Dari terminal ke terminal #1
kali ini aku nak mula menulis semula, setelah sekian lama aku macam hilang 'mood', bukan pasal malas, tapi kesibukan tugas (alasan ;-)).
baru-baru ini aku berpeluang menaiki bas, setelah hampir 7 tahun aku tak naik bas ekspres. Maklumlah zaman sekarang, naik kereta sendiri ajer ler.
Destinasi aku adalah Johor Bahru. Balik kampong. Sebab utama adalah Ayah aku sakit, kena berulang ke hospital. Sebelum ini adik-adik di JB yang tolong uruskan, tapi kali ini mereka minta aku hantar Ayah ke hospital disebabkan ada perkara penting mereka perlu uruskan. Aku akur, kerana selama ini merekalah yang menjaga ayahku, kerana aku berada diperantauan. Terima kasih adik-adik ku...
Jam 10.30 malam 26hb Ogos 2013, bas akan bergerak ke Johor Bahru dari Terminal Aman Jaya, Bandar MeruRaya, Ipoh. Kali pertama menjejak kaki ke Terminal ini semenjak ia siap dibina..HEBAT nampaknya, cantik senibinanya..
Lihatlah keadaannya dalam gambar ini..hebat bukan..
Tengok jam, 0hhh..dah 8.40 malam..masuk waktu Isyak, aku bergegas mencari surau (1) diterminal ini..tengok signboard, ikut anak panah yang ditunjukkan..solat..
Sementara menunggu bas, aku berlegar-legar melihat gerai-gerai yang disediakan, ruang bawah, lebih separuh masih kosong lagi. Naik ke tingkat 1, aku tengok ada signboard medan selera.. wah sangat tersorok, kebelakang tempatnya..kenapa kat bawah tadi tak ada signboard yang terpampang tunjuk ada medan selera kat atas..(2)
Singgah ke kedai 'bundle', tengok baju, "mak aiii, baju second-hand mahal sungguh, ada yang mencecah RM70.00", belek ajer ler..beersembang dengan 'mamat' jaga kedai 'bundle', aku Tanya di punya kedai ker, dia kata bukan dia punya, "makan gaji bang" katanya, aku bertanya siapa ownernya, melayu ker, 'mamat ni kata, owner kedai orang melayu, student Ph.D kat Universiti PETRONAS.
"Macamana sale kat sini", aku tanya lagi, Mamat ni tersenyum sinis, katanya nak dapat RM70.00 sehari pun susah..aku terkedu..aku tanyakan harga sewa..aduh..sewa 1 lot sebulan RM3000, maknanya dia kena bayar RM6000 sebab ambik 2 lot, tak mamat nih kata, RM 7500..kenapa pulak, sebab dia ambik lot tepi, luas sedikit..boleh survive ker bisnes macam ni.. aku jadi pelik..kalau macam nih, nak bayar gaji ko pun tak lepas..dalam hati aku.
Dia kata owner ada bisnes 'bundle' kat pasar malam dan "Gerbang Malam" kat Ipoh. ok lah aku kata..
Aku bagi tau kat mamat nih, aku Nampak kedai dia sebab aku menyusur, kalau aku nak tengok dari jauh memang tak nampak, sebab gelap, lampu ruang legar tingkat 1 cuma dibuka pada ruang laluan penumpang sahaja, kawasan lot kedai, semua lampu dipadam, aku tanya kenapa gelap kawasan ini, mamat kata pihak pengurusan nak jimatkan kos..(3)
Masa nak menaiki bas pun sampai, aku bersalam dengan 'mamat'. Dalam bas aku tidur ajer..
Jam 4.30 pagi sampai ke Terminal Larkin.
Kalau nak dibandingkan kecantikan antara terminal larkin dengan terminal amanjaya, aduh..jauh sangat..Terminal Larkin nih Nampak sangat senibina lama, maklumlah, dibuka pada tahun 1994. Masuk waktu subuh, aku mencari surau..ohh..kat tingkat atas, tapi bukan surau, ia adalah masjid.
Selepas solat, aku cari kedai nak pekena teh tarik, banyak berlambak kedai makan kat sebelah bawah nih, McD dan KFC pun ada..sibuk sangat awal pagi nie, sebab orang yang bekerja di Singapura awal-awal dah keluar untuk menaiki bas. Bas ekspres dan bas henti-henti juga memenuhi setiap ruang parking..subuh yang meriah..
Dari kisah DARI TERMINAL KE TERMINAL #1 ini aku nak ketengahkan 3 perkara:
1) Tentang surau: Terminal AmanJaya yang dibuat dengan senibina moden, harga yang mahal, menjadi mercu kebanggaan bagi penduduk Ipoh bila pelawat sampai dan memuji, TETAPI malangnya SURAU diterminal ini sangat kecil, cuma lebih kurang 10 kaki x 15 kaki.Mengapa begitu? Jika dibandingkan dengan Terminal Larkin, bukan lagi disebut surau tetapi Masjid, siap dengan Imam yang dilantik, luas dan selesa untuk para Jemaah, juga disediakan Klinik Wakaf bersebelahan masjid.
2) Tentang Medan Selera: Mengapa Terminal AmanJaya menyorokkan medan selera mereka, sedangkan jika tujuan promosi, medan selera adalah salah satu penyumbang kepada perkara ini. Aku lihat, pengunjung atau penumpang akan hanya terpandang restoran mamak di pintu masuk terminal sahaja, kerana tiada makluman diruang legar utama untuk menyatakan wujudnya medan selera ditingkat atas. Berbeza dengan Terminal Larkin, kerana medan seleranya berada di tingkat bawah, mudah dilihat jika pengunjung memasuki ruang legar tersebut.
3) Tentang jimatkan kos: Terminal AmanJaya mengambil sewa dari peniaga, dan peniaga berhak mendapat faedah dari penyewaan mereka itu. Jika pihak pengurusan ingin menjimatkan kos elektrik, mereka perlu melihat lokasi yang perlu dijimatkan, bukan kawasan perniagaan. Pihak pengurusan Terminal AmanJaya perlu menganalisa lokasi dan sistem apa yang boleh dijimatkan bukan hanya pikir 'tutup lampu, elektrik jimat' maka yang jadi mangsa adalah penyewa premis. Jika mereka tiada kepakaran, carilah perunding yang arif tentang menganalisa program penjimatan tenaga ini. Janganlah bebankan peniaga yang ingin mencari rezeki ditempat anda kemudian anda rosakkan perniagaan mereka.

SOALAN DARI SAYA: STRATEGI PERNIAGAAN APAKAH YANG SEDANG DIJALANKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN TERMINAL AMANJAYA INI ?
Comments