Lepas kahwin jatuh cinta lagi!!!!



Bayangkan anda dah berkahwin selama 10 tahun, tapi tiba-tiba jatuh cinta lagi,,,
apa nak jadi???
Ada orang kata memang saja mencari susah...
Ada yang mengata, saja mengatal...
Ada yang mengata 'tak sedar diri'....

Aku kata tak kena batang hidung sendiri...selagi itu mengata tak sudah-sudah....
Memang betul,aku akui ada yang memang gatal dari mula lagi...
Tapi...ada yang mendapat perasaan itu tanpa disedari...

Hahaha....akan ada yang bijak pandai akan cakap..
kalau tak layan perasaan tu tak akan jadi....
Tapi...bagi aku yang bercakap tu pernah rasa ker...

Umur 40 berkawan dengan gadis 24 tahun.. (contohnya)..
Sengaja ke? Ingat budak 24 tu tak boleh dapat yang muda macam dia ke?
Tentu boleh kan...
Kenapa dia pilih yang umur 40 tahun...

Aku cakap ini kerja Tuhan...kerja Allah S.W.T
Jodoh dan ajal ditangan Nya..

Tapi..aku cukup banyak juga mendengar mereka mengata..
Ahhh...itu jodoh yang sengaja dicari...
Aikk...yang ini dari mana dalilnya...dah lupa pulak ketentuanNya

Bagi aku..kepada orang-orang yang sedang mengalami pengalaman ini..
Tanyalah pada diri sendiri..'Apa yang kau cari'
Jika hanya kecantikan..pasti kau akan gagal..
Jika kerana harta dan pangkatnya...pasti kau akan gagal..
Jika kerana nafsu serakah ...pasti kau akan gagal...

Heeee..ada yang kata pulak mana kau tau?
Renung sekeliling...ramai yang berbuat begitu..menerima kegagalan
Bercerai-berai...dapat yang kedua ....hilang yang pertama..
Anak-anak tak terbela...tidak bersekolah..rosak akhlak..
Kerana mereka juga kecewa dengan sikap ibu dan bapanya..

Sebab itu orang mengata...saja mengatal..saja mencari susah..

Sebab tak tanya pada diri sendiri 'Apa yang kau cari'..
Tak ikhlas..Tak buat istiqkarah...
Bertanya kepada Tuhan mu...Minta petunjuk dari Nya..
Berniat baik lah..bukan sekadar nafsu..bukan sekadar kecantikan harta dan pangkat..
Kerana aku juga pernah mengalaminya...

Comments

Popular Posts