kisah jepun



Teringat  kisah kekejaman askar Jepun yang diceritakan oleh kedua orang tua ku.
Mak aku cakap tiap kali askar Jepun masuk rumah, beras pasti kena rampas, anak dara lari sembunyi dalam lubang yang dikorek untuk sembunyi, kalau tidak pasti jadi bahan.
Orang Melayu ramai kena sakit untut sebab kurang zat, makan ubi kayu ajer..
Ketika itu orang Melayu yang berjawatan ketua kampung adalah pembelot kepada bangsa,
mereka jadi talibarut Jepun, tolong Jepun cari penentang dan berikan anak dara orang demi kesenangan dan pangkat mereka.
Sebab itu orang Melayu sangat mudah dijajah kerana mereka yang berpangkat susah nak bela bangsa sendiri, penting kedudukan mereka dan gila harta.
Orang tua ku memceritakan lagi waktu Jepun dah keluar, komunis ambik alih pemerintahan, sebab pembesar melayu langsung tiada idea. Malah mereka ada yang bersekongkol dengan komunis.
Kata akhir ibu ku adalah "Orang Melayu jangan dijajah lagi, Melayu kena bersatu, jangan tamak haloba, kerana sikap tamak akan meruntuhkan negara, agama,bangsa dan maruah"
Kata-kata ini dah 30 tahun aku simpan dan ku sematkan dalam hati,
aku memerhati sikap bangsa ku sekarang,
sudah ada ciri-ciri akan dijajah lagi..

Comments

Popular Posts