Mudahnya Hidup Kanak-Kanak #2. Salah Mencari Masalah

Harian Metro 17 Okt 2010

" Bukan kerana salah menjadi remaja, bukan kerana salah menjadi dewasa, tapi kerana salah mencari masalah, ada orang mencari masalah yang betul, mereka senang kemudiannya"
Zaman kanak-kanak semua perkara ditentukan oleh ibu dan bapa. Setiap perkara diatur oleh mereka. Baik dari pakaian hingga penempatan sekolah. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anaknya. Jadi kanak-kanak mendapat yang terbaik. Ibarat pemain bola sepak yang mengikut arahan jurulatih, pasukan mereka sentiasa berjaya atau sekurang-kurangnya kalau kalah pun tidak lah sangat mengaibkan..kena bolos 7 - 0 (contoh). Kalau pasukan kalah jurulatih akan dipersalahkan, kerana kesilapan melakukan percaturan. Begitulah zaman kanak-kanak..Ramai kanak-kanak berjaya kerana mematuhi arahan ibu dan bapa.

Masalah atau lebih 'real' kita panggil sebagai risiko diambil bermula dari zaman remaja, kononnya kerana mahu berdikari, tak mahu terlalu bergantung dengan orang lain, nasihat pun dah tak mahu dengar lagi, konon dah mampu berfikir sendiri..Tapi kenapa ada pepatah:-

"Orang tua lebih dulu makan garam" 
Mendalamkan maksudnya, sebab mereka dah lalui kehidupan ini dahulu, dan masa putaran itu akan dirasai oleh orang muda pulak...jadi dengarlah nasihat.

Siri yang lepas saya ada tuliskan masalah remaja yang gatal nak kahwin atau nak sangat ada pacar disebabkan kerana ada internet atau handset..kalau tak ada pacar rasa sunyi sangat dunia nih..Lihat lah berita diatas dari Harian Metro..Kerana salah memilih masalah..bermula dari zaman remaja...



Comments

zana said…
sungguh dalam maksud yang tersirat.
zana said…
dan jugak..bukan salah ibu mengandung..

Popular Posts