Gelatin Babi > dalam kopi ajer ker?


Maaf...mungkin artikel saya akan menyentuh sensitiviti orang lain..
Ungkapan diatas ditulis kerana orang Melayu memang mengambil berat untuk menjaga hati orang lain..
Terharunya bila membaca berita terdapatnya gelatin babi dalam kopi yang diminum  oleh orang Islam.

Cuba kita renung makanan yang lain:
  1. Bagaimana dengan sayur-sayuran -disiram dan dibaja dengan apa
  2. Fish ball - apa bahan campurannya
  3. Fish cake - serupa dengan ini
  4. Biskut - bahan penyedap biskut perlu dari gelatin
  5. Aji No Moto - ini kes lama yang disenyapkan
  6. Makanan sejuk beku, seperti ayam goreng segera atau nugget, sebelum dibungkus bagaimana kesahihan proses penyembelihannya.
Ini adalah sebahagian dari contoh makanan dalam negara yang dikeluarkan oleh industri bukan Islam.

Apa JAKIM buat sekarang
  • periksa jika ada repot
  • periksa jika ada permohonan dari industri
     Saranan saya kepada JAKIM, bukan niat nak mengajar 
    • Perlu ada kepakaran sendiri,
    • pakar kejuruteraan
    •  Pakar ekonomi
    • Pakar perundangan syariah dan sivil
    • Pakar kimia
    • Pakar Pemakanan
    • Makmal sendiri disetiap negeri
    • Mewujudkan sistem bar code untuk semua logo Halal
    • "Babi tester" atau tester kepada semua binatang yang tidak halal (alat seperti urine test atau mengesan perempuan bunting)
    • Pusat pnyembelihan mesti ownership jabatan ugama Islam negeri atau JAKIM sendiri
      Pasti ada yang membaca artikel ini berkata cakap senanglah..
      Saya kata kalau tak buat lagi susah..Saya sanggup tampil kehadapan untuk mengambil tanggungjawap melaksanakan projek ini jika mendapat respon dari JAKIM...
      "Caca Marba jadinya" umat Islam Malaysia kerana makanan tidak halal disuap dari bayi lagi..
      Dengar azan pun takut...

      Akhirkata orang lain langsung tidak pernah terfikir untuk menjaga hati kita...kerana dilihat kita sentiasa berada dipihak yang mengalah dan dikalahkan...




      Comments

      Popular Posts