BUANG BAYI...SALAH SIAPA
Bila aku membaca akhbar setiap hari ada sahaja berita tentang bayi yang dibuang oleh ibu atau bapa atau pakatan mereka berdua. Mengapa ini berlaku? Dimana perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Mengapa mereka sanggup mencampakkan bayi dari atas bangunan begitu sahaja? Dimana sifat perikamanusiaan seorang insan? Siapakah mereka ini sebenarnya? Begitu banyak persoalan timbul didalam kepala ini...
Siapa mereka?
Kebanyakan kes buang bayi berlaku dibandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru. Bandar-bandar ini adalah tempat terdapatnya kawasan perindustrian, pusat perniagaan dan pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA & IPTS) atau pun terdapat pusat-pusat peranginan. rata-rata bandar ini menyediakan begitu banyak pusat-pusat hiburan seperti disko, pusat karaoke, panggung wayang, taman bunga, komplek belibelah dan sudah pastinya hotel yang tumbuh macam cendawan. Kebanyakan insan yang bekerja atau belajar dibandar ini sudah pasti datang bersendirian, tanpa pengawasan dari keluarga terdekat, tiada pemantauan pergerakan dan kelakuan pendek-kata jauh dari ibu bapa. Malah bandar ini juga terdapat ramai pendatang asing dari seperti Indonesia, Vietnam atau Thailand. Identiti sipembuang amat sukar dikenalpasti.
Mengapa mereka memperlakukan begitu?
Mereka seperti begitu terdesak.Kerana manusia yang terdesak sahaja sanggup melakukan perkara sebegini. Mugkin kerana takut diketahui oleh ibu-bapa, tempat mereka belajar (mungkin takut dibuang dari kolej) atau tiada sumber pendapatan dan tempat tinggal yang tetap. Adakah tiada perasaan kasih sayang sedikit pun atau simpati dihati mereka. Mengapa mereka menjadi manusia yang kejam. Jika dahulu kita sering mendengar anak muda atau nak gadis mengatakan 'comel' jika melihat anak kecil, tetapi sekarang sudah kurang kedengaran lagi.
Salah Siapa?
Kabinet sudah meluluskan kanun kesiksaan kepada pesalah, sek.302 & 307. Adakah ini dapat mengurangkan atau terus dapat membendung kes sebegini. Langkah yang diambil oleh kerajaan ini adalah diperingkat akhir ketika 'nasi telah menjadi bubur'. Jika dilihat mereka ini sebenarnya sudah hilang perasaan kasih sayang dari dalam diri. Mereka bukan sahaja tidak mengasihi bayi mereka bahkan mereka juga tiada hati dan perasaan terhadap keluarga dan ugama mereka.
Kesan Punca Sebagai Matlamat
Pembangunan rohani (spiritual) terhadap kebaikan hendaklah diterapkan dari kecil. Ketika ini anak-anak terlalu didedahkan dengan terlalu banyak punca masalah sosial tanpa pembangunan roh. Jiwa mereka terlalu rapuh, terlalu terdedah kepada keseronokan dan hiburan disebabkan kecanggihan teknologi hingga jiwa mereka terlalu cepat terangsang kepada nafsu seks. Jiwa mereka terlau mudah tergoda. Mereka begitu mengidamkan dan mengimpikan berpacaran dan aktiviti berdua-duaan. Jiwa anak-anak sekarang begitu keras disebabkan desakan intuk mendapat kejayaan dalam hidup, contoh untuk lulus dalam peperiksaan atau merebut peluang pekerjaan. Siapa yang perlu memberikan ilmu ini?. Pembangunan Rohaniah perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu ada ilmu, bukan hanya pergi kursus perkahwinan untuk dapat sijil semata-mata. Jabatan agama perlu mennukar silibus kursus atau menambah nilai terhadap kursus yang dijalankan dengan ilmu spiritual (kerohanian) begitu juga sekolah bukan sahaja menumpukan akademik hingga terlupa terhadap pelajaran kerohanian, berapa ramai murid-murid disekolah tidak bersembahyang padahal telah disediakan surau ditiap-tiap sekolah. Masyarakat terutama jawatakuasa masjid hendaklah aktif mengadakan ceramah aatau kursus kepada kariah mereka (Jangan hanya sibuk untuk menjaga kepentingan jawatan masing-masing).
Pembangunan Rohaniah memang memakan masa kerana kita telah mengabaikan tanggungjawab ini 20 tahun kebelakang, maka kita menanggung akibatnya sekarang..Oleh itu hukuman perlu dilaksanakan terhadap pesalah beserta dengan mengubah kembali atau membetulkan semula apa yang telah kita tinggalkan sebelum ini.... Wasalam
Comments