Mudahnya hidup kanak-kanak
Ketika aku duduk ditepi padang mengambil angin selepas berjogging, aku memandang sekeliling..Anak-anak berlari ditaman berkejar-kejaran. Ada yang berguling-guling diatas rumput, ada yang baru bertatih terkengkang-kenkang berjalan jatuh di iringi oleh si ibu. Ibu dan ayah yang duduk ditepi padang ada yang tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya.Riuh rendah padang permainan dibuatnya. Hati ku juga merasa senang begitu, mendengar jeritan dan laungan anak kecil.
Kemudian aku terpandang sepasang ibu dan bapa yang seperti melayangkan fikiran, merenung jauh ketengah padang ataupun entah sampai kemana menerawang fikirannya. Sedangkan si anak berlari-lari mengelilingi bangku panjang yang diduduki oleh si ayah dan ibu tadi..Tiada riak kegembiraan langsung diwajah mereka. Sambil mengelap-ngelap peluh yang dah mula menitik dari dahi ku ini dan setitis telah pun memasuki mata ku, pedih ku rasakan. Aku mengelap lagi dan mata ku terus memandang kepada pasangan si ayah dan ibu tadi.
Hari semakin lewat petang, sudah jam tujuh barangkali. Sudah ramai keluarga yang datang telah berangkat pulang seiring dengan kicauan burung bersahut-sahutan di dahan pokok yang berebut tempat atau pun menyapa rakan-rakannya sebelum berbaris didahan pokok bersiap untuk tidur. Ku lihat pasangan tadi tidak bercakap walaupun sepatah sesama mereka, tapi si anak tetap masih berlari-larian kegembiraan. Lalu aku berkata didalam hati ku sambil meneka, "berat sungguh masalah mereka ini". Tapi bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Apa yang aku terbayangkan adalah mudahnya hidup sebagai kanak-kanak, dihati sentiasa terpancar kegembiraan, keceriaan dan ketawa riang. Kerana itulah jiwa mereka suci, tiada kemarahan, dendam dan buruk sangka. Tiada kerungsingan, tiada keluh dan kesah. Tapi mengapa setelah dewasa semua kegembiraan itu hilang, mengapa sifat buruk sangka berleluasa, dendam kesumat, tidur baring berkeluh kesah. Hidup dikelilingi masalah, ditempat kerja masalah, dirumah masalah, dengan jiran tetangga masalah, dengan kawan masalah, dengan bank, dengan polis, dengan JPJ, road-tax kereta, dengan dewan bandaraya, dengan bil letrik, dengan bil talipon, yuran sekolah anak-anak, belanja dapur dan ada yang tambah masalah nak kahwin lagi satu, belanja perubatan dan rupanya masalah orang dewasa terlalu banyak.
Masalah manusia bermula dari peringkat remaja dan bergantung dari corak kehidupan dalam keluarga mereka, konflik kejiwaan. Jiwa meronta untuk hidup bebas, ibu bapa kurang duit, ada yang nak cari duit sendiri, tidak mahu bersekolah, ada yang dah mula mabuk bercinta sebab gara-gara ada internet atau talipon bimbit, ada yang sibuk nak harta dunia, kerana merasa gah ibu dan bapa orang berada, pastinya lah motorsikal jadi idamannya. Semuanya bermula dari alam remaja.
Aku terkenang ketika aku di zaman kanak-kanak, ketika aku berusia 10 tahun aku telah mencari rezeki sendiri, menebas lalang dikebun getah orang, ada ketika aku mencari ikan keli di sungai dan aku jualkan dipasar secara bersendirian. Ketika aku berusia 12 tahun aku telah berkerja dengan seorang towkay cina sebagai tukang cat rumah. Aku akan bekerja setiap hujung minggu. Ketika itu negeri Johor cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.Ketika hari persekolahan aku jarang-jarang dapat makan di kantin, kerana tiada wang yang dibekalkan. Malah bekalan makanan dari rumah juga tiada. Dalam seminggu jika aku dapat makan berlaukkan ikan laut memang dah cukup hebat, rasa macam kaya sangat. Pernah satu ketika semasa aku dalam darjah 5, aku tidak membayar yuran persekolahan hingga kepenggal 3. Guru ugama ku yang merangkap guru kelas memyuruh aku berdiri diatas meja sepanjang masa persekolahan hari itu dengan tuduhan aku mencuri duit yuran yang diberi oleh bapa ku untuk kegunaan aku sendiri. Malu bukan kepalang, tapi hati ku ketika itu tiada pun perasaan dendam kepada guru tersebut.
Walaupun begitu susah kehidupan keluarga ku, aku tak pernah merasakan keperitannya. Begitulah jiwa kanak-kanak, bukan kerana salah kerana menjadi remaja, bukan salah kerana menjadi orang dewasa, "tetapi salah dalam mencari masalah. Kerana ada manusia mencari masalah yang betul hingga mereka senang kemudiannya".

Comments