Selamat tinggal SAYANG..
Sudah genap 14 hari anak ku Uci (Mohamad Firdausi) meninggalkan kami sekeluraga. Pergi menyahut seruan Illahi
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..Dari Ia kita datang, kepada Ia kita kembali.
Aku masih menangis di dalam hati, kadang-kadang mengalir airmata tanpa disedari.
Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada kami sekeluarga bersama Uci selama 7 tahun.
Uci, kau anak yang baik, kau anak yang amat penyayang, kau amat patuh kepada kami, tidak ada bantahan dari mulut mu ketika di suruh, semua kau tunaikan.
Aku amat merindui saat-saat kau mengangkat 'takbir ratulihram', amat comel ketika itu, gaya mu ketika mengangkat takbir amat khusyuk...Subhanaltalah..
Kau sentiasa menemani ku ketika solat di masjid, menjadi rakan bersembang di kedai mamak bila pekena teh tarik..
Ketika aku pulang dari kerja, kau akan menyambut ku, memimpin tangan ku untuk masuk ke rumah..
Terlalu banyak kenangan manis bersama mu..Kau lah orang yang membuat rumah kami ceria dengan keletah mu bila waktu malam..main perang-perang, main bunyi motor, kini kau telah menjadi tetamu Allah untuk bersama para syuhada dan anbia di dalam syurga..
Aku Redho atas janji Allah, kerana yang hidup pasti mati..
Doakan ayah, ibu serta kakak dan adik mu dapat bersama di alam akhirat, di syurga bersama mu.
Aku bertawakal kepada Allah seperti hadis Rasullullah S.A.W
"Giatlah melakukan apa yang bermanfaat bagi mu, mohon lah pertolongan kepada Allah, dan janganlah lemah. Jika ada musibah menimpamu, jangan katakan: (Seandainya aku melakukan demikian, nescaya akan demikian jadinya), tetapi ucaplah (ini atas kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa saja yang di kehendaki Nya, pasti Dia melakukannya). Kerana kata-kata KALAU (Seandainya) akan membuka perbuatan syaitan" Hadis riwayat Muslim.
Selamat tinggal sayang...Al Fatihah
Comments