Ehh..ehhh...jangan cucuk perut aku
30 September 2011
10.30 am - Aku bergerak bersama keluarga ke Sintok untuk majlis konvokesyen.
12.30 pm- singgah di rehat dan rawat Gurun untuk makan tengahari..sambil tu berkumpul dengan kawan-kawan.
1.30 pm - Bergerak semula meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu Chalet d'Bamboo yang terletak satu laluan ke UUM.
2.00 pm - sampai ke chalet dan check-in..yang ni dah masuk bab menyampah..
Ada ker bilik penuh dengan taik cicak merata-rata...depan pintu, atas lantai, atas katil dan depan toilet..
Dah tu semut merah mearayap-rayap atas lantai, sebab chalet aku bersebelahan pokok..anak-anak aku takut..masing-masing duduk diam atas katil..almaklum lah depa tak biasa tengok semut merah besar..aku kata "alah apa nak takut, ini semut tanah jer..tak gigit orang", tapi mereka tak percaya..
Suhu dalam bilik cukup berbahang, bukan sebab tak ada air-cond, tapi sebab bilik nih bukan sebenar bilik tapi kabin..tengahari meruap lah..
dalam bilik air, si bongsu aku nak mandi katanya...aku bawak masuk dalam bilik air...ada sebiji baldi kat tepi sinki...aku ubah..melompat anak kecik aku yang tengah berbogel nih...semut hitam buat sarang bawah baldi siap dengan telur lagi...
Bosan...bosan...aku ambik keputusan keluar dari chalet pada jam 4.00pm..terus ke kuala Perlis..
Ambil hotel Brasmana, berhampiran dengan jeti Langkawi...lega.
1hb Oktober 2011 - Pagi jam 8.30 aku turun ke lobi untuk sarapan pagi..anak-anak dan isteri ku turun kemudian..masuk dalam lif, ada 3 orang..aku berdiri di depan panel kawalan lif..aku tekan butang "G"..
Lif turun..sampai kebawah pakcik sebelah aku macam tak sabar-sabar nak turun..dia pun nak tekan butang 'buka' pada panel depan aku..
Ehh..ehhh..tapi kenapa cucuk perut aku pulak... perut aku bukan ada butang 'buka'..
Butang 'buka' depan aku..aku pandang dia ...dia buat 'dekkk' ajer...pintu pun terbuka sendiri...
dalam hati aku...melampau pakcik nih...ada ker perut aku jadi butang lif dia pulak....cehhhh !!!!
Comments