Tentera Munafik dah bersiap
Artikel ini sebagai renungan dan iktibar kepada satu bangsa yang tidak bersatu, yang mementingkan harta dan pangkat sebagai matlamat.
Satu lagi kerajaan Islam bakal ditawan. Tentera Kristian sedang bersiap menyusun strategi untuk menyerang Libya dikala negara itu sedang berkecamuk dengan perang saudara.
Pengukuhan penempatan tentera Kristian hampir mencapai matlamat. Iraq, Afganistan, Kuwait (kuasa politik) dan kini Libya bakal menjadi kan keseluruhan negara teluk dalam genggaman mereka.
Mereka ketika ini seperti berhajat untuk mengepung Arab Saudi dimana terletaknya Kaabah.
Mereka tidak akan terus menyerang Arab Saudi tetapi mereka mengunakan strategi dengan melakukan kepungan sedikit demi sedikit.
Umat Islam pasti akan tertekan selepas ini, dimana sekarang mereka telah pun mengawal ekonomi melalui perdagangan dan matawang, kawalan politik melalui PBB dan dalam masa sama melakukan penaklukan sedikit demi sedikit terhadap umat Islam.
Negara teluk bukan sahaja sebagai tempat tumpuan umat islam yang lebih penting adalah sumber tenaga berkumpul disitu, iaitu sumber tenaga minyak sebagai bahanapi dan kedua sumber atau simbol ke Islaman dimana para ilmuwan Islam berkumpul disitu.
Mereka menjangka jika runtuh keseluruhan negara teluk hingga jatuh ke dalam jajahan mereka maka pengaruh Islam pasti akan berkubur sedikit demi sedikit dari dunia ini.
Negara-negara lain dari negara teluk walaupun negara Islam seperti di Afrika atau Malaysia dan Indonesia tidak dipandang mengancam kepada tentera Kristian ini kerana negara ini tiada kekuatan tersendiri, negara-negara ini bergantung 100% kepada ekonomi Amerika, bak kata orang jentik sekali pun tertungging.
Ketika tentera kristian bersiap sedia untuk menyerang, tiada satu negara Islam pun yang berani mencuit PBB untuk menghalang mereka. Inilah ciptaan mereka atas nama kuasa Veto dalam PBB.
Pada ketika ini, ideologi mereka berabad yang lepas dengan memberikan pelajaran mengikut acuan mereka kepada umat Islam sedikit demi sedikit menampakkan kejayaan. Mereka berusaha membangunkan teknologi dan pendidikan tinggi dengan memberi peluang kepada umat Islam mendapatkan pendidikan mengikut acuan mereka dan ketika mereka mula melakukan penjajahan era moden umat Islam tidak bangkit melawan malah tidak berani bersuara terhadap mereka. Idealogi mereka sudah tebal mempengaruhi dikalangan ilmuwan Islam di negara-negara yang pernah mereka takluki satu ketika dahulu.
Mungkin ada yang membaca artikel ini juga menganggap bahawa artikel ini sebagai menghasut atau apa saja pandangan kerana terpengaruhnya idealogi yang mereka dapat dari pelajaran barat atau pergaulan atau hubungan politik atau demi kepentingan pangkat dan darjat mereka.
Apa pun sebenarnya, kebaikan hanya akan datang dari keikhlasan.
Wasallam...
Comments