Covert dan Overt

Hah..apa benda Covert dan Overt (klik perkataan tuh) nih...
Kalau malas nih aku nak terangkan,
Pendekatan penguatkuasaan dan pemantauan secara covert (penyamaran) selain daripada overt juga didapati berkesan bagi mengekang pesalah lalu lintas terutama bagi kesalahan memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan melebihi had laju oleh bas ekspres". (Ini ayat dari menteri)


Apa nih...penguatkuasaan dan pemantauan adalah untuk mencegah, kalau dah menyorok apa maknanya, perkara dah berlaku, dan mungkin kemalangan akan berlaku, ada pulak nak main menyorok-nyorok. Adakah pemandu tu macam musuh dalam peperangan, mesti kena buat serang hendap, lepas tu kalau nampak bagi tembak mati.


Tak payah menyorok, bagi terang-terangan supaya semua pemandu nampak, buat menara sekarang dah jadi "tugu". Pemandu nih memang selalu alpa, maklumlah sifat manusia, lalai dan cuai adalah lumrah, sebab exco pun kalau nak pi mesyuarat kereta dia pasang enjin roket.. alasan lah nak mesyuarat,
Bapak borek anak rintik... 


Kajian dari UPM - http://psasir.upm.edu.my/1940/1/0159.pdf





Comments

Popular Posts