Usahlah guna ayat "Penyokong Atas Pagar"



Dun Tenang yang mempunyai jumlah pengundi peneroka Felda dan pengundi ladang kira-kira 4,800 orang atau 33 peratus daripada 14,511 pengundi berdaftar di Dun Tenang. 

Justeru dalam konteks Dun Tenang, tanpa mengira apa isu yang berbangkit natijahnya Umno-BN boleh menang mudah. Ini kerana menurut sumber Umno, keahliannya sahaja sudah ada kira-kira 4,000 orang.

Daripada jumlah ini, sebahagian besarnya iaitu seramai 2,300 orang adalah pengundi peneroka Felda dan 1,700 orang merupakan pengundi Melayu di kampung-kampung tradisi. Ia bermakna, daripada 4,800 orang ‘simpanan tetap undi’ itu hanya 800 orang yang belum ahli Umno tetapi komited mengundi BN.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008, undi BN ialah 6,367. Daripada jumlah ini, 4,000 undi ahli Umno, maka selebihnya lagi (2,367 undi) adalah pengundi Melayu yang belum ahli Umno (800 undi) atau penyokong atas pagar (bukan ahli mana-mana parti) dan undi ahli MCA.



Undian penyokong ini adalah penentu samada UMNO menang atau PAS yang dipilih.

Mereka adalah sekumpulan manusia yang bijak. Yang menilai perjalanan dan keberkesanan parti yang akan ditentukan menang. Anda silap dengan mereka anda akan kalah...
Jangan kecilkan hati mereka dengan mengelar mereka
 .....penyokong atas pagar.... 

Comments

Popular Posts