Mimpi Ku Ketika Saat Dikebumikan
Ketika aku bersendirian
aku mula terkenang pelbagai peristiwa,
kenangan ketika kecil, bergaduh bersama adik beradik
dimarahi oleh ibu ku
kenangan ketika di asrama
suka duka berada diperantauan
Tapi, imbauan aku terhenti ketika aku melihat kelibat van jenazah melalui jalan dihadapan kedai mamak tempat aku duduk sambil menghirup teh tarik malam tadi,
mula terkenang dengan kesihatan yang tidak menentu ketika ini, sekejap demam,
sekejap letih, sekejap selsema
Ahhh...mungkin sebab aku dah kurang bersenam ketika ini, maklumlah sekarang perjalanan balik dan pergi ke tempat kerja pun dah makan masa 3 ke 4 jam,setiap hari.
Aku terkenangkan, mimpi yang sama sebanyak 2 kali aku alami,
Mimpi saat aku akan dikebumikan.
Aduhhh....mimpi apa nih,
Ketika aku dikapankan, dibaringkan diatas tikar ditengah rumah
anak dan isteri ku menangis teresak-esak di kiri-dan kanan ku,
Bergema bacaan yassin oleh saudara-mara serta sahabat-handai,
Aku mengusap satu-persatu wajah kekasih ku..iaitu..
anak-anak dan isteri ku...
Tapi mereka tidak mengendahkan perbuatan aku...
aku berbisik ke telinga isteri ku, agar menjaga anak-anak menjadi manusia yang beriman dan berjaya didunia dan akhirat..
tapi dia tetap menunduk menangis teresak-esak...
aku menepuk-nepuk bahunya agar jangan bersedih, kerana aku berada disisinya..
tapi esakan isteri ku semakin kuat,
aku menjadi semakin sebak,
aku rangkul ke lima-lima anak ku yang duduk sekumpul
aku peluk, aku cium mereka satu-persatu
mereka tetap menangis tersedu-sedu,
hati aku hiba tidak terhingga.
Jenazah ku mula dikapankan,
seluruh tubuh ku sudah dibaluti oleh kain,
aku mencelikkan mata, hanya terlihat kain putih sahaja,
mereka mengikat hujung kaki ku, mengikat hujung kepala ku,
aku tidak merasa lemas sedikit pun, sebab cahaya didalam kain kapan ini sangat terang, sangat lapang keadaan didalamnya, walaupun diluar mereka membalut dengan ketat.
Mereka memgangkat tubuh ku, memasukkan ke dalam keranda,
aku keluar dari keranda dan berdiri dibelakang anak dan isteri ku,
jenazah ku di usung ke tanah perkuburan, aku mengekori dari belakang
hati aku amat bahagia, walau pun anak dan isteri ku sangat hiba,
jenazah ku mula dimasukkan kedalam liang, aku memeluk kekasih ku..anak dan isteri..
aku mula berbaring,
sedikit demi sedikit tanah mula menutupi tubuh ku, semakin gelap....
semakin gelap....semakin gelap....
Tuuuppp...suasana hening sunyi, tidak ada lagi aku dengar esakan, tiada aku dengar bacaan doa dan talkin lagi...
Tiada hidupan pun disekeliling aku, yang ada hanya kegelapan walau pun tempat akau berdiri ini sangat luas,
aku mula teringatkan anak dan isteri ku, terasa amat rindu kepada mereka,
Ya Allah amat rindu sekali hati ku ini pada mereka..
aku mula terbayang kan riang gembira mereka menyambut kepulangan ku setiap petang ketika pulang dari tempat kerja...
aku rindu mereka...aku rindu mereka
aku meraung...aku menjerit...
aku meronta-ronta...
aku terjaga dari mimpi...dengan air mata menitis membasahi bantal ku
Aku bangun mengambil air sembahyang, sembahyang sunat taubat, tahajud dan witir.
aku duduk merenung wajah isteri dan anak bongsu ku
terkenang adakah begini ketika satu hari nanti saat aku meninggalkan kamu semua wahai kekasih ku..
ampuni aku wahai kekasih ku...
Comments