PoCo-Poco Haram ker tidak..

*Apakah pendapat anda dengan keadaan ini*

Baru lepas 4 hari berita tarian poco-poco haram..
Keputusan dari majlis fatwa Perak belum diwartakan lagi..
Berita telah tersebar..
Dr. Asri, bekas mufti Perlis pula keluarkan kenyataan..
Poco-poco tidak haram jika digunakan untuk tujuan bersenam, kearah kesihatan.
Caca Marba jadinya umat Islam Malaysia.. 

Rasional keadaan sekarang:

  • Majlis fatwa negeri bertindak sebagai satu badan khusus dalam negeri.
  • Keputusan majlis fatwa negeri hanya diguna pakai dalam negeri tersebut sahaja.
  • Tidak ada perundingan peringkat kebangsaan. 
  • Keputusan diluluskan oleh sultan.
Keperluan:

Keputusan fatwa perlu diluluskan diperingkat kebangsaan bukan hanya dalam negeri sahaja.

Kata aku;
keputusan mengatakan poco-poco haram ada betul jika dilihat dari sudut maksiatnya.
  1. Pergaulan antara lelaki dan perempuan
  2. Pakaian menjolok mata
  3. Lenggang lenggok yang dibuat hingga boleh menaikkan syahwat.
*Jika haram semua jangan buat.
  Jika 'harus' untuk kesihatan, asingkan lelaki dengan perempuan..itu lebih baik..

Comments

Popular Posts