Followers

Tuesday, March 22, 2011

Doktor ni melawak ker atau memang .....

Nak cerita..sebab gara-gara masuk tournament badminton..
Sudah agak lama tak main badminton, lebih kurang 3 tahun tinggalkan gelanggang.
Mulanya sebab sibuk nak uruskan perniagaan yag baru bertapak-bertatih..
lepas tu jumpa kawan kaki golf...tak tahan kena pujuk rayu..
terjun masuk padang golf lak..Tinggal terus badminton ..
bulan lepas ada tournament badminton..bukan tournament besar pun..
partner ajak join...kena pujuk lagi...tak tahan kena pujuk...
register main beregu....berlatih cuma 3 hari...terus perlawanan.
Hari perlawanan, main tak lah menang, tapi sangat bersungguh-sungguh walaupun stamina memang hancur..
balik rumah pukul 1 pagi...kaki kiri dah mula berdenyut-denyut ...
Sapu minyak panas..makan ubat tahan sakit..terus tidur..
Bangun pagi kaki makin bengkak, masih boleh berjalan..sapu minyak panas lagi..balut dengan bandage..
masih boleh tahan sebab hari pun ahad, jadi tidur ajer ler...
Petang cuba urut, rasa macam kurang sikit...lega
Pukul 12 malam kaki sakit semula, kali ni makin bengkak..
Tak tahan,, minta tolong isteri hantarkan ke hospital..
Sampai hospital terus duduk dalam kerusi roda, doktor check, suruh buat x-ray, kata dia ada nampak crack sikit..aku kata kena simen ker..."Tak payah" kata doktor cina ni..sikit aje..balut dengan bandage..
dia tulis atas kerta suruh ambik ubat..
Pergi ke farmasi..jurufarmasi kata ubat ni kena makan macam ni, yang ni kena makan macam ni..tapi yang satu ubat ni dia kata kena makan habis, sebab awak gastrik...aku terdiam sekejap..
esok tak puas hati, aku pergi jumpa doktor panel..bawak ubat hospital sekali..
"kah....kah...kah.." sakan pulak doktor panel aku ketawa..
aku kata "Aney..apa gelak tengok ubat"..
sambil gelak tak habis dia tanya "U sakit apa"
aku jawab sakit kaki lah..
"U tau ini ubat apa", aku geleng kepala
Doktor gelak lagi "Ini satu tahan sakit, ini satu antibiotik and lagi satu ubat gastrik"
"Ada ubat sakit kaki kaaaa" dia menambah..
"Cehhh..doktor hospital ni melawak dengan aku ker atau memang ....."
Tarak guna ,,,porah cittt... patut sakit aku tak hilang.. 

No comments: