Followers

Tuesday, January 18, 2011

UFO di Malaysia

Januari 2007 - Seorang pemandu teksi Mohd Helmi 35 mendakwa ternampak objek UFO yang mengeluarkan cahaya terang berwarna oren dengan kelajuan tinggi lebih 500 km sejam pada jam 6.30 pagi.

27 Januari 2007 - Azmi Lazim, 34, mendakwa melihat UFO meluncur laju di jalan utama Chepor, Perak.

10 April 2009 - Zamri Zain, pereka grafik, 30 melihat objek seakan-akan UFO di ruang udara Taman Dato' Onn, LArkin pada 8 April 2009 jam 10 malam.

17 Mac 2009 - Seorang bapa beserta anaknya, Zaid Zain, 43 dan anaknya Mohd Nauman, 10 melihat UFO mengeluarkan cahaya berwarna putih dan hijau berlegar diruang udara Stadium Larkin pada jam 8.30 malam.

14 Mac 2010 - Mohd Zulfikar Abdul RAhman, seorang pengurus berjaya merakamkan gambar seakan-akan objek UFO ketika hujan renyai di ruang udara kondomunium Damansara Damai pada jam 7.11 malam.   

Semua kenyataan ini di laporkan pada waktu pertukaran dari siang ke malam atau dari malam ke waktu siang. Pada dasarnya pada waktu ini mata manusia agak keliru dengan cahaya perubahan. Objek yang dilihat kemungkinan dari bayang-bayang lampu berkuasa tinggi yang baru dinyalakan dan memancarkan bebayang keawan..Fikir-fikirkan.

No comments: