AKu SeDekaHkaN AjER

Kelmarin saya didatangi oleh seorang wanita yang tak dikenali,, dia nak pinjam duit..kalau korang nak bagi ker..kalau bagi bila nak bayor, macamana..boleh percaya ker..

Ceritanya begini;
Saya keluar dari sebuah kedai, kebetulan saya parking kereta dilorong sebelah dengan kedai tu, agak sunyi sikit, sebab di depan jalan mati..
Ketika masuk kereta dan menghidupkan enjin saya pandang cermin belakang..ada seorang wanita sedang menuju kearah kereta saya, saya buat tak kisah ajer, masuk gear undur dan bergerak perlahan-lahan, karang terlanggar pulak perempuan nih, kata dalam hati saya.
Sampai dekat dengan wanita tersebut, beliau menepuk kereta saya dengan muka yang sedih..
Apa hal pulak nie, rungut saya..Wanita tersebut bagi isyarat untuk saya turunkan cermin kereta saya...serba salah dibuatnya..saya pandang muka wanita tersebut, terlihat air matanya meleleh dipipi..
Isshhhh...masalah nie...
Turunkan juga cermin kereta, kalah tengok air mata perempuan..kihkihkih..
"Kenapa", kata saya..wanita tersebut teresak-esak menangis.."Apa boleh saya tolong", makin semangat nampak nak tolong, kalau tadi rasa curiga, hilang terus bila dengar esakan wanita..sedih lah pulak..
"Bang, minta tolong" beliau mula berkata. "Nak tolong apa" sahut saya.
"Saya nak pinjam duit" katanya.."Hah..Duit" kata dalam hati ku.."Kenapa pulak" saya berkata
"Macam nie" beliau berkata, dan sambungnya lagi "Saya nak keluar duit tadi, tapi kad saya kena telan, saya nak balik rumah, anak-anak kat rumah tak ada orang tengok, mak saya sakit kat hospital tu (Hospital Taiping), dari pagi tadi saya belum balik rumah lagi" beliau berhenti bercakap, mengelap air mata di pipinya..Saya pun cakap "Habis, talipon lah suami ker, adik ker, kakak ker mintak dia orang tolong". "Suami saya dah lari ikut perempuan Indon" katanya, "Panggil bapak" saya sambung, "Bapak dah lama meninggal" katanya, saya sambung lagi "Takkan adik beradik tak ada dekat-dekat sini (Taiping)" kata saya, "Huh...adik beradik semua tak boleh diharap, ni mak sakit pun dia orang tak datang tengok, lagi nak tolong saya" katanya dengan wajah berkerut.
Saya memandang wanita didepan saya ni..orangnya berusia lewat 40an, pakai seluar jeans biru dan T-shirt agak sendat, tanpa bertudung..
Tapi hati saya membayangkan anak-anak beliau, kesian..
Saya tanya "Nak berapa", dia terus tersenyum "Lima ringgit pun jadilah" katanya..
"Bila nak bayar" saya bertanya, "Esok, bila saya datang hospital melawat mak saya"  sambil sambung beliau lagi "Kita jumpa kat cafeteria", saya tanya lagi "Macaman awak nak cari saya"..Beliau senyum lebar "Bak nombor talipon", saya pun bagi nombor talipon.
"Macam ni lah" kata saya dan menyambung "Ayat awak ni dah biasa orang guna, ayat ni dah ketinggalan zaman, saya rasa awak menipu saya, tapi saya beri juga awak" dalam hati berkata mana tau cerita dia betul, sambil saya keluarkan beg duit "Saya beri awak sepuluh ringgit, esok awak cari saya, kalau awak ikhlas nak bayar, tapi kalau awak tak datang esok saya sedekah kan ajer duit nie, pahala pada saya , dosa pada awak"
KEesokkannya sampai ke petang tak ada call dari wanita tersebut, lepas sembahyang maghrib saya berkata lagi dalam hati "Ya Allah, aku sedekahkan duit tu padanya" mungkin dia sangat susah sekarang,,Aminn

(Teruja juga dengan cara penceritaan orang lama, terutama Dato' Mokhtar Petah - banyak pengalaman)

Comments

lelakipakaianhitam said…
he he he lama tak update blog ye? tetiba je cerita perempuan minta sedekah.dalam hati kata penipu tapi tak sampai hati nak luah... so kira sedekah je le duit tu... ikhlas... sedekah kan ajer duit nie, pahala pada saya , dosa pada awak"


sokong tu..
Roslan Ali said…
TQ Bro..memang dah agak lama x up date blog..sibukkan diri dengan hak lain..heheh

Popular Posts