh..dalam hati aku...mana underware dia...tak pakai ker..
Hati aku dah tahan sabar..geram nih...
selesai makan aku panggil pelayan kedai...mintak dia kira..
lepas tu aku mintak pinjam pen pelayan ni...
Aku ambik kertas tisu atas meja dan aku tulis...
"Punggung awak jadi tontonan orang belakang, awak tak rasa malu ker"
aku pun berlalu sambil menoleh kelihatan awek tu mengelabah menarik baju dan seluar nya..

Wednesday, October 12, 2011

Ehh..ehhh...jangan cucuk perut aku


30 September 2011
10.30 am -  Aku bergerak bersama keluarga ke Sintok untuk majlis konvokesyen.
12.30 pm-  singgah di rehat dan rawat Gurun untuk makan tengahari..sambil tu berkumpul dengan kawan-kawan.
1.30 pm - Bergerak semula meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu Chalet d'Bamboo yang terletak satu laluan ke UUM.
2.00 pm - sampai ke chalet dan check-in..yang ni dah masuk bab menyampah..

Ada ker bilik penuh dengan taik cicak merata-rata...depan pintu, atas lantai, atas katil dan depan toilet..
Dah tu semut merah mearayap-rayap atas lantai, sebab chalet aku bersebelahan pokok..anak-anak aku takut..masing-masing duduk diam atas katil..almaklum lah depa tak biasa tengok semut merah besar..aku kata "alah apa nak takut, ini semut tanah jer..tak gigit orang", tapi mereka tak percaya..
Suhu dalam bilik cukup berbahang, bukan sebab tak ada air-cond, tapi sebab bilik nih bukan sebenar bilik tapi kabin..tengahari meruap lah..
dalam bilik air, si bongsu aku nak mandi katanya...aku bawak masuk dalam bilik air...ada sebiji baldi kat tepi sinki...aku ubah..melompat anak kecik aku yang tengah berbogel nih...semut hitam buat sarang bawah baldi siap dengan telur lagi...
Bosan...bosan...aku ambik keputusan keluar dari chalet pada jam 4.00pm..terus ke kuala Perlis..
Ambil hotel Brasmana, berhampiran dengan jeti Langkawi...lega.

1hb Oktober 2011 - Pagi jam 8.30 aku turun ke lobi untuk sarapan pagi..anak-anak dan isteri ku turun kemudian..masuk dalam lif, ada 3 orang..aku berdiri di depan panel kawalan lif..aku tekan butang "G"..
Lif turun..sampai kebawah pakcik sebelah aku macam tak sabar-sabar nak turun..dia pun nak tekan butang 'buka' pada panel depan aku..
Ehh..ehhh..tapi kenapa cucuk perut aku pulak... perut aku bukan ada butang 'buka'..
Butang 'buka' depan aku..aku pandang dia ...dia buat 'dekkk' ajer...pintu pun terbuka sendiri...
dalam hati aku...melampau pakcik nih...ada ker perut aku jadi butang lif dia pulak....cehhhh !!!!