Anwar mangsa Konspirasi - Kajian Mendeka Center?
“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya.
Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.
Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.
"Caca Marba Rakyat"
Comments