Satu kajian kes: LELAKI CENDERUNG MEMUKUL DAN MEMBUNUH KEKASIH ATAU ISTERI

Mula-mula aku membaca sekadar suka-suka, tapi semakin banyak kes yang berlaku..Lalu aku terpanggil untuk mencari punca berlaku kejadian yang mengerikan ini..
Kes
  1. Kuala Lumpur - Seorang isteri bernama Tuty Suriyaty telah dibakar dibilik mandi oleh suami kerana cemburu.
  2. Ipoh - Panggilan bom menyebabkan 1200 orang terkandas akibat perjalanan keretapi dihentikan akibat cemburu.
  3. Kuala Lumpur - Seorang isteri telah digusti oleh suami selepas bertengkar kerana pengecas talipon bimbit.
  4.  Georgetown - seorang isteri telah dipukul kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan rakan suami  kerana si isteri sering meminta rakan suami mengajarnya memandu pada waktu malam.
  5. Terengganu - 3 kanak-kanak, 2 perempuan dan seorrang bayi lelaki cedera kerana disimbah asid oleh bapa mereka yang berang kepada si isteri..akibatnya anak-anak mereka menjadi mangsa.
  6. Kuala Lumpur - seorang pakar geologi petronas membunuh isteri kerana cemburu
  7. Melaka - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh bekas isterinya awal Julai lalu.  
  8. Johor Bahru - Seorang gadis yang juga pelajar berusia 18 dibunuh kerana disyaki menjalinkan cinta 3 segi..
  9. Alor Setar - Seorang guru, Siti Muniroh telah diugut sembelih oleh suaminya yang juga bekas banduan
  10.   Georgetown - Seorang lelaki mengugut untuk membunuh kekasihnya kerana wanita tersebut meminta untuk memutuskan hubungan..
  11. Kuala Lumpur - Seorang kerani bank telah ditikam 15 kali oleh pasangan kekasihnya didalam rumah
Inilah sebahagian dari beratus-ratus kes  pasangan lelaki mengugut, memukul atau terus membunuh pasangan mereka, kebanyakan kes adalah berpunca dari cemburu. Tetapi adakah cemburu sahaja cukup untuk lelaki memukul atau membunuh pasangan mereka, adakah unsur-unsur lain selain dari perasaan cemburu..

Mengapa lelaki memukul atau membunuh
Pada dasarnya lelaki juga mempunyai sifat kasih-sayang, termasuklah sikap cemburu kepada pasangan adalah lahir dari perasaan sayang. Lelaki dilahirkan sebagai insan pelindung, maka dari situ Allah membekalkan lelaki kebolehan memukul sebagai penyelamat. Lelaki juga boleh memukul kerana dicabar..
Dilihat dari kes kebanyakan lelaki memukul atau membunuh setelah dicabar ketika berlaku pertengkaran; dari kajian ini ayat biasa yang digunakan oleh wanita untuk mencabar pasangan mereka adalah;
  1. Pukul lah kalau kau berani
  2. Kau ingat kau kuat sangat nak pukul aku
  3. Bunuhlah kalau kau berani
  4. kau memang jantan tak guna, dayus.
  5. kau tengoklah, aku repot polis, mampus kau masuk penjara 
  6. Ceraikan aku, aku tak sanggup hidup dengan kau lagi
Mengapa perempuan berani mencabar
Zaman telah berubah,kebanyak wanita sekarang telah berkerjaya,mempunyai jawatan tinggi dan bergaji besar atau sekurang-kurangnya telah mampu menyara diri sendiri. Dari situ pergantungan kepada lelaki sudah semakin kurang..Wanita memerlukan lelaki sebagai pelengkap kehidupan dan bukan sebagai tempat pergantungan hidup lagi.Kebanyakan wanita ketika ini mempunyai pelajaran tinggi maka tahap keyakinan dan keberanian juga telah meningkat, maka wanita hari ini tidak teragak-agak untuk mencabar ketika marah.

Apakah puncanya
Kebanyakan kes beralasan kerana sudah tidak serasi, tetapi apakah punca tidak serasi ini, hasil kajian adalah;
  1. Laman sosial, bertemu kekasih lama atau orang baru yang lebih menarik
  2. talipon bimbit, main SMS lama-lama jatuh cinta
  3. Cinta rakan sepejabat
  4. Pasangan lelaki pemalas/tidak bekerja
  5. Pasangan penagih dadah
  6. Pasangan lelaki panas baran
  7. Pasangan wanita pemalas dan kaki tidur
Kesimpulan
  1. Pasangan wanita perlulah mengelak dari mencabar pasangan lelaki, gunakan orang tengah seperti keluarga terdekat yang boleh dipercayai penyabar dan matang
  2. Balik kerumah keluarga, supaya keadaan kembali tenang.
  3. Elakkan pertengkaran berlanjutan/berpanjangan
  4. Elakkan dari lelaki yang suka bercerita berkenaan kehebatan dia berkelahi atau kerap marah
  5. Elakkan lelaki yang ramai kawan dan suka berkumpulan
  6. Kurangkan chatting dilaman web sosial
  7. Kurangkan keluar makan bersama teman pejabat berlainan jantina.
  8. Pasangan wanita perlu elakkan dari menggunakan ayat mencabar kepada lelaki




Comments

Anonymous said…
I accidentally deleted my joomla files from server? How to install it and have it as it was?

Popular Posts