Isteri Yang Bijak?

Satu hari si Isteri yang telah tidak sanggup hidup didalam kemiskinan telah datang berjumpa seorang bomoh yang menjaga jin.

Bomoh : Apa hajat tuan hamba

Isteri : Hamba sudah tidak tahan lagi hidup miskin

Bomoh: Apa permintaan tuan hamba mahukan?

Isteri : Berikan hamba kekayaan

Bomoh : Baiklah....(Sambil mengeluarkan jin dari botol)

Jin : Tuan hamba cuma boleh minta 3 permintaan sahaja, dan setiap permintaan itu suami tuan hamba akan menerima 10 kali ganda dari tuan hamba..

Isteri : Baiklah (dalam hati berkata "apa yang dia dapat pun aku punya juga")...Berikan hamba kekayaan.
Maka suaminya menerima 10 kali ganda kekayaan.

Jin : Lagi!

Isteri : Berikan aku rupa paras yang menawan!

Maka suaminya 10 kali ganda handsome!!!

Jin : Lagi?

Isteri : (Dalam hati berkata, baik aku minta sakit jantung, tapi nanti aku pun susah jugak. Hah..dia berkata)
Berikan aku sakit jantung yang sedikit...(Kerana isteri ini takut sakit jantung banyak) lalu apa yang jadi pada suami....jeng...jeng....jeng....

Comments

Popular Posts