manusia binatang...kebinatangan...memang binatang..

Laman nih aku terbitkan semula disebabkan ada masalah teknikal..pos sebenar pada 18hb Okt 2011

Petang ni hati aku sedih sangat..
Petang ini hati aku terguris sangat...
Petang ini aku tak peduli kalau orang nak kata aku sensitif sangat..

Kerana aku melihat satu post video dari seorang sahabat FB mengenai seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah kenderaan tetapi orang yang lalu-lalang langsung tidak menghiraukan penderitaan kanak-kanak tersebut..
Malah datang sebuah kenderaan lagi lagi menggelek kanak-kanak tersebut yang sedang mengerang kesakitan...

Adakah manusia di tempat tersebut bertopengkan binatang..atau bersifat kebinatangan ....atau mereka semua memang binatang..

Aku terpanggil untuk mengenangkan keadaaan di negara ku sendiri..
Adakah kita tidak begitu???

Kita sudah sering melihat..atau mendengar...atau membaca kisah anak-anak dibuang ke dalam sungai..
disembelih..disumbat dalam lubang tandas...dicampak dari bangunan...di buang ditempat buangan sampah..dimakan oleh anjing...
Ada orang ambik kisah..ada ker???
Kalau betul ambik kisah..kenapa semakin berleluasa..semakin banyak kejadian sebegini...
Mana tindakan yang diambil...mana suara menteri mengenai gejala ini???
Adakah Menteri di negara kesanayangan ini semuanya pengecut....???

Tidak ...mereka sangat berani...kalau tidak, tentu tidak berlaku dakwaan terhadap Anwar Ibrahim...
Tapi tolonglah bertindak menangani masalah ini..memang mereka berani buat mereka lah yang kena tanggung..beromen...berzina..bunting..kemudian tak tahu siapa bapak...dah banyak sangat yang dilayan..
Mereka ni semua yang duduk jauh dari keluarga...tak ada kawalan...
Kerana mereka mencari rezeki dibandar atau pun menuntut di pusat pengajian...
Secara tak langsung perkara ini juga disebabkan faktor dari kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan..
Maka kerajaan perlu bertanggung jawab diatas keterlanjuran ini...
Dan kerajaan mempunyai segala punca kekuatan untuk menangani masalah ini..
majoriti yang membuang bayi adalah orang melayu...kerana mereka terperangkap dalam rasa bersalah kepada tuhan, keluarga dan masyarakat...maka mereka hilang pertimbangan..
Kawalan dari punca adalah yang terbaik...tapi bila dah berjauhan dari keluarga siapa yang boleh menghalang..
Masyarakat sudah mula mementingkan diri sendiri ketika berada dibandar..kerana alasan mereka adalah disebabkan kesibukan mencari rezeki...
Jika kerajaan dan menteri yang dipertanggungjawapkan semakin lemah...
Nescaya kejadian yang berlaku sekarang akan jadi kebiasaan satu masa nanti kerana masyarakat sudah lali dengan pendedahan dari media-massa...
NKRA yang dibuat sekarang langsung tidak menyentuh untuk menangani masalah ini....
Perkara ini akan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ada tindakan diambil...anak haram (maaf) akan berkeliaran sama seperti di negara barat..mereka kemudian akan menjadi insan yang semakin merosakkan masyarakat baik kerana mereka tiada perasaan kekeluargaan....mereka akan menggoncang nilai kekeluargaan seperti yang berlaku di negara kafir...mereka tiada pegangan hidup...tiada belas kasihan...tiada perasaan kasih sayang...
Adakah Malaysia akan menerima nasib yang sama dalam institusi kekeluargaan ini...
Kerajaan mesti bertindak sekarang untuk memgajar, memulihkan dan menghukum atas perbuatan membuang anak..belas kasihan adalah lebih perlu kepada anak-anak kecil daripada pelakunya yang tidak berperikemanusiaan..
AKu menulis pada petang ini dengan titisan airmata...hati aku sangat terguris...
Wahai pemerintah ku..wahai menteri-menteri ku...aku seru kamu bangkit dari tidur lena mu ...dari mimpi-mimpi kuasa dan wang ringgit mu...bangkit lah kamu dengan perasaan sebagai seorang insan yang soleh..
Bangkit lah .....bangkitlah memerintah dengan hati yang celik...

Comments

Popular Posts