Kejam..Profil tinggi....Unsolved case..
Sebenarnya aku terkedu dengan kehebatan rakyat Malaysia ketika ini..Mereka begitu kreatif ketika membunuh..Berbagai cara telah digunakan. Inikah pelajaran yang mereka dapat ketika bersekolah atau ketika menuntut di Universiti..Mereka membunuh dengan membuat strategi untuk tidak dikesan..siapa mengajar mereka...
#1. Pembunuh kerana terdesak hanya mahu melepaskan perasaan mereka sahaja, mereka tidak mahu ambil pusing bagaimana memgelak dari dikesan, apa yang didalam hati mereka cuma mahu memastikan dendam atau amarah terlaksana..apabila pembunuhan telah berlaku mereka tidak keruan, binggung dan hilang punca hingga mereka dengan mudah dijejaki..
#2. Pembunuh profesional lain pula caranya...mereka terdidik atau terlebih didik...hingga menjadi kurang ajar, kerana merasa tiada apa yang boleh menghalang mereka..kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang strategi, berkemampuan dari segi kewangan, berkedudukan atau berpangkat dan mempunyai networking.
Satu ketika aku pernah bertugas diluar negara..apa yang aku baca di akhbar negara tersebut hampir tiap hari tentang bumi bertuah ku ini adalah berita rompakan, rogol dan pembunuhan sahaja dipaparkan...Aku berasa malu untuk memegang akhbar dinegara tersebut dihadapan rakan ku (rakyat negara tersebut).

Kes Sosilawati adalah antara beberapa kes yang berprofil tinggi dan sangat kejam..selain itu kes yang sebelumnya adalah kes Altantuya yang dibunuh dan mayatnya di bom..
Altantuya telah dibunuh dan di bom kerana bertujuan untuk menghilangkan bukti..Kes telah pun ditutup dan pelaku telah pun dijatuhkan hukuman.. apa yang dilihat pembunuhan yang dilakukan tiada motif..
Kes Mona Fendy juga adalah berprofil tinggi kerana membunuh Dato' Mazlan. Pelaku adalah orang suruhan Mona iaitu Juraimi..Mahkamah berjaya mengaitkan pembunuhan yang dilakukan oleh Juraimi menurut perintah Mona dan suami..dan mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..
Selain daripada itu ada juga kes yang berprofil tinggi tidak dapat diselesaikan seperti kes Allahyarham Norita apabila tiada pelaku yang dihukum. Begitu juga dengan kes Nurin Jazlin..Kes ini sangat menyentuh hati aku kerana ia masih kanak-kanak dan diperlakukan sangat kejam, hinggakan aku melakukan solat hajat agar pelakunya satu hari nanti menyerah diri.
Apa yang aku harapkan pada ketika ini adalah biarlah pesalah dalam kes Allahyarham Sosilawati dan allahyarham rakannya dapat dihukum dengan setimpal, bukan sahaja pelaku pada kes pembunuhan ini tapi juga perancang, sebagaimana kes Mona Fandy.
Jika dilihat ketika ini memang agak sukar untuk pihak polis mencari bukti dan menyabitkan kesalahan mereka, tapi aku berdoa agar mereka tidak akan terlepas begitu sahaja..
Amin
Comments