Pemuda jiran syurga Nabi Musa A.S


Ketika Nabi Musa A.S bermunajat di Bukit Thursina, beliau telah berkomunikasi dengan Allah SWT secara langsung..
Perkara yang ditanya adalah siapakah yang akan berjiran dengan beliau ketika di syurga nanti. Maka Allah SWT menyatakan orang yang akan berjiran dengan beliau adalah seorang pendudukkampung yang tinggal tidak jauh dari situ.
Lalu Nabi Musa A.S pun mencari insan yang dinyatakan tadi dengan tujuan untuk mengetahui apakah amalan insan ini hingga diangkat oleh Allah SWT untuk berjiran dengannya di syurga nanti..
Akhirnya berjaya menemui rumah insan yang dimaksudkan dan lalu Nabi Musa A.S pun memberi salam.. Muncul seorang pemuda dan mempersilakan Nabi Musa A.S untuk masuk ke rumah, kemudian pemuda tersebut masuk ke bilik meninggalkan Nabi Musa A.S bersendirian di ruang tamu...
Tidak lama kemudian keluar pemuda tersebut dari bilik mengendong seekor babi betina, lalu membawa keluar dan memandikan babi tersebut, setelah dimandikan , babi betina itu dilapkan badannya hingga kering dan dibawa masuk ke bilik, kemudian keluar semula pemuda tersebut menggendong seekor babi jantan dan dimandikan juga serta diperlakukan seperti binatang kesayangan..
Nabi Musa A.S kehairanan, apakah yang terjadi dengan  pemuda ini yang dikatakan Allah bakal ahli syurga ini. Sebaik pemuda tersebut selesai maka Nabi Musa A.S pun bertanya kepadanya, "Apakah agama kamu", lalu pemuda tersebut menjawab, "Agamaku, agama Tauhid", "Habis mengapa kamu memelihara babi didalam rumah", tanya Nabi Musa A.S kehairanan. Lantas pemuda tersebut berkata tanpa mengetahui bahawa dihadapannya adalah nabi Allah, "Tuan", katanya sambil terhenti dengan wajah yang sedih, dan menyambung kata, " Sebenarnya 2 ekor babi itu adalah ibu dan bapa saya yang dilaknat oleh Allah dan menukar wajah mereka kerana melakukan dosa besar", dan pemuda itu menyambung, "Dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka, tetapi sebagai anak aku perlu menjalankan tanggungjawab ku" katanya dengan nada sedih, serta pemuda itu juga menyatakan beliau sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan kedua ibu-bapanya itu. Nabi Musa A.S tidak berkata apapun, didalam hatinya benarlah Allah telah menaikkan maqam pemuda ini sebagai anak yang soleh kerana sangat menyayangi kedua ibu-bapanya dan dijanjikan oleh Allah syurga sebagai balasan dan berjiran dengan beliau... 
Oleh itu sayangi ibu-bapa kerana tiada kerugian menyayangi mereka setelah mereka berhabisan menyayangi diri kita... Semoga Allah memgampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan menempatkan mereka di syurga..Amiinnnn.


Comments

Popular Posts