Resah Gelisah - Apa YAng KAu CAri


Bila hati mula resah dan gelisah . Fikiran tidak menentu, berkeluh-kesah. Duduk, berbaring, berjalan, berdiri semua tidak mengena.Fikiran buntu, gelak ketawa didengar sebagai menghina, senyuman dilihat seperti menyakitkan hati. 
"Kemudian jiwa terasa kosong, tiada lagi indahnya muzik yang kebiasaan didengari, kata-kata manis seolah-olah mengejek. Sudah tiada lagi keindahan didunia. Alam dilihat seakan-akan fana...Lalu hati mula bertanya 'Apa Yang Kau Cari' ...."
Manusia tercari-cari dalam kehidupan ini apabila soalan ini datang "Apa Yang Kau Cari" dalam kehidupan ini. Hati sentiasa merasa tidak pernah puas, pangkat dikejar tiada kesudahannya, dari satu tingkat hingga ke satu tingkat, harta dikumpul dari sedikit hingga tidak terbilang banyaknya, segala hiburan dunia telah ditawan, tapi hati masih berkata, "kau tidak jumpa apa yang dicari". Lalu pencarian kehidupan didunia diteruskan tanpa kesudahan. Cari dan terus mencari...Tetapi jawapan apa yang dicari masih kabur...Kerana hati sentiasa kosong, masih tiada kepuasannya, apakah noktah pencarian ini?


Lalu berkata seorang tua, "Anak ku, dunia yang kau cari tidak lama, semuanya akan putus ketika kau menghembuskan nafas yang terakhir. Hakikat kau di dunia ini adalah untuk akhirat. Cari lah Tuhan mu, nescaya hatimu akan tenang"
Wallah'ualam...

Comments

Popular Posts