ANAK KU HILANG DI MASJID NEGARA

Kisah ini berlaku pada 26hb Disember 2010 yang lepas.
Pada mulanya aku tidak tergamak untuk menceritakan kisah ini, maklumlah kisah pahit dan mengerikan bagi ku sekeluarga. Tapi bila dikenang-kenangkan kembali eloklah dicatatkan sebagai satu kenangan dan iktibar dimasa hadapan.
Inilah Uci yang diceritakan 
Kami bertolak pagi jam 9.00 dari Ipoh, destinasi pertama kami adalah pusat sains negara. Seronok bukan main lagi, menjerit-jerit mereka sebab ketika hari tersebut pameran dinosaur diadakan disitu. Jam 4 petang kami ke Taman Orkid Negara yang terletak berhadapan Taman Burung.
Penat berjalan jam pun dah 5.45 petang. Kami sekeluarga bergerak ke Masjid Negara untuk mandi, menukar pakaian dan bersembahyang. Disinilah peristiwa ini bermula.
Tandas dan bilik mandi utama dalam proses kerja pembaikan, jadi kena masuk tandas kecil dihujung masjid, tapi tak ader tempat mandi, cuma ada 3 buah tandas, jadi aku menyuruh anak ku ini, yang kami panggil nama timang-timangan sebagai Uci (Mohamad Firdausi) masuk kebilik tandas no.1, lalu masuk pula seorang hamba Allah berambut panjang ke bilik tandas no.3, sebab aku berdiri didepan pintu tandas no.2.
Aku pesan pada Uci, "Kalau dah siap mandi panggil ayah tau", 
"Ya lah" jawabnya. 
Aku pun masuk kedalam tandas no.2.. 
Aku pun mandi "Wah leganya" dalam hati ku..
Tapi dalam aku bersiram, hati aku berkata kenapa dalam tandas Uci senyap ajer, dah tak ada bunyi air lagi.
Aku memanggil nama "Uci" 2 kali, tapi senyap ajer.
Aku memanggil lagi dengan kuat, pun tak ada jawapan, 
hati aku dah mula gelabah, kenapa tak ada jawapan, cepat-cepat aku keluar.
Zuuupppp..menyirap darah aku kerana melihat pintu tandas no.1 dah terbuka, aku tolak luas-luas.. kosong.
Aku bergegas ke belakang ketempat mengambil wuduk..kosong..
Aku keluar bertanya kepada pak guard di tepi tangga.. "Abang ada nampak budak kecik umur 5 tahun pakai baju belang biru keluar dari tandas ni",  kecewa kerana jawapannya hampa, dalam hati aku mustahil pak guard ni tak nampak anak aku keluar sedangkan meja dia sebelah pintu tandas jer.. 
Aku berlari kedepan tandas wanita, menjerit memanggil nama isteriku, "Uci ada kat situ ker", isteriku mengelengkan kepala dan perasaan panik pun bermula bila aku katakan dia dah keluar dari tandas.
Aku berlari menaiki tangga, dalam hati dah mula menuduh mamat rambut panjang yang masuk tandas no.3 melarikan anak aku.
Sambil menaiki tangga aku bertanya kepada 3 orang gadis yang nak ke tandas, dalam aku berkeadaan panik mereka cuma ketawa dengan menjawap "tak nampak bang", senyum meleret lagi..ceh...ingat aku nak mengurat diaorang ker..aku panik nih..
Aku berlari anak menuju ke pintu ruang solat masjid dan bertanya kepada guard yang berdiri disitu, mereka juga memberikan jawapan yang sama, "tak ada".
Kaki aku dah rasa macam nak terkulai, dalam hati aku, kalau tak jumpa nih pasti aku jadi gila..
air mata dah mula meleleh kat pipi, 
aku berlari menuruni tangga mendapatkan isteri ku, dia dah mula meraung dalam tandas.. 
aku berlari anak menuju ketampat letak kereta, dengan harapan Uci berada disitu..hampa kerana tiada sesiapa disitu..
Aku berlari semula keatas menuju ruang solat sambil berdoa agar Allah berikan hidayah kepada ku untuk mencari Uci.. 
Aku terus melangkah kedalam ruang solat, disitu ada beberapa orang sedang bersolat, duduk berzikir dan ada satu kumpulan sedang mengadakan majlis mengangkat nikah.
 Aku nampak di tepi tiang seseorang memakai baju biru belang sedang duduk, aku rapati "Ya Allah, anak ku rupanya" terus ku peluk dia,
Aku tanya kenapa kat sini, dia kata  "Uci tunggu ayah, Uci ingat ayah ada kat sini, tadi masa mandi Uci ingat ayah tinggal Uci, Uci nak sembahyang dengan Ayah"
Menitik air mataku.
"Ya Allah betapa agungnya kekuasaan Mu"
Kau telah memberikan iktibar kepada ku supaya:
  1. Jangan cuai
  2. Berhati-hati
  3. Jangan cepat menuduh orang
  4. Bertenang
  5. Berdoa
  6. Berusaha


Comments

E_DA said…
Syukur kerana bertemu semula... Kalau Ida pun...pasti akan mempunyai perasaan yang sama...
Dr backpacker said…
TQ Ida..saya pasti jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran untuk masa depan.

Popular Posts