REMEMBRANCE DAY untuk Pahlawan Melayu dan Bumiputra?
Mej.Jen Dato Zulkifli Bin Mazlan menyemat Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada P.O (R) Kenneth Winston Barret pada 13 November 2010 di Labuan
upacara 'Remembrance Day' di adakan setiap 11 November.
Upacara ini sempena mengingati jasa veteran dan orang awam yang telah membuat pengorbanan semasa perang dunia pertama (WW1).
Ia dilakukan sempena tamatnya perang dunia pertama pada 11.11.1918 pada jam 11.00
Upacara tahunan ini dilakukan di Labuan dan dianjurkan oleh Perbadanan Labuan setiap tahun.
Aku terpaku dan terharu dengan majlis ini...
kenapa???...suka???...bangga???...
bukan...
bukan...
bukan...
Habis kenapa?...Tak Percaya?
Aku hairan kenapa nak kenang jasa kepada penjajah...
mereka tidak melakukan apa-apa pengorbanan kepada rakyat Malaya ketika itu..
mereka penjajah...
mereka tiada jasa kerana mereka mengaut titik peluh rakyat Malaya...
mereka kekal sebagai penjajah...
bagaimana mereka layak mendapat Pingat Jasa Malaysia...
pengorbanan dan jasa apa mereka lakukan..
mereka menangkap dan membunuh rakyat Malaya...
mereka penjajah...
Pingat Jasa Malaysia layak diberi kepada...
keturunan Mat Kilau...
keturunan Dato Bahaman...
Keturunan Si Puntum...
Keturunan Maharajalela...
keturunan Mat Salleh...
dan keturunan-keturunan pendekar-pendekar Melayu...
Bukan penjajah yang telah menjarah negara ratusan tahun lamanya...
mereka kekal sebagai penjajah...
Comments