Kematian ke 2 dari kes SPRM

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.
 Belum selesai kes pertama sudah ada kes kedua..
Ramai rakyat Malaysia terkejut dan sedih serta melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu  yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Ahmad Sarbani Mohamed , penolong pengarah Kastam, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dia hanya dijadikan kambing hitam kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita, yang berusia 46 tahun.
Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.
Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.
“Itu yang SPRM mahu katakan, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil beliau boleh membunuh diri,” katanya lagi.
“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.
Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.
Sumber:Yahoo News

Comments

Popular Posts